Follow if you like

Apr 7, 2011

MIX NUTS COFFEE CHOCOLATE CHIP COOKIES

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua... maaf lah ye pagi2 dah tayang cookies.. eh tapi tak pe pada yg bekerja boleh juga buat cookies ni.. masuk dlm balang dan bawa gi off. Bila perut terasa lapar boleh juga dialas dgn cookies ni dan secawan kopi... segar sikit rasa kan??

Semalam anak ita, Amirul telefon minta buatkan cookies. Cookies yg di bawa hari tu dah habis katanyer. Kalau bangun malam2 lapar.. tak de apa nak makan.. kalau ada cookies boleh juga buat alas perut. Hati seorang ibu pasti tersentuh bila dengar permintaan anak2. Semalam ita pun memulakan projek membuat cookies ni. Amirul kata dia nak cookies yg ita bekalkan hari tu. Cookies ni ita pernah buat di SINI.

Tapi kali ni ita letak campuran kekacang yg membuatkan rasanyer lebih sedap tau! Campuran kekacang ni ita mmg beli Mix Nuts. Dalam dia ada macam2 kekacang, ada almond, gajus, kuaci, dan lain2 lagi lah... so bila kita makan tu tergigit kacang2 tu mmg terasa enak sekali.


Cookies ni sebenarnyer tak yah tunggu Hari Raya baru nak buat. Kita boleh buat tuk simpan dirumah, manalah tau kalau ada tamu yg datang mengejut, sekurang2nyer ada juga hidangan yg dapat kita sajikan. Tak de lah dok angkat air bujang aje kan...

Atau kita boleh juga makan ketika menonton TV waktu malam bersama suami. Sambil menikmati secawan kopi. Memang mengasyikkan...
Resepi ni by Rima iaitu dari resepi Coffee Chocolate Chip Cookies tapi ita tukar ke Mix Nuts Coffee Chocolate Chip Cookies kerana ita letak mix nuts dan memudahkan ita untuk ingat resepi ni nanti. harap2 Rima tak marah lah ye! Sekali lagi minta izin untuk share resepi ni disini pulak lah ye Rima sebab anak2 ita mmg dah jatuh hati dgn cookies ni...

MyKitchen's Recipe

MIX NUTS COFFEE CHOCOLATE CHIP COOKIES
Resepi asal dari : CCC by Rima

Ingredients
200g margarine
50g butter - I used 250g unsalted butter
75g caster sugar
90g brown sugar
3 egg yolks
1/2 tsp vanilla essence
1 tsp coffee oil - I used coffee paste
120g of chocolate chips - I used Hershey's
100g of mix nuts - toasted
350g flour
15g cocoa powder - I used Tudor Gold
1/2 tsp baking powder
1tsp salt 

Method
- Preheat oven to 160 deg C.
- Grease a pan with margarine.
- Beat butter, sugar and brown sugar until smooth.
- Add the eggs one by one, beat till combined. Add vanilla essence and coffee oil.. beat well.
- Add sifted flour, cocoa powder, salt and baking powder mixture and stir well.
- Add chocolate chips and cashew nuts. Mix well.
- Bake in hot oven for 15 minutes.
- Remove and let cool.


Yang kat bawah ni resepi dalam versi Melayu
Diterjemahkan oleh : Azlita Masam Manis

200 gm majerin
50 gm butter - ita letak 250gm butter so ita tak guna majerin
75 gm gula caster
90 gm gula perang
3 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil  coffee  oil - ita letak coffee paste
120 gm choc chip - ita guna Hershey's
100 gm mix nuts - bakar sekejap
350 gm tepung
15 gm serbuk koko - ita guna Tudor Gold
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam

Panaskan oven 160C
Leserkan dulang pembakar dgn minyak atau butter.
Pukul butter, gula dan gula perang sehingga lembut
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga adunan sebati. tambahkan vanilla esen dan Coffee oil (ita letak coffe paste) dan pukul hingga rata.
Masukkan tepung, serbuk koko, garam dan baking powder yg telah diayak terlebih dahulu dan kacau rata.
Masukkan choc chip dan mix nuts dan gaul rata.
Sudukan atas dulang pembakar ikut lah kan kalau nak besar atau kecil biskut tu.
Kemudian bakar dalam oven selama 15 minit atau sehingga masak (ita bakar 20 minit)
Keluarkan dari dulang pembakar selepas masak dan letak di atas redai hingga ia sejuk.
Bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

6 comments:

hani said...

selamat pagi kak ita,
seksi cookies akk tu...muhahhaaa...seronok amirul dpt cookies

Mas said...

perhhhhh...menggoda betoi cookkies tu berposing.....
wat mas terliur jerk..

cik cek said...

posing jangan tak posing....he he penat dah cookies tu berposing Ita...pas tu ngap2 masuk mulut...sedapppp....tak yah tunggu raya nak makan cookies...setuju sgat ngan Ita....

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

salam kak ita....banyak nye kacang kat cookies tu...kalau hari raya buat cookies ni..tentu habis no 1 ...
posing pun cantik jer ...geramnyer....

tun_telani said...

wahhh.. mcm2 jenis kacang ada.. sedapnyer!

-cik maz- said...

Assalamualaikum, Pn.Ita

Nak minta tunjuk ajar Pn.Ita, kenapa yer bila saya buat biskut, hasilnya jadi 'berpantai'.

Saya tengok biskut2 Pn.Ita cantik jer terbentuk, tapi biskut saya jadi leper kat sekeliling biskut (mcm pantai).

Harap Pn.Ita sudi guide saya. Terima kasih :)

Powered by Blogger.