Saturday, May 28, 2011

CONGO BARS

Assalamualaikum....

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Minggu ni minggu yg paling sibuk. Minggu cuti penggal persekolahan bermula. Tentu pelbagai aktiviti yg telah dirancang sepanjang cuti persekolahan ni. Mana anak2 yg tinggal di asrama pun sudah mula pulang ke rumah. Sepanjang cuti ni tentulah riuh rumah dgn suara gurau senda anak2 dan gelagat yg sentiasa menghiburkan hati.


Disamping itu pelbagai menu untuk keluarga juga sudah dirancang. Macam2 yang nak di masakkan untuk anak2. Lebih2 lagi bila anak2 yg berjauhan. Lagi lah... ligat pelbagai menu berlegar2 dalam kepala. Rasa semuanyer nak di jamu pada insan2 yg dikasihi ni...

Anak2 ita masih belum pulang lagi. Semuanyer pulang lewat, kerana ada kelas tambahan memandangkan mereka akan menduduki peperiksaan tahun ni. Harap2 biarlah semuanyer berjalan lancar dan selamat.

Ramai juga yang mengambil peluang cuti2 begini untuk pulang ke kampung. Bertemu sanak-saudara dan kaum keluarga. Dah lama jugak ita tak balik kampung. Tahun ni mungkin tak balik. Sebab sibuk uruskan anak2 yg nak ambil exam. Nasib baik MIL dan FIL faham... beruntung jugak ita kerana dapat keluarga mertua yang sentiasa memahami dan tak pernah memaksa. Insyaallah bila segala urusan anak2 selesai... barulah kami akan pulang...


Minggu ni juga, ramai yg merebut peluang untuk mengadakan majlis perkhawinan. Ita pun banyak jugak dapat jemputan. Jiran ita ni ada 2 keluarga yg akak mengangurkan majlis perkhawinan. Nasib baik tarikh lain2. Mudah lah sikit  jiran2 nak rewang.... hihi adalagi ke rewang sekarang ni.. memandangkan zaman dah serba canggih ni orang lebih suka ambil catering aje kan... mudah dan ringkas..

Eh! panjang nyer celoteh pagi2 ni... Sebenarnyer ita nak masukkan Congo Bars yang ita buat semalam. Rasa2 ramai yg dah buat. Resepi yang sangat mudah dan simple ni... rasanyer pun sangat sedap dan rich dgn rasa coklat. Sangat sesuai untuk menjamu tetamu. Boleh juga di jadikan door gift untuk majlis keramaian. Resepi macam biasa ita ambil dari dapur Rima. Terima kasih Rima for sharing this wonderful recipe. Kita boleh guna 2 kaedah untuk buat congo bars ni. Boleh guna mixer atau gaul guna whisker aje pun boleh!


 MyKitchen's Recipe

CONGO BARS
by: Rima

Ingredients
2 3/4 cup all purpose flour
2 1/2 tsp baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened - I used 150g Anchor brand butter
1 lb. light brown sugar (Oh my and thank you!) - I used 320g
3 eggs
1 tsp vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips - I used 250g chopped valrhona (55%)
1 cup chopped pecans (optional) - I didnt use.. dont feel like it

By mixer
Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.

By hand
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.

Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish.
Bake at 170C for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake!


315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

20 comments:

Abuya Hayat said...

nampak sedap, tapi ape beza congo bar nier ngan kek? ke rase dier lebih ker brownies?

AZLITA AZIZ said...

Rasanyer macam kek ye! mungkin lebih ke arah brownies.. sebab ia nipis sedikit dari kek..

izahdaut said...

memang best congo bar ni. habis diet.. heheh

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

wow..best nye nampak..minum ngan susu kambing ker ?

nonierahman said...

bestnya kak ita...mcm butter kek+choc cip..nak 1 bar boleh? ^-^

Mas said...

wahhh...bestnya congo bar ni..
mas suka.....

Ummi said...

Assalam Ita...hehee, x sangka hari ni kita saling mendengar suara eh..haha..mujur terserempak dengan Mat eh...budak tu ala2 segan la tuh...xdan2 nepon akak bgtau dia sama2 dgn Ita dlm kedai brg baking...hahahaa...Lenkali kita borak lg eh..muahahaha..

Diana @ Melley Mey said...

dah lama tergoda ngan congo bar nie... diana lom perna try lg buat... cantik dan menarik... nanti2 nk try gak...

kak ina kl said...

nampak sedap...gambar pun cantik

ShashaCatering said...

Congo Bars? Menarik! Nama dia unik, dan rasanya tentu sedap nih... ;)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

salam singgah....oishii sou
nampak pics mcm dlm buku recipe...pandai akak snap ek...salam kena; dari bumi sakura :))

Dapur Ain said...

akk na tanye..ape sb congo bar ni jd padat n keras ble sejuk(suhu bilik) ye?klu sye panaskan balik,die jd soft,teksture die pn xpadat mcm ble sjuk td..bole bg tips x akk?

eva said...

akak npe kte buat bawah dia jadi lembap ye..macam padat kat belah bawah

eva said...

akak npe kte buat bawah dia jadi lembap ye..macam padat kat belah bawah

ZanIeda said...

sy bt pn bawahnya lembap.kenapa ye?.....tp rsnya memang sedap

ameliaahmad said...

Saya dah try buat congo bars ni....tapi nak tau bape lama congo bars ni tahan ye.....?

Dakwat Basah said...

salam,
dah try.
Sedap.
Terima Kasih tuan rumah..

Dakwat Basah said...

salam,
dah try.
Sedap.
Terima Kasih tuan rumah..

Norfaziela Amin said...

Salam sis, yang ni resepinya yang chewy kat dalam ke sis. Sbb saya pernah beli, dari 2 orang, salah satunya chewy kat dalam , saya suka yang chewy. So, plan nak cuba buat guna resepi sis :)

lilyseroja said...

as salam kak,sy dah buat mcm di ats,suhu 170,tp dlm xmsk..huhu..ada apa2 yg blg mnybab kan jd cm tu x?or sy kena naikkn suhu?