Follow if you like

May 25, 2011

An apple a day....

Hari ini ita masih lagi belajar dan terus belajar bagaimana untuk mendapatkan teknik food photographer yg baik. Banyak lagi sebenarnyer yg ita masih tak tahu.. dan cara yg terbaik adalah bertanya, membaca, mencari dan terus mencuba tampa rasa putus asa.


Hari ni ita belajar lagi satu teknik mengawal cahaya. Kadang kala kita dapat perhatikan gambar yg kita ambil over expose dan ada kalanyer terlalu gelap. Cahaya yg kurang ditambah pula hari hujan dan mendung amat menyukarkan proses untuk mengambil gambar. Masih banyak lagi yg perlu di pelajari...

Untuk mendapatkan satu studio mmg lah menjadi idaman setiap pencinta photo, tapi kosnyer bukanlah murah. Peralatan yg banyak itu juga memerlukan ruang khas untuk disimpan. Kadang kala kalau beli tapi tak tau guna pun rasanyer satu kerugian yg besar.. Oleh itu sebagai beginer, kenali setiap peralatan yg ada di sekeliling anda dan gunakan ia sebaiknyer... insyaallah kita juga akan dapat memiliki foto yg kita idamkan walaupun tak sebaik pro photographer. Kalau kita sudah mahir nanti barulah kita fikirkan kearah itu...


Untuk menyediakan mini studio di rumah bukanlah satu yg sukar. Apa yg di perlukan hanyalah sebuah meja kecil yg mudah dialih. Sebagaimana yg ita kata kan sebelum ini, studio ita sentiasa berubah2 mengikut cuaca dan mengejar cahaya. Kedua, ita perlukan 2 keping polystyrene board. Kalau tak de boleh gunakan kad dan balut dgn aluminium foil, atau boleh juga gunakan cermin, jalan terakhir boleh juga gunakan kertas lukisan putih atau A4 paper.

Selain itu ita juga menggunakan tripot, ini adalah untuk mendapatkan gambar yg sharp. Tapi mmg agak terbatas untuk kita mengambil dalam angel yg menarik. Jika punya sesiku yg kuat dan tangan yg tak gigil boleh lah lupakan tripot dan anda bebas untuk mengambil angel yg anda suka.

Lain2nyer hanya lah prop yg menjadi pilihan, seperti kayu, papan, kad board kain atau apa2 juga yg kita suka untuk jadikan prop.

CARA 1

Cahaya dari tingkap. Masa ambil gambar ni petang pukul 5. Keadaan cuaca agak mendung. Polystyrene bertindak sebagai reflector untuk mengawal cahaya,  membalikkan cahaya dan mengurangkan bayang. Kalau cahaya terlalu terang gunakan kad bord putih atau kertas A4. Kalau cahaya kurang terang gunakan cermin atau kertas aluminium.


Ini lah hasilnyer

CARA 2

Cahaya dari pintu. Masa dan cahaya dalam keadaan sama seperti diatas. Kedudukan ita ambil gambar di tempat mana ita letakkan tripod.

ini lah hasilnyer lihat bayang2 dapat dikurangkan.

Kalau kita menggunakan aperture tinggi bokeh effect kurang begitu juga sebaliknyer. ISO pula adalah tahap sensivity imej terhadap cahaya.  Kalau cahaya kurang kita tinggikan ISO supaya gambar lebih terang tapi jangan lupa pula untuk seimbangkan speed dan aperturenyer supaya dapat menghasilkan cahaya yg seimbang. 
Semakin tinggi ISO semakin banyak Noise. Semakin rendah ISO semakin sedikit Noise.

9 comments:

Mas said...

akak...memang sangat cantik gambar apple tu...
tahniah kak...mas tumpang belajar gak sikit2....

Fazlinil Irma said...

terima kasih kak ita. nanti balik kl akan cuba dipraktikkan. :)

Nieza said...

tq sharing kak ita cayang...:)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

terima kasih berkongsi ilmu

lina said...

ita - tq share...syg ita :) patut la gambar yg lina ambil tak cantik main hentam je

Hazrika @ ieka said...

cool la kak ^_^...like dis lol.....

Ummi said...

Ita, akak main hentam jek..board sume tu akak mmg maleh nak sediakan...hahaha...tu pasal kalau dpt nature light kat luar rumah lg senang...haha...Sebenarnya byk lg x pahamnya akak ni..

cek chun said...

pics akak memang cun.
thanks for the tips. board polistrin tu bersepah ada nih. tak reti guna jer. pasni boleh la try :)

aDisH.sHidA said...

PICT2 AKAK SEMUA CANTIK2 LA....BEST TGOK...THANKS ATAS PERKONGSIAN ILMU INI

Powered by Blogger.