Follow if you like

Apr 26, 2011

MEE SIAM

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... dah sarapan ke? menu apa pula menanti hari ni..

Hari ni ita buat mee siam. Aii... kenapa pulak mi ni di panggiil Mi Siam ye! tak tau lah kan adakah mi ni berasal dari Siam. Kalau kat Johor mi ni biasa dipanggil Mi Siam tapi kalau kat tempat lain ita rasa di panggil mi hoon goreng... betul tak??

Walau apa pun pangilan yg diberikan ia adalah mi yg sama. Biasa lah kan... orang pun kdg2 ada pelbagai nama pangilan... Khadijah dipanggil KT. Salmah dipanggil Sally itu belum lagi yg tukat betul nama dari nama asal kepada nama glamour... bukan kata artis aje tau.. kat FB pun semua ada nama glamour masing2 hihi... biasalah tu...


Tapi hari ni mi ita ni ala2 kurang bahan... hihi sebabnyer banyak barang yg tak de.. so ita buat lah mi siam ala2 bodo...bodo... gitu..hihi lagi pun klu letak bagai ni bukannyer makan Dalili tu... habis semua disusun tepi pinggan.... lama lah nak tunggu dia memilih semua khazanah barang2 tersembunyi dlm mi tu...

MyKitchen's Recipe

MEE SIAM

1 bungkus mihun - direndam hingga lembut dan toskan
1/2 kg taugeh - atau boleh gantikan dgn hirisan kubis
1 pokok sawi
1 pokok kucai
3 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
fish cake atau fish ball jika suka
cili hiris
limau kasturi - jika suka masam2 manis

Bahan dikisar
15 tangkai cili kering - direndam
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu tauco
1 sudu makan udang kering - direndam

"DO IT YOURSELF"

Panaskan sedikit minyak didlm kuali. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan fish ball dan fish cake jika suka. Masukkan mihun dan sedikit air. Taburkan sedikit garam dahulu. Balik-balikkan dan masak hingga mihun lembut. Masukkan sawi,tauhu, taugeh atau kobis dan terus matikan api. Balik2kan lagi supaya rata. Taburkan daun kucai dan cili hiris. Siap untuk hidangan.

10 comments:

Mas said...

kak ita....
nak semangkuk...
sedappnya tengok mee siam tu....
dah menitik air liur ni..
ambik tisu lap.....
sedappp bangat tu....

AZLITA AZIZ said...

semangkuk aje tau mas tak leh lebih2... hihi

K.Nor said...

hehe.. akak tak ada nama glamer la.. kat pesbuk guna nama ori lagi.. full name lagi hehhe..

K.Nor said...

eh.. smlm buat mihun goreng gak, tp males betul nak posing.. posing dlm perut ajer ler :)

Ummi said...

Salam Ita, hulur sepinggan meehoon, wat sarapan kat opis ni...sambil menaip sambil jeling meehoon Ita, terliru la sbb akak mmg peminat meehoon n kuewteow..hehehe

Nieza said...

kak Ita, saya mai nk tumpang bf ni...hehe pepagi kat sini singgah dapur akak terus lapar tau..tapi tiap kali masuk sini tak pernah kenyang pun...hehehe

AZLITA AZIZ said...

hihi tu lah kak Nor ita mula tak tau tau tu kak Nor sampai lah kak Nor bagitau... sebab ingat kak Nor guna nama Nor67.. :)

tak de nama glamour tak pe kak Nor sebab orgnyer dah glamour dah! :)

AZLITA AZIZ said...

wasalam kak Ummi...
samalah kak, ita pun mmg suka mee hoon... suami ita pulak suka kuewteow...

sambil buat keja sambil makan... hihi bos tak marah ke??? :)
ni mesti pekerja kesayangan bos ni... :)

AZLITA AZIZ said...

hihi nieza... jom lah b'fast dgn akak... kalau nak tapaw pun boleh ni...
aiik!! susah nak kenyang... sebab dok makan gambor aje... hihi

Syreena Jamil said...

Mee siam ni asal dari singapore. Kalo prasan dlm cite p ramlee ada sebut mee siam. Filem masam2 manis. Tp kalau ibu saya buat berkuah. Taucu tu berkuah. Taucu tu tak di blender. Memang maknn fav family sejak kecik lg sbb tinggal di singapore dulu.

Powered by Blogger.