Follow if you like

Apr 19, 2011

STEW DAGING

Assalamualaikum....

Senyum seindah suria.... pagi ni sang suria dah memancar2 kat luar tu... nampak cuaca cerah... harap2 biarlah sampai ke petang... Tapi cuaca sekarang ni tak boleh di jangka... tengah2 panas terik berarak pula mendung kelabu....

dah sarapan? Sarapan apa lah pembuka tirai pagi ni... tentu yg istimewa untuk insan2 tersayang... Walau apa pun sarapan kita hari ni... itulah rezeki kita... Syukur atas nikmat kurniaan ilahi... sekurang2nyer kita masih boleh menikmati kelazatan setiap hidangan...


Stew Daging ni ita masak untuk hidangan malam tadi. Tak sempat nak N3. Pagi ni baru nak buat tayang amal.. hihi. Resepi macam biasa hasil skodeng dari dapur ke dapur. Kali ni rumah siapa lah yg ita skodeng kan?? tak lain tak bukan rumah hana lah yg dah balik Malaysia tu... semalam gi jalan2 kat rumah hana.. dah lama tak tengok Darwish yg comel tu... Seronok tengok Darwish main air... cuci kereta ye! ialah kat Jepun dulu dah puas main snow kan??? sini tak de snow... main lah buih sabun ye! Darwish... buat2 ilang rindu kat snow tu... hehe

Resepi Stew daging ni mmg lah nampak panjang berjela... tapi buat dia senang aje... cepat dan ringkas. Tapi ada beberapa step yg ita tinggalkan untuk memudahkan ita memasak... cepat masak , cepat makan,  cepat kemas,  betul tak?? Ita tambah tulang dan lebihkan kuah sebab ita nak cicah dgn roti.


Kali ni ita makan dengan Roti Bengali. Sedap pulak makan dgn roti ni... Sebenarnyer suami ita yg minta buatkan roti bengali ni... tak puas lagi makan agaknyer.. Untuk resepi roti bengali ni boleh lah rujuk di SINI  Jutaan terima kasih pada penyumbang resepi, kepada Hana juga... Minta izin ye untuk share kat sini pula!

MyKitchen's Recipe

STEW DAGING
by: Raidah
source : Hana

Bahan-bahan


500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 sudu pes bawang - resepi di bawah

1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.

Cara-cara

Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


RESEPI PES BAWANG
by: Raidah

Bahan-bahan

1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

9 comments:

Farah Shamsudin said...

uiisskk..sedapnya.. adoyaii..pepagi ni rasa lapao dah

Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

camat pagi kak ita..cedapnye stem daging ni..nyum..nyum

BMS/Maziela_84 said...

Salam perkenalan...kak ita..
saya tertarik sangat dengan bertuk flower tu..cerciter alat apa yg diguna..hehehe
klu boleh kak ita buat ler entry pasal acuan tu..nak beli jugak..huhuhuhu

Mas said...

sedapnya stew daging tu..
nak semangkuk kak..he..he..

Sheila Shafeareen said...

salam lama betul x mkn stew dgg ni...terlupa pada resepi yg satu ni heheh dtg sini mmg terliur negok lauk pauk tu...
nak buat le dgg pun ada ni...

Nur Ede said...

Assalam Ita..
Lapo ler pulak pepagi nie.. tengok stew daging yang ita buat tu.. makan pulak ngan roti bengali.. pekena ngan kopi O panas2.. fuhh.. mmg ngamm betoi...

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

hmmmm...memang la sedap stew tu...tambah lagi ngan munga yang cantik tu..

Dinie Syasya said...

terbaik ni..meh kita try..hehe

+jAnNaH kHai+ said...

kalau xmsukkan pes bawang boleh x?

Powered by Blogger.