Follow if you like

Apr 2, 2011

NASI MADURA

assalamualaikum...

Pagi ni kita mulakan dgn sepinggan Nasi Madura. Actualy Nasi Madura ni ita masak semalam bersempena ulang tahun hb. Nasi ni ita makan dgn lauk Rendang Ayam Minang yg sangat sedap! resepi dari pak Engku jugak. Nanti ita masukkan N3 rendang minang tu kejap lagi eh!

Nasi madura ni kalau boleh masak tu gunakan beras basmathi. Tapi, ita semalam kehabisan stock so, ita gunakan beras biasa aje. Nasi ni penuh dgn aroma rempah ratus dan harum, kadang kala terasa macam makan pulut kuning pun ada jugak...


Penyediaannyer tak lah sesukar yg disangkakan. Kalau semua bahan ada proses memasak akan berjalan lancar. Sebagaimana mudahnyer kita menyuap ia ke mulut begitulah juga cara menyediakan nyer.. jom kita intai2 resepi

MyKitchen's Recipe

NASI MADURA

1.5 kg beras basmathi - cuci bersih dan toskan airnyer
1 biji kelapa parut putih - perah ambil santannyer (angaran untuk menanak nasi)
Secubit garam
2 Helai daun pandan - disimpul
2.5 cm halia - dititik

Bahan Kisar
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk kunyit
5 biji buah keras
4 ulas bawang putih


Campurkan semua bahan kisar ke dalam santan.Bubuh garam dan kacau rata. Jerang atas api hingga mendidih. Kemudian masukkan beras, daun pandan dan halia. Kacau rata-rata, tutup periuk dan tanaklah nasi seperti biasa.

5 comments:

~Norul Mas Hana ~ said...

Salam kak ita,
nampak sangat menyelerakan..
boleh try ni.. =)

izahdaut said...

rasa rempah rempah ye kak ita nasi ni. sedap tu. tengok bebahan dah imajin bau nasi ni.. tunggu lauk ayam keluar pulak

Mas said...

kak ita, memang rasa rempah kan...
jadi teringin lak tengok nasi tu..
boleh masuk list...

lina_pg said...

Nasi madura..tak pernah makan lagi ni..nmpk sedap tu..sekali tgk cam ns beriani..bleh try ni

Cendana Kasih said...

mesti kawan2 Madura saya pun suka nasi ni..tp diorang tak pernah plak masak nasi ni...ish..nak kena tanya ni...

Powered by Blogger.