Follow if you like

Apr 11, 2011

SPRING ONION BUNS

Assalamualaikum...

Melangkah setapak lagi kita ke minggu baru... Minggu ni agak sibuk memandangkan minggu peperiksaan bagi anak2. Dalili dah mula periksa. Anak periksa tapi maknyer yg sibuk buat ulangkaji macam maknyer pulak yg nak periksa... hihi Bila tengok Dalili yg selamba aje mcm tak de apa2 peristiwa yg berlaku buatkan maknyer kecut perut... aiii... yg ni agak lain sikit perangainyer... mungkin perempuan kot!..


Hari ni kita mulakan minggu baru dgn sarapan yg penuh khasiat. Apalagi meroti lagi lah kita... Kerja meroti ni akan lebih mudah jika kita ada Bread Maker. Tak payah nak sibuk2 menguli sampai berpeluh2... semua kita humban aje dalam BM tik tok tik tok dah siap! pas tu terus aje bakar. Kerja yg paling mudah. Sementara menunggu bun siap di uli macam2 kerja lain yg boleh kita siapkan... aii... dah mudah dan bertambah2 mudah kehidupan kita sekarang kan?? apa lagi nak??? bersyukur lah....


Spring Onion Bun ni adalah bun kosong. Ianyer sesuai dimakan bersama Garlic Butter. Cicah dgn teh O peng! atau boleh juga cicah dgn kari atau sardin... ikut kesesuaian tekak dan selera masing2.  Sesuai sangat sebagai pembuka tirai pagi sebelum melangkah dgn tugas2 seterusnyer...

MyKitchen's Recipe

SPRING ONION BUNS

400gm tepung roti
50 gm butter
50 gm susu tepung
1 biji telur
1 sudu teh bread improver
11gm yeast
1 sudu teh softener
240 ml susu segar
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula

BERHIAS ATAS
1 biji telur
50 gm bawang merah - dihiris
sedikit dried parsley

UNTUK DOH  
Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit.  

KAEDAH LAIN  
Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 32 bahagian yang sama besar (kurang lebih 50 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam   loyang yang telah digris dengan mentega. Potong bahagian atas doh dgn pisau yg tajam dan biar doh menaik selama 45 minit.
Sebelum di bakar sapukan dgn telur, bubuh bawang dan taburkan dried parsley diatasnyer jika suka. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...

6 comments:

Mas said...

perhhh..cantiknya roti..
akak..roti ni memang tawar yerk....

AZLITA AZIZ said...

ye mas roti tawar..

Anna Qawina said...

eh..roti...rotiiii.....sedap mkn roti kan

Ummiakid @ lily said...

Sedap...lapor le pulak!!!

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

sedapnya..kita suker tengok roti tu...

izahdaut said...

wah comel.. teringat roti dak ros jintanmanis. ada filing mashed potato kat atas..lebih kurang cam ni jugak.

Powered by Blogger.