Follow if you like

Apr 24, 2011

ACAR DARAT JOHOR

Ni lagi satu lauk yg ita makan bersama lauk Ayam Ros Pandan tadi. Yang ni pun sedap jugak. Resepi pun dari Che Mat Gebu jugak.. Mmg kombinasi yg mantop! bila digandingkan bersama. Ita mmg suka acar darat ni... kalau gi rumah orang kenduri kawin kat Johor ini adalah salah satu hidangan wajib ada untuk di lawankan dgn Nasi Minyak.


Kata atuk ita lauk ni kira macam pelengkap untuk mahligai yg bakal dilayari... penuh dgn warna warni yg mengambarkan warna-warni mahligai yg bakal dibina. Rasa masam, manis acar darat ni... mengambarkan masam manis alam berumahtangga. Itu pendapat dan pandangan orang lama2 terhadap sesuatu hidangan... penuh dgn simbolik.. kita sekarang ni tau makan aje... hehe

Terima kasih ye Che Mat sudi share resepi yg sangat mudah penyediannyer ni.. Akak salin balik untuk kongsikan disini pula ye!

MyKitchen's Recipe

ACAR DARAT JOHOR
by: Che Mat Gebu

 
2 biji timun, kerat, belah dua, buang biji dan hiris jejari
1 batang lobak merah saiz sederhana, kerat dan potong jejari
1 biji cili merah, buang biji, dan hiris jejari
10 biji bawang merah, belah dua setiap satu
5 ulas bawang putih, belah dua setiap ulas
1/2 inci halia muda, mayang halus
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bungPaa cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1/4 cawan cuka makan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit biji sawi

Timun tadi digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis, bersama bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia, tumis hingga harum dan semua layu. Masukkan cuka dan gula secukup rasa, biar mendidih.

Tambah lobak merah dan masak hingga pekat dan lobak sedikit lembut. Toskan timun tadi, perah sedikit dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata dan tambah cili merah dan biji sawi, masak sekejap saja dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

3 comments:

cik cek said...

Wah!
Acar Ita lain dari yang lain...selalu acar org potong panjang2 je...ni siap bentuk bunga2 cinta lagi....cantik menarik....

Hanim said...

colourfull...very nice :)

Mekar said...

Akak balance carot tu akak buat apa? oh.. ada acuan rupanya nak dapatkan carot berkelopak ni.


From : mymekar.com

Powered by Blogger.