Follow if you like

Apr 24, 2011

AYAM ROS PANDAN

Assalamualaikum.....

Adoiii.... minta maaf lah ye, semalam ita benar2 tak sempat nak masukkan N3 lauk pauk yg ita makan bersama Nasi Jagung tu... dek faktor kebusyan dan dok melayan kerenah anak2... Ialah sesekali balik kenalah kita ikutkan segala ragam anak2... kesian... bila dok berjauhan dgn ibu bapa... sesekali balik tentulah anak2 mahukan lebih perhatian diberikan pada mereka.

Kadang2 ita rasa terlalu cepat masa berlalu... sedar tak sedar anak2 dah membesar  dan dah bujang dah pon.. Masa ita bersama mereka terasa sangat singkat... Mujur juga ita ambil keputusan utk berenti kerja dan mengasuh sendiri anak ita... Sekurang2nyer ita dapat melihat mereka membesar didepan mata. Bila anak2 dah masuk asrama baru terasa sekejapnyer ita bersama mereka... sekarang masa anak2 lebih banyak di sekolah dan asrama.. menumpang kasih sayang dari guru2 dan teman2 pula... Habis sekolah nanti dah dok kat kolej atau U habis belajar ttu sibuk pulak nak khawin... mmg dah ttu masa bersama ibu bapa dah semakin terbatas... Oleh itu setiap kali anak2 balik seboleh2nyer ita tak mau lepaskan peluang bersama mereka....

Aik... celoteh panjang pulak pepagi ni... sebenarnyer tak boleh cakap banyak... sebab banyak sangat kerja menanti.. lepas ni nak masak pulak tuk makan tengahari...


Ok kita kita sambung balik perihal resepi ni yg ita ambil dari dapur Chef kesayangan bloger2... siapa lagi kalau bukan Che Mat Gebu. Rasa2 kalau kering idea nak masak tu singah2 lah ke dapur Che Mat. Pasti anda jadi rambang mata sampai tak tau yg mana satu yg nak dipilih. Kali ni ita pilih resepi Ayam Ros Pandan. Resepi ni pada ita sangat istimewa sedap dan menyelerakan. Bau harum pandan tu yg memberikan kelainan dan membangkitkan aroma bila kita memasak. Rasanyer ada sedikit2 sama dgn lauk ayam masak merah tapi di sebabkan keharuman pandan menjadikan ia cukup mengamit selera....

Terima kasih pada Dapur Tampa Sempadan yg memberikan seribu inspirasi memasak kepada pencinta masakan...  Akak minta izin untuk copy resepi ni disini pula untuk panduan anak2 dan rakan2...


MyKitchen's Recipe

AYAM ROS PANDAN
by: Che Mat Gebu

7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

5 comments:

Naz said...

Kak Itaaaaa...sedapnya kakkkk.. Mesti wangi niii..suka Naz lauk2 cam ni...

AZLITA AZIZ said...

sedap Naz... cuba lah naz... anak2 akak mmg suka lauk cam ni... sekali makan aje tau! dah licin...

kemboja said...

nak mabik resipi ni boleh.. nak try la..mcm best jerr..

AZLITA AZIZ said...

boleh kemboja... cubalah.. mmg sedap!

Lieya said...

Terima kasih kak post resepi ni, sedappp killers, hehehe Lieya mintak izin C&p sekali ngan picture ye kak... thumps up for this recipe..

Powered by Blogger.