Follow if you like

Apr 8, 2011

IKAN MASAM MANIS ALA NYONYA

 Assalamualaikum...
Dah makan dah? makan ape ye! aii sibuk pulak nak tau org masak apa kan...
Ok hari ni ita masak ikan lagi... rumah ni mmg hari2 kalau boleh nak ikan. Suami ita dan Dalili mmg suka ikan. Suami ita lagi lah mmg suka meratah ikan. Kalau ita malas nak masak dia suruh ita gorengkan ikan aje pas tu dia makan lah dgn air asam atau sambal belacan wah! tu pun dah berselera ita tgk dia makan tau...


Hari ni ita masak ikan jenahak lagi... suka betul dgn ikan ni... sedap tau isinyer lembut sangat. Masak apa pun sedap! Lagi pulak masak masam manis cam ni mmg sedap!

Resepi kali ni ita ambil dari buku masakan Kegemaran Malaysia.  Tertarik sangat sebab nama nyer Ikan Masam Manis Ala Nyonya. Kalau yg ala2 nyonya ni mesti sedap sebab dia rasa masam2 sikit. Biasa mmg masakan ala nyonya ni mmg terasa masam2 sikit kan?


MyKitchen's Recipe

IKAN MASAM MANIS ALA NYONYA
Sumber: Buku masakan Kegemaran Malaysia

600 gm ikan merah - ita guna ikan jenahak
2 camca besar tepung ubi atau tepung jagung

2 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang
200 gm nanas - dihiris batang mancis atau potong dadu
2 biji cili merah - dihiris
2 helai daun limau perut - dihiris halus
2 camca tepung jagung camput dgn 200 ml air
1/4 biji timun - dihiris batang mancis
2 tangkai daun ketumbar - untuk hiasan

Bahan Sos
85 ml sos tomato
2 camca besar sos plum
1 camca besar sos cili
1 camca besar cuka - ita gantikan jug limau kasturi
garam dan gula secukup rasa.


Cuci ikan bersih dan kelar ikan di kedua2 belahnyer. panaskan minyak dlm kuali.
Salut ikan dgn tepung. kemudian goreng hingga rangup dan keperangan dikedua2 belah ikan.
Keluarkan ikan dan letak atas pinggan hidangan.

Penyediaan Sos

Satukan sos tomato, sos plum, sos cili, cuka dan gula di dlm mangkuk. Gaul hingga sebati. Ketepikan
Dlm kuali yg sama, keluarkan minyak mengoreng ikan tadi dan tinggalkan 2 camca besar.
Panaskan semula minyak dan tumis bawang putih hingga keperangan.
Masukkan bawang besar, nanas, cili merah dan daun limau perut. masak selama 1 minit.
Bubuh pula bancuhan sos dan campuran tepung jagung dan timun. Kacau sampai mendidih dan sos pekat.
Tuangkan sos ke atas ikan. Hiaskan dgn daun ketumbar dan hidangkan panas.

6 comments:

cik cek said...

Aduhai! perut lapola pulak tgk lauk ikan jenahak kat rumah ita ni...kak cek nak sikit...bolehhh...

Oshin jamel said...

sedapnye kakkkk!!!!!!telan air liur sy...hehehehhehe!!!!

hani said...

salam kak ita,
tadi saya kenyang lagi tapi bila tgk ikan akak ni, tetiba perut saya menyanyi..nak sikit nak sikit...lalalallaa...
hihihiii

eliyaezlinalias said...

pinjam resepi buleh kak???

Ummiakid @ lily said...

Kak ita...wahhh, terus lapor balik puyut ni..next time kena datang rumah kak ita jugak...nak rasi air tangan kak ita...tak leh tahannnn asyik tgk picture jer...(dengan muka x malu memperlawakan diri...huhuhhuh)

Mas said...

wahhh..sedappnya ikan..
meh sini mas pun nak cubit sikittt..he..he..

Powered by Blogger.