Wednesday, April 20, 2011

Resepi Pak Engku lagi...

Ku sangka panas sampai ke petang rupanyer hujan ditengah hari... adoi!! nasib baik semalam panas kain baju dah kering.... kalau tak... tak kering lagi lah kain baju tu...

Hari ni happy sikit sebab petang ni anak2 balik... anak ita yg kat Putra Jaya tu balik petang ni... dan yg kat Lipis tu balik esok katanyer... balik sebab sekolah masing2 asrama diguna pakai... tapi tak pasti pulak guna untuk apa... biasa kalau cam ni mesti ada apa2 program pas tu pelajar dari sek lain tu dok bermalam kat sekolah mereka tu yg semua kena balik sebab asrama nak digunakan...


Menu hari ni Ayam Masak Merah. Resepi ayam masak merah ni dah biasa ita buat banyak kali juga kadang masuk N3 kadang tak masuk sebab dah selalu sangat kan.... Lauk ni mmg fav anak2 ita... semua suka lauk ni... kalau anak2 balik mesti ita kena masak lauk ni... ita rasa anak2 orang lain pun sama kan... lauk ni mmg fav budak2 lagi2 lah lauk ayam kan mmg berselera masing2 makan... sampai licin pinggan..

Resepi Ayam Masak Merah kali ni ita gunakan resepi dari Pak Engku. Kali ni nak rasa pula kelazatan ayam masak merah hasil sentuhan Pak Engku, mestilah lagi terangkatkan... kalau dengar nama Pak Engku siapa lah yg tak teruja... sebab kebanyakkan masakan Pak Engku mmg menyelerakan.. banyak dah ita cuba dan semuanyer tak pernah menghampakan... memang terbukti sedap! Jom kita intai2 pula resepi ayam masak merah ni pula...


MyKitchen's Recipe

AYAM MASAK MERAH
by: Pak Engku

1 ekor ayam - potong 12
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inc halia - kisar
200 gm cili kering yang telah di kisar
3 batang serai - kisar
2 inc lengkuas - kisar
rempah tumis - 4 sekawan
1/4 tin susu cair
5 sudu makan minyak masak
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan tomato puri
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam - ita tambah

Basuh ayam bersih, gaulkan dgn garam dan kunyit dan goreng setengah masak. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis rempah tumis bersama bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan tunggu hingga kekuningan barulah masukkan lada kering.
masak hingga naik minyak, barulah masukkan sos cili, tomato puri dan susu cair. ita tambahkan kiub ayam. kacau hingga kuahnyer menjadi pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka dan biarlah ianyer secukup rasa.
Barulah masukkan ayam dan gaulkan hingga sekata antara kuah dan ayam. Siap untuk dihidangkan.

2 comments:

Mas said...

anak2 mas pun suka ayam masak merah ni...
sedappnya tengok ayam tu...nak seketoi..he..he..

K.Nor said...

akak baru jer dpt hadiah buku pak ungku.. banyak gak resipi dlm tu yg terasa nak cuba..