Follow if you like

May 2, 2011

boleh ke ni....???

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu sebelum memulakan bicara... ita nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh pekerja yg berada di serata dunia... semoga hari ni menambahkan lagi keazaman untuk memulakan hari esok dgn penuh semangat dan dedikasi...

Walaupun hari ni hari Buruh lah kan... kalau dulu2 kan orang panggil Hari Buruh... tapi, buruh kat rumah ni masih terus bekerja... huhuhu bila lah nak dapat cuti... kan best kalau dapat cuti... Tak pe lah kan sekurang2nyer ini adalah amal jariah yg telah dilaksanakan dan semoga akan mendapat ganjarannyer di akhirat kelak....


Hari ni ita masak special sikit sempena hari pekerja dan khas untuk seorang pekerja aje kat rumah ni... Ita buat Nasi Beriani. Resepi macam biasa ita ambil dari Chef Hanieliza. Resepi yg cukup simple dan mudah penyediannyer... Kalau dulu2 ita rasa macam susah tau nak masak... tapi sekarang ita dapat resepi yg cukup mudah sebagai hidangan untuk keluarga. Bahan2 pun tak sukar dicari, penyediaannyer pun cukup ringkas dan tak makan masa lama mana pun... dan yg penting hasil sentuhan Chef Haniliza ni sangat berbaloi di cuba... sedap weeeiii!!


Jangan pulak tekejut... aiii... napa ita ni dah tak de pinggan dah ke??? sampai kena letak dalam labu.. haha sebenarnyer ada request dari anak sedara ita. Dia ada tugasan yg perlu di buat. So dia minta idea dari ita atas tugasan itu.. ita pun tak berapa mahir dalam bab2 kulinari ni... kita tibai semacam aje le.. tak tau lah kena atau tidak dgn tema... Mak Long cuba ye Noor harap puas hati... tapi ambil ini hanya sebagai panduan untuk mendapatkan idea yg lebih menarik.. dan mak long doakan semogga Noor lulus dgn cemerlang...

Ok masakan yg dicadangkan Nasi Beriani. Lauknyer pula Ayam Masak Beriani, tapi mak long tak de ayam, malas pulak nak gi kedai ujan2 ni.. mak long gantikan dgn daging.. ala Noor bayangkan aje lah ini ayam... boleh gituuuu... @__@ dan labu. Tema pula,  Hari Jadi kaum India... adoiiii... payah jugak tu... pulak mak long mmg tak pernah pergi birthday party masyarakat India, kalau open house tu adalah... tapi macam sama aje macam orang Melayu jugak.. sebab catering nyer Melayu.. hihi


Ok mula2 ita rasa kalau masyarakat India mesti ada daun pisang, dan sari adalah pakaian tradisi dan suatu lambang kemegahan dalam masyarakat India. Labu pula mmg selalu digunakan untuk acara keagamaan dalam masyarakat India. Periuk tanah pula adalah tradisi yg ita rasa mmg tak dapat dipisahkan dari masyarakat India. Mula2 ita nak cari pingan yg besi dan ada gold dan ukiran sikit... tapi tau je lah kan dah hari cuti2 ni mana lah ada kedai bukak jadi ita guna apa aje yg ada kat umah ni... daun pisang tu pun rembat kat tepi jalan.. hihi

Kalau ada sesiapa yg punyer cadangan atau idea bolehlah komen dan bantu anak sedara ita ni untuk dapatkan idea yg lebih menarik.. cadangan dan idea dari anda semua sangat2 kami hargai dan semoga mendapat ganjaran di sana.... AMIN


MyKitchen's Recipe

NASI BERIANI
by: Chef Hanieliza
Sumber: Buku Masakkan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A
1 kg beras basmati - dibasuh bersih dan ditoskan (ita guna 5 cwn dan ita rendam sekejap)
2 sudu makan rempah beriani - dibancuh dgn sedikit air
4 biji tomato - dipotong dadu
3 biji cili merah - dibelah 2
3 biji cili hijau - dibelah 2
1 tangkai daun pudina - dimayang kasar2
1 tangkai daun ketumbar - dimayang kasar
2 cawan air (ita letak 3 cwn air)
1 cwn susu cair (ita guna 1 tin susu cair)
4 sudu makan minyak sapi
1/2 cwn kismis
1/2 cwn gajus
garam secukup rasa
pewarna kuning dan oren


Bahan B
5 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inc halia - dihiris
rempah tumis (4 sekawan)
sedikit daun kari


Panaskan minyak sapi dlm kuali. Tumiskan bahan B sehingga garing dan harum.
Masukkan rempah beriani yg dibancuh dgn sedikit air dan kacau rata, masak hingga pecah minyak.
Masukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
Masukkan air, susu cair, daun ketumbar, daun pudina kismis dan gajus. Biarkan mendidih sebentar.
Rasakan masinnyer....
Kemudian masukkan hasil tumisan kedalam periuk nasi yg telah tersedia beras didlmnyer dan masak seperti biasa.
Apabila nasi telah kering titiskan pewarna dan biarkan kering.
Apabila nasi masak gemburkan nasi perlahan2 supaya nasi tidak patah2


6 comments:

Mas said...

wahhh..cantiknya gambar nasi beriani tu...
mengancam betoi....
akakkk....cantik la langsir rumah baru ni...mas suka...rajin akak tukar cat rumah yerk...

cik cek said...

Gambo nasi yang mengancam selera....menarik dan tertarikkkk....:)

AZLITA AZIZ said...

haha... ni lah mas nak memandai2... anak2 tak de akak cuba2 godeh2 blog ni sekali warna tu ilang tak dapat di kesan.. terpaksa cat baru... hihi

terima kasih Mas.. :)

AZLITA AZIZ said...

terima kasih kak Cek... :)))

CT Delima said...

Assalamulaikum Ita

lepas tayang nasi beriani dalam labu tu, amik buah labu bole buat pengat ni Ita.. hihihi.

Makan nasi beriani kalau dapat dengan daging masak beriani pun sedap ni Ita. rajinnya mak long noor ni ya. semoga mendapat keberkataan insyaAllah.

Cendana Kasih said...

kita nak nasi yang bentuk bunga tu..cukuplah untuk orang diet..hehehe.... Ita, labu tu nanti buat apa?? hehehe

Powered by Blogger.