Follow if you like

Apr 27, 2011

MEE BANDUNG MUAR

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua... eh! jangan ingat ita dok sarapan dgn mee bandung ni pulak! Mana ada org sarapan mee bandung kan...?? mee bandung ni sebenarnyer sangat sesuai sebagai hidangan santai atau makan malam. Jadi yg sebenarnyer mee bandung ni ita buat untuk hidangan makan malam ita sekeluarga malam tadi... tak sempat nak masukkan N3 sebab dah malam sangat dan terkejar2 dok menghantar Dalili Tusyen.

Mee bandung memang fav kami sekeluarga. Ia juga merupakan kegemaran anak ita, Amirul. Biasa ita kalau buat mee bandung ita gunakan resepi dari pak cik ita atau dari resepi kak ipar. Tapi resepi kali ni ita ambil dari rumah Nieza kerana cara memasaknyer yg sangat mudah dan simple.


Bahan2 yg digunakan juga simple dan yg penting rasanyer yang sangat sedap! ada juga beberapa bahan yg ita tambah untuk menambahkan lagi keenakan mee bandung ni mengikut rasa dan citarasa kami sekeluarga. Dagingnyer tu ita rebus dulu.. dan ita gunakan air rebusan daging. Pada yg teringin nak makan Mee Bandung Muar boleh lah cuba resepi ni.. mmg sedap! dan ita suka. Walaupun sebenarnyer sekarang ni dah ada jual perencah segera tapi ita rasa lebih berbaloi membuat sendiri kerana terbukti fresh dan lumayan...

Terima kasih kepada penyumbang resepi, kepada Madiha dan kepada Nieza di Findland juga kerana telah mengoda akak dgn N3 dan pic yg menarik... tertarik... deboooommm!!!... akak minta izin utk copy dan salin disini pula.. semoga dapat dipanjang2kan lagi resepi yg sedap ni...


MyKitchen's Recipe

MEE BANDUNG
by : Sabrina
Sumber :  
Nieza
Madiha 

Bahan kisar
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipoton, rendam hingga lembut dan kisar
segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
 
300 gram daging ~ potong nipis
sedikit udang fresh 
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula - ita tukar gula melaka
air secukupnya 
1 ikat sawi ~ dicelur
2 bungkus mee kuning ~ dicelur
limau kasturi
daun sup
tauhu goreng
bawang goreng
1 kiub daging - ita tambah
10 biji fish ball - ita tambah


CILI JERUK

3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal 
1 sudu cuka

Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.  
Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
Masukkan 3 mangkuk air bersama daging
Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.
Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak
Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Ita masukkan terus fish ball, sawi dan tauhu.

Setelah siap semuanya, boleh lah taburkan bawang goreng, dihidang dengan mee, limau kasturi dan juga cili jeruk.




16 comments:

Zalinah Basir said...

Assalamualaikum ita.. mmg sedap mee bandung.. pakai air rebusan daging lg la rasa kemanisan kuahnya.. bila2 akak nk cuba gak coz fav famili ni..

Aida Awie said...

cam ne saya nak kurus nih...asyik tengok resepi best2 cam ni.bila dah tgok, nak try la pulak. xnak tengok xnak tengok pun, tangan ni gatal sangat gi klik kt n3 akak. haih! susahlah saya nak kurus... ni dah ngidam nak makan mee bandung plak..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalamualaikum ita...

hmmm... rasanya ita org johor pertama yg sudi mencuba resepi mee bandung muar yg akak kongsikan.. hehee... thanks ye sudi mencuba resepi yg sedap ni & panjang2kan kat sini.. lain kali boleh share resepi dari pakcik/ kak ipar ita pula...

rajinnya ita rebus daging berasingan gitu? akak campur terus je dalam kuah.. rasanya lagi mudah mcm tu.. air & dagingnya terus empuk & sebati dengan rempah2 yang ditumis... tengok mee bandung ita buat ni.. dah terasa mcm nak buat lagi aje.. tp semalam tengok mee udang ct zaliedana pun terliur jugak.. jenis2 mee berkuah memang feberet akak...

cik cek said...

Salam Ita....

Suka makan tapi lum penah buat...nama je org Muo...nak makan sedap kena balik kg...he he..
Meriah Mee Bandung Muar Ita...menyelerakan....:)

Ummi said...

Itaaaaaaaa...sampai hati goda2 akak dgn mee bandung nih....dah penah buat, tp dah lupa rasa laaa...hahahah, mintak semangkuk..

CT Delima said...

Assalamulaikum Ita... suka..suka..dan sukaaa sangat dengan mee bandung muar. dulu kat majidi ada sorang kakak ni biz mee bandung muar memang power lah.

Nak mintak mesti dah habis ni kan :D

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Sedapnya kak Ita..kita selalu makan Mee ni kat sebelah restoran Haslam Jalan Pahang...

Mas said...

akak...sedapnya mee bandung..
terliur mas tengok....

AZLITA AZIZ said...

waalaikumussalam kak zalinah..
Mmg sedap kak mi bandung ni.. semoga resepi ni menjadi resepi fav akak sekeluarga jugak... ita pun rasa ini mmg akak jadi resepi fav ita :)

AZLITA AZIZ said...

eceh.. eceh... aida..
boleh makan.. tak gemuk punyer tapi jangan makan banyak..
aik... orang yg cakap ni pun sama dlm hati kata jamah aje tapi tangan dok cedok menambah lagi... hihi

AZLITA AZIZ said...

waalaikumussalam kak madiha..
terima kasih share resepi yg sedap ni...
resepi ni mudah, ringkas dan yg ptg sedap! ita dah terbekenan dgn resepi ni.. mak dan ayah ita pun kata sedap sampai kata dah boleh bukak restoran... ahak!... nak tergelak dengar...
ita rebus daging tu sebab takut tak empuk sebab daging batang pinang tak de... selalu klu guna batang pinang ita tak rebus masuk aje terus... yg ni rebus dulu takut nanti daging liat..
resepi mi bandung kak ipar ita pernah letak sebelum ni.. tapi dia letak kentang goreng...
kak sebut mi udang pun ita dah terliur.. kalau dah buat nanti akak cakap kat ita.. eh! akak samalah mcm ita... ita pun suka makan mi berkuah... :)

AZLITA AZIZ said...

oo.. cik cek org Muo ke.. al kisahnyer...
mi bandung muo mmg sedap.. Dulu klu nak makan mi bandung Muo kena gi Muo... hihi sekarang tak yah dah... sebab dah pandai buat... haha riak lah pulak..
tapi yg ni mmg sedap! cubalah buat... mesti suka punyer.. :)

AZLITA AZIZ said...

hihi ooo.. kak Ummi dah buat jugak eh! sedap kan kak... dah lupa lah tu... nak kena buat balik ni... hihi
dah habis lah kak Ummi.. nanti klu buat lagi ita pos ye!

AZLITA AZIZ said...

waalaikumussalam CT
ita pun suka.. kira semua mi yg berkuah cam ni mmg ita suka..
ooo kat majidi dulu ada eh! ita tak perasan... sekarang ni kata Hb ita kat Yayasan Warisan Johor ada jual mi bandung yg power... tapi ita tak pernah makan lagi sebab pergi hari tu dah habis lah pulak...! dia dekat Warung Warisan yg terkenal dgn mee rebus tulang...

AZLITA AZIZ said...

oh.. kat sebelah restoran haslam ada jual eh! akak klu gi KL tak tau nak cari kat mana makan yg sedap! lain kali kalu gi sana boleh lah akak singgah

AZLITA AZIZ said...

Mas mmg sedap mas, cubalah mas... buat pun senang bahan pun mudah aje semua bahan yg mmg selalu dok dlm peti ais...
akak pun terliur dok tengok mi ni kat dapur Nieza... tu yg tak tahan dah terus cuba... kira berbaloi lah kan sebab sedap!

Powered by Blogger.