Thursday, May 26, 2011

ASAM PEDAS DAGING

Assalamualaikum...

Selamt pagi semua... Jangan ada pulak yg kata awalnyer ita masak hari ni... hihi ni sebenarnyer lauk yg ita masak semalam.. kira kalau nak mengendeng mmg dah tak de dah kan... semuanyer telah diproses.. khik.. khik..

Tapi mana lah tau kalau ada yg tgh pening kepala  mikir nak masak apa lah tengahari ni... kelur ikan masuk balik... keluar udang masauk balik... asyik kerja keluar masuk... keluar masuk dari peti ais... pintu peti ais tu pun asyik bukak tutup... bukak tutup ... pening... pening... tak tau nak masak apa???


Apakata cuba resepi yg sedap ni dari Chef Hanieliza, Asam Pedas Daging. Sedap tau! masa tumis lagi dah naik aroma lauk asam pedas ni dan membuatkan perut mula berkeroncong... tak sabar nak makan... emmmm.... sedapnyer bau diaaaa.....

Lauk ni simple aje penyediannyer tapi... mmg sedap lah ita lawan dgn ikan goreng, sambal belacan dan sayur goreng campur... makan panas walaweiii... mmg terangkat! Bau dia macam kita masak rendang tinggal lauk ni tak letak santan aje.. kalau letak santan letak kerisik dah jadi rendang... tu yg buatkan ia istimewa pada ita.. boleh lah kalau nak cuba untuk masak tengahari ni...

MyKitchen's Recipe

ASAM PEDAS DAGING
by : Chef Hanieliza

500 gm daging - dipotong kecil (ita guna batang pinang)
7 helai daun limau perut
1 pokok daun ketumbar
2 biji tomato - dipotong baji
1 kuntum bunga kantan - ita tambah
2 cwn air
1 cwn air asam jawa
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
1 kiub daging - ita tambah

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inc lengkuas
1 1/2 inc halia
3 btg serai
3 biji buah keras
1 inc belacan
4 helai daun limau perut - ita tambah
1 pokok daun ketumbar - ita tambah


Ita kisar sekali daun limau perut dan daun ketumbar bersama2 bahan kisar dan tinggalkan 3 helai daun limau perut untuk disiat2 dalam lauk.
Sekiranyer tidak menggunakan daging batang pinang, seeloknyer daging itu di rebus terlebih dahulu. Dan 2 cwn air tu gantikan dgn 2 cwn air rebusan daging.
Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
masukkan daging dan biarkan sehingga pecah minyak semula.
Masukkan air asam jawa, ita masukkan sekali kiub daging dan biarkan seketika sehingga daging masak dan empuk.
Kemudian masukkan daun limau perut, tomato dan bunga kantan. Biarkan reheh sehingga pekat dan pecah minyak.
Angkat dan hidangkan dgn taburan daun ketumbar.

3 comments:

Wanieyra said...

salam pagi kak....rasanya ira dah lama benaor tak masak asam pedas ni, maklumlah orang kelantan tak makan pedas2...kalau tukar daging dgn ayam boleh tak?

Zalinah Basir said...

mmg fav akak asam pedas ni.. pg2 dh tkeliur tgk ni.. ish ish ish..

Mas said...

perhhhh..terliurnya tengok asam pedas tu...
kuahnya pekat jerk....
sedappppnya dapat hirupp kuah tu...