Follow if you like

Apr 23, 2011

BURGER

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua... dan selamat berhujung minggu. Hujung minggu yg panjang lah kiranyer kan... sebab cuti... sambung terus sampai hari Isnin. Waaaa.... apa plan hujung minggu ni... makan angin..?? balik kampung..?? walau apa jua aktiviti dan perancangan yg telah dibuat... semogga ianyer memberikan seribu kebaikan... lakukan dgn ceria dan ikhlas... kalau yg berjalan tu berhati2 lah dijalan raya... "Pandu Cermat Jiwa Selamat"

Hari ita masih didapur melayan setiap permintaan anak2... Mula2 ingat nak berjalan jugak tapi,.. Dalili pulak sekolah.. cuti ganti sempena Hari Raya.. awal dah ganti kan... raya lambat lagi.. ingat nak suruh ponteng je.. hihi tapi Dalili pulak tak mau nak ke sekolah katanyer... ada lah tu apa2 aktiviti kat sekolah yg menarik minatnyer... tak pe lah dah dia minat nak ke sekolah.. kalau kita dok ajar monteng kang asyik nak memonteng aje... pulak!


Sarapan apa hari ni...?? Ada hidangan istemewa?? apa2 pun istemewa kan! ialah kata orang rezeki jangan ditolak.. asalkan ianyer halal.. itu sudah yg terbaik! Ita buat burger hari ni... permintaan dari Azrul. Kalau nak ikutkan rumah ita ni tak berapa jengkal aje dari McD. Kat depan simpang tu pun ada mamat jual burger. Depan sikit lagi ada KFC pulak! tapi burger dari dapur Masam Manis jugak yg jadi pilihan anak2... hihi alhamdulillah... anak2 lagi sukakan air tangan ibunyer...

Ala... burger ni pun ita buat roti aje... yg lain2 semua segera.. tunjuk2 kat Jusco haha... tak pe lah kan dah anak2 suka. Dulu seingat ita kan Pak Cik ita yg mula2 jual burger ni masa ita duduk kat Air Molek dulu.. Daging burger tu dia buat sendiri. Mak kata dia ketuk2 daging tu sampai hancur.. pas tu dia bubuh lah segala ramuan dan rempah ratusnyer... makan dgn roti.. mmg sedap! dia pun buat jugak daging hot dog tu.. kaedah yg sama jugak. Dulu2 mana lah ada org jual daging burger kan....

Resepi untuk roti burger ni ita ambil dari dapur yatie. Amboi! rajin sunguh ita selongkar dapur yatie... hihi mmg ita suka betul kesana banyak sangat resepi... semua nak buat cuma tangan ni aje yg ada dua.... mulut ada satu tapi nafsu... makkkk aiii... tak mau kalah kalau boleh semua nak dicuba... Menurut Yatie resepi asal dari Ros Jintan Manis yg mmg pakar dalam membuat roti. Terima kasih pada kalian berdua kerana berkongsi resepi yg mmg terbaik! Ita kongsi kat sini pulak lah ye!

MyKitchen's Recipe

ROTI BURGER
by: Ros Jintanmanis
sumber : Yatie

Bahan-bahan.
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum (ita tak letak tepung gandum ita letak 300 gm tepung roti terus)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - (tinggalkan sdkit utk gliss pd roti)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam (ita tak letak air suam, ita letak 160 ml susu segar terus)
1 sudu kecil bread improver - ita tambah
1 sudu kecil softener - ita tambah
Boleh juga sekiranyer nak letakkan water roux

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *hana tambah:Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.


- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

13 comments:

Sofea said...

Rajinnyer ita..ye lah kan demi anak2 sanggup kita buat apa saja..dan bersyukur bila anak2 & suami menghargai apa yg kita buat utk mrk..

Sheila Shafeareen said...

Salam sdp npk beger kak ita tu..roti pun npk menarik..rajin akk ye meroti..caya le..buat roti sendiri baru puas kan kak....

Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

sedapnye burger..kite suke gak wat burger tapi semua beli yg dah ready made..hehehe

CT Delima said...

Assalamulaikum Ita :D

rajinnya meroti... ct punya BM tu dok betapa jer dalam kotak malas benar nk membuatnya. Kalau mood meroti datang baru lah cik bibik BM ct tu dok bekerja kuat balik.. hehehe

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
kalau buat roti atas permintaan anak2, mmng bestkan....anak2 jadi tak sabar merasa roti tu..masa tu siap jenguk dlm oven lagi, bilalah nak masak roti ni....pastu sama2 buat burger, pastu makan2 sama2...waduh mmng sedap dan seronok saat itew....maknya apa lagi, bertambahlah seronokkan....
caantik dan gebu roti Ita tu...teringin plk nak mkn burger ni...

Mas said...

wahhhh..cantiknya roti burger tu.....
macam yang dijual la......
boleh buka kedai roti kak...

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

berderet je roti burger tu...cantik macam yg dijual ....Burger satu !! special punya ( order ni tau)

anymz said...

waaaah!cantiknya burger ita..pekenan akak tengok..nampak sedap..meh satu nak rasa..tak bagi dosa..hehehe

izahdaut said...

cantik dari yang duk jual lagi.. suke nyerrr tengokkk... bebudak tak brapa reti lagi makan burger ni.maknya aje yang melantak kalau kat rumah ni.haha

Hanim said...

cantik roti burger tu :) anak2 klu dah suke air tgn ibu, xpandang dah air tgn Mc D or KFC hehehe. terbaaaiiikkk punya air tgn ibu...

cik cek said...

Boleh tutup McD ngan Burger King pas ni....cantik..dan gebu bebenonya Burger Masam Manis mari....
Kak cek nak order Burger Masam manis 1.....lebih chesse ya...
he he....

cheeze maz said...

rajin dan pandai ITA buat burger. Jemput ke blog akak cheezemaz.blogspot.com.

Mana tau, lain kali ita nak letak sos cheese ala2 sos cheese wedge KFC tu kat menu burger untuk family tercinta

Raja Nyssa said...

susu tepung tu jenama apa ya?

Powered by Blogger.