Follow if you like

Apr 15, 2011

CHOCOLATE RICE BUN

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... alhamdulillah bertemu kita lagi di pagi Jumaat yg ceria... Cuaca pun cerah hari ni..sang suria bersinar-sinar.. harap2 biarlah hari2 yg kita lalui turut bersinar dan ceria... seindah sang suria pagi...

Dah sarapan?? sarapan apa lah tu... mintak cikit boleh??
Apa pun yg kita makan ia adalah rezeki untuk hari ini... bersyukur atas nikmat Nya...
Jom tengok apa pulak yg ita sajikan untuk keluarga hari ni...


Hari ni ita buat bun lagi.. Chocolate Rice Bun. Resepi dari Ros Jintan Manis yg sememangnyer handal dalam pembuatan roti. Tapi resepi ni hasil skodeng ita dari dapur Mas. Mas ni mmg rajin sunguh memasak dan mencuba pelbagai masakan terbaru dan terkini. Kadang kala naik semput kita mengejar... berdezuuppp... dia pergi... aii.. Mas ni pakai enjin apa lah tu agaknyer.. laju bebenor...

Bun yg mudah penyediannyer... dan dah semestinyer menjadi kegemaran anak2. Dengan taburan chocolat rice di atasnyer menjadikan bun ni tampak menarik dan menyelerakan. Bun yang boleh disesuaikan dgn citarasa pengemarnyer... dan menggunakan resepi bun asas yg boleh ditokok tambah mengikut kereativiti dan imiginasi yg berbeza2 oleh peminat2 bun.


Kali ni ita bermain pula dgn bun chocolate ni dgn menambahkan inti di dalamnyer. Ita letakkan Nutella agar ia tampak sedikit kelainan dan turut mengubah citarasanyer kepada lebih memikat, yg membuatkan anak2 tak berhenti2 mengorek inti didalamnyer...  dan menjilat jemari comel mereka...Yummy!


MyKitchen's Recipe

CHOCOLATE RICE BUN
by: Ros Jintan Manis
sumber : Mas

Bahan untuk doh roti
300gram tepung roti
sedikit coklat rice@coklat urai
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1/2 biji telur 
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
120ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux

Untuk gliss dan topping
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu dan sedikit coklat rice

Penggunaan Bread Maker (BM)

Masukkan semua bahan Doh kecuali coklat rice dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah seterusnyer seperti di bawah

Jika uli tangan

Masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian masukkan coklat rice dan uli sebati, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, ( boleh nak letakkan inti jika suka) susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit coklat rice, 

Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.


WATER  ROUX :  
(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


8 comments:

Mas said...

perhhh....berdesuttt keluar roti coklat ni...
bestkan kak roti ni...
anak2 mas suka sangat..
akak letak inti nutela..perhhhh....
lagi la sedappp.....
amboii..akak pun apa kurangnya...
laju gak gaya bawa f1...he..he..
mencuba resepi2 baru menang seronok kan kak...mas suka...

sebelum balik, ambik roti yg comei2 ni seketul yerk...
nak gi econsave ni...he..he..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

hu huh....tak terkejar kita ngan akak ni..laju macam mas gak...kalau la bas express tu singgah kat rumah saya alangkah bahagianya....campak je ikut tingkap...

cik cek said...

Aduh...sedapnya tgk roti ni...
Lama bebeno kak cek tak meroti...amik resepi ita ya...

Ummi said...

Waaaaaaaahh Ita dah buat dah..baru tgk kat dapur Ros...akak smlm mcm nak buat tau..pastu rasa badan mcm x ok jek...terus simpan blk bahan2 sume..pastu tdo awal...terus x update blog..huhuuu

Ayu said...

Assalam ita, comelnya roti ita tu..nampak sedap dengan coklat..kita pun dah lama tak meroti..nantilah nak pecah dara bm tu..hehe

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. singgahla ke blog saya ;)


http://www.zuwairiaiman.com

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

memang nampak menarik bila bun ditabur dgn choc rice tu... memang tertarik si kecik nak mkn bun kalau buat gini... tambah2 kalau buat saiz comel2 tu... mesti senang diaorang nak pegang & ngap...

Roza Dalis said...

Salam akk, skim milk tu cecair la ye ? nak confirm. tq kak :*

Powered by Blogger.