Follow if you like

Apr 22, 2011

MEE GORENG MAMAK

Assalamualaikum...

Lambat bersiaran... hari yg sangat sibuk... bila anak2 balik mmg tak de masa nak bermanja2 dgn blog dan FB. Aktiviti sentiasa padat. Ni pun ita baru balik dari bawa anak2 gi Jusco. Ada saja barang yg nak dibeli... nak beli buku lah, baju lah barang2 sekolah dan macam2 lagi lah aii... Layankan je lah...
Tapi punyalah ramainyer org kat Jucso sampai susah nak berjalan. Biasa kalau hari Jumaat tak lah seramai ni... mungkin masing2 ambil cuti dan sambung terus sampai cuti Isnin... tu yg berduyun2 orang. Nak beli barang pun susah... beratur punyalah panjang...


Nak cari tempat makan pun susah last2 balik aje lah kita makan kat rumah. Sampai rumah semua lapar... bukak peti ais... apa lah nak masak kan?? nampak ada mi sebungkus.. emmm... makan mi goreng aje lah malam ni...

Resepi mi goreng mamak ni ita ambil dari buku masakan Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi. Ada bahan yg tak de... ita gantikan dgn apa2 aje yg ada kat dalam peti ais...  Resepi yg sangat ringkas untuk hidangan makan malam ita sekeluarga... jemput makan....


MyKitchen's Recipe

MEE GORENG MAMAK
by: Chef Hanieliza

1 bungkus mi kuning
100 gm daging - hiris nipis
1 peket kek ikan - hiris nipis
1 peket bebola okan - hiris nipis
1 cawan kerang - ita tambah
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu makan cili kisar - boleh tambah sekiranyer mahu lebih pedas
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar - cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau - hiris nipis
1 kiub ikan bilis - ita tambah
2 sudu besar udang kering - ita tambah (kisar)
2 ulas bawang putih - ita tambah (kisar)
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar , bahan kisar, kiub ikan bilis dan rempah kari. Biarkan garing dan harum.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kek ikan dan bebola ikan. ita masukkan sekali kerang. Masak dan biarkan sebentar.
Masukkan kicap dan mi. Kacau rata.
Ketepikan mi dan pecahkan telur ditengah2 kuali. biarkan telur masak sedikit barulah dikacau dan digaul rata.
Masukkan sawi dan taugeh. kacau rata. Rasakan garam dan gulanyer.
Biarkan mi sedikit kering.
Siap untuk hidangan.



8 comments:

Ummiakid @ lily said...

Mee goreng mamak....mmg peberet hb kita..sedap, kalah mamak goreng ni..Aliff kena tutup kedai ni...

AZLITA AZIZ said...

hahaha.... mamak semua pencen dah!...
akak n family pun mmg suka mi goreng mamak... kalau makan kat luar pun selalu order yg ni jugak...

Mas said...

my peberet mee goreng mamak..
mas selalu makan kat kedai mamak..
makan kat rumah kak ita lak lah....
sedapppnya tengok.....

Farah Shamsudin said...

kak ita.. sedapnya!!

AZLITA AZIZ said...

hihi fav akak jugak mas...
Jom mas kita makan sekali... :)

AZLITA AZIZ said...

farah... jom makan sama... :)

ilahjy said...

salam ita
dapo ita ni ilah mesti masuk tiap hari sebab suka warna2 disini cantik.. gmbr pun mmg cantek.. tapi yg paling cantek mee mamak ni..huhu kalu dekat nak suruh ita gorengkan.. ingt masa dok kedah dulu masa sekolah ilah selalau p makan di kedai mamak tepi sungai pantai johor.. nama kampung ilah.. kat kedah ada nama KG PANTAI JOHOR. sejak kecik2 mee ni lah mknan rutin ilah jika kalu kuar jalan2 dgn nenek..
sekarang ni kalu mkn kat luar mesti sakit perut sbb mee tu kot.. air kapur dia kot.. kalu kat umah kita basuh bersih kan ita...
tntg oren tu mmg tak de biji. pahit sbb tak buang kulit ari kot.. hehehe..

Rabiatun Adawyah said...

Assalamualaikum Kak Ita, terguda ler mee mamak akak ni..lapor plak rasernyer.

Powered by Blogger.