Follow if you like

May 27, 2011

APAM PISANG CHOCMILO

Assalamualaikum...

salam di pagi Jumaat..
Hari ni tak boleh nak bebel panjang lebar kerana banyak urusan yang menanti. Dah masuk ujung bulan2 ni macam2 nak kena jelaskan segala macam bill... air, api, telefon.. dan yg sewaktu dengannyer. Kejap lagi ita nak keluar. Nak gi bank, pas tu gi pasar nak beli barang sikit, barang dapur pun banyak yg dah habis.. Minggu depan anak2 balik lagi lah bertambah sibuk maknyer di dapur..


Semalam dok belek2 gambar kat comp, baru perasan yg pic ni tak masukkan lagi.. hihi ita buat dah lama dah rasa apam ni.. rasa2 masa sibuk tenet buat hal hari tu..uuuuu lama tuuuu... rasa pun dah tak berapa nak ingat. Yang ita ingat ita buat dua versi, setengah adunan di kukus dan setengah adunan lagi ita bakar. Rasa2 dua2 pun ok! cuma lain kali ita kena kurangkan garam kepada 1/2 sudu kerana terasa masin sikit.


Resepi ni dari kenalan di FB, Zuriana. Rasa2 banyak jugak resepi dari Zuriana yg ita dah cuba. Resepi kali ni ita skodeng dari dapur Noorsha lagi. Kepada Noorsha akak minta izin CNP kat sini pulak lah ye! Terima kasih juga pada Zuriana yg sudi berkongsi resepi.

MyKitchen's Recipe

APAM PISANG CHOCMILO
sumber : Noorsha

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan milo
1 sudu makan koko
1 sudu teh garam
1 biji telur - pukul sedikit
1 cawan minyak -
1 cawan gula perang @ gula halus -
1 cawan pisang lenyek
1 sudu makan susu cair @ susu segar (optional)
coklat chip secukupnya
hirisan pisang untuk hiasan

Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Ayak bersama tepung gandum, soda bikabonat, baking powder, milo dan serbuk koko. ketepikan.
Dalam mangkuk lain, satukan pisang lenyek, minyak @ butter cair, gula, dan susu. kacau hingga larut.
Masukkan bahan ayak ke dalam campuran puisang tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata.
Sudukan adunan dalam paper cup @ mould jelly @ loyang sehingga 3/4 penuh. 
Taburkan coklat chip di atasnya dan hiaskan dengan hirisan pisang jika suka.
Kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit.

7 comments:

kemboja said...

kalau x letak pisang boleh ka.. hehe x gemar sgt pisang.. comel2nyer. kecik2 jer saiz dia hehe

CT Delima said...

As'salam Ita

selamat pagi :D esok dah mulalah rutin kita sebagai ibu amat sibuk sebab anak2 semua dah cuti sekolah kan. tak kering tangan lah kita ni erk Ita.. hehehe

ct pernah buat apam ni sangat mois kalau dikukus. tambah lembut dan kalau garam tu ct selalunya letak secubit jer buat rasa2 gitu.. hehehe

lela said...

sedap..nk cb gak la

Hanim said...

comel apam tu, dtmbah lg dgn kecantikan hiasannya...suke ngan hiasan pinggan-minggan n sudu-mudu tuuu he3

Yatie said...

comelnya apam pisang tu..yatie suka yg kukus sbb moist je kan...nak mintak dah abeskan....kenalah wat sendiri..balik dululah....

Mas said...

wahhh..cantik la apam pisang tu....
mas pun suka apam pisang..
sedappkan..

ilahjy said...

itaaaa... kak ilah nak kasi bintang...5 bintang tau..kretip tol laa ita ni..mcm2 dia peragakan disamping kuihnya.. pelakun tambahan tu menawan hati kak.. yg kurang mampu mereka cipta ..huhuu minta sikit kretip tuuu..hehe

Powered by Blogger.