Follow if you like

Apr 20, 2011

MANGOSTEEN JUICE

Malam ni kita minum Mangosteen Juice pulak. Dalam banyak2 buah, buah manggis ni lah yg paling ita suka. Tak sabar rasanyer kalau tunggu musim buah-buahan. Ita kalau nampak orang jual durian mesti tanya ada manggis tak sebab manggis dan durian musim dia sekali... kalau ada durian biasanyer adalah manggis.

Tak tau lah kenapa manggis adalah pilihan ita nombor satu... jangan tak caya ita boleh makan manggis berkilo2 sehari. Kalau ada 1 kereta sorong pun ita boleh habiskan... aiii... buruk pulak perangai ita ni kan... malu aje...

Dulu masa kat kampung mak ita banyak tanam manggis... sebab biasa kalau kebun durian mmg diaorang akan selitkan pokok mangis. Kata mak ita untuk pendebungaan... supaya buah durian tu menghasilkan buah yg baik... waallahualam... ita pun tak pasti kebenarannyer... tapi mmg biasa tengok kalau org tanam pokok durian mesti dia akan tanam sekali pokok manggis.


Ita rasa adil lah untuk orang yg tak makan durian macam ita ni kan... sekurang2nyer tak de la kita dok melanguk aje tengok orang makan durian... sambil2 tu kita boleh makan manggis... hehe Tapi sekarang pokok mangis kat kampung dah ditebang sebab pokok dah tua dan buah pun semakin kecil...

Disini ita ada selitkan sedikit info ttg kebaikan buah manggis ni.. info ni pun ita dapat dari SINI sekadar berkongsi untuk kebaikan bersama...


Tahukah anda bahawa buah manggis adalah buah yang sangat berkhasiat?

Manggis atau nama saintifiknya Garcinia mangostana adalah tumbuhan tropika malar hijua yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokoknya boleh mencapai sehingga 25 meter tinggi dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat.

Buah Manggis sangat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam dan biji buah tersebut. Secara tradisi, kulit manggis digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, tibi, penyakit kulit, cirit-birit dan disentri. Selain itu, buah ini juga boleh digunakan untuk menghasilkan bahan komestik seperti syampu dan sabun.

Selain itu, khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai masalah seperti alergi, resdung, lelah, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolestrol, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan dapat mencegah kanser/ tumor.

Mangosteen juice yg ita buat ni senang aje... biasa ita kalau jus mangis aje cam tu mmg tak nak minum sangat sebab rasa macam tak berapa kick! baik ita makan manggis cam tu terus kan... tapi yg ni ita ubah sikit supaya lebih menarik dan lebih sedap!


Senang aje buat dia, mula2 kita kupas mangis tu dan pilih ulas yg tak berbiji. Kemudian kita kisar hingga halus. Masukkan dalam gelas. Kemudian kita masukkan sirap yg dah bergula dgn ketulan ais ke dalan blend dan kisar hingga halus. Tuangkan ke atas jus manggis tadi... emm... dah dapat satu jus manggis yg sedap! senang aje kan...



4 comments:

cik cek said...

Salam Ita...

Ita...kak cek cukup tergoda ngan gambonya....kalau dapat rasa jus manggis ni lagila bestkan...

aduh! jatuh cinta kak cek...menarik tertarik.... =)

Ummiakid @ lily said...

tgk pic dh tergoda...lum rasa..kalau dh rasa sure jatuh cinta kan kak ita...

Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

kak ita, same la kite x suke duyan..

Mat Gebu said...

Sungguh istimewa...lagi istimewa bila ianya sampai ke tangan wanita yang begitu kreatif... :-)

Powered by Blogger.