Follow if you like

Mar 4, 2011

TAUHU BERSOS

Ala minta maaf lah ye, Mas akak dah tukar dah nama Tauhu Bersos Cuka kepada Tauhu Bersos, kerana akak tak bubuh cuka lah dalam resepi ni... akak gantikan dgn limau kasturi kerana perut ni alah sikit dgn cuka. Kalau cuka tu dimasak kira ok lagi tapi sebab yang ni tak dimasak so akak mmg kena tukar... hihi


Actualy resepi ni mak ita mmg dah selalu buat sebab  bapa ita suka sangat makan tauhu dgn sos macam ni... kadang2 mak buatkan tahu bersos kicap. Sama aje lebih kurang tapi bubuh kicap dan letak kacang... sedap tu! makan dgn nasi macam tu pun dah sedap! tapi kalau ita mmg suka ratah macam tu aje... 4, 5 keping tahu pun ita boleh sekali adap kalau macam ni...

Ok kita berbalik pada resepi ni yang ita copy dari dapur Mas, resepi asal dari CMG. Resepi yang cukup simple tapi amat menyelerakan. Anak2 ita mmg suka makan tauhu. Suami ita pun sama.... jadi kalau masak2 yang macam ni mmg tak berbaki lah jawabnyer kan...Jom kita salin resepi ...

Cop! terlupa pulak... terima kasih pada penyumbang resepi... kepada Mas juga... Minta izin copy kat sini pulak lah ye, Mas!


MyKitchen's Recipe

TAUHU BERSOS 
Resepi Asal :  CMG
Sumber :Mas Duniaku
 
Bahan-bahan
  • 4 keping tauhu keras, potong 4 setiap satu
  • Sedikit garam dan lada hitam
  • 4 biji cili merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 -3 camca besar gula (ikut manis)*
  • Secubit garam*(*ditumbuk halus)
  • 4 camca besar cuka makan - ita gantikan dgn 3 biji air perahan limau kasturi

"DO IT YOURSELF"
Tauhu dilumur dengan sedikit garam dan lada hitam serbuk. Perap kejap. Goreng terendam dalam minyak panas hingga kuning keemasan dan berkulit. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel. Ketepikan.
Bahan tumbuk halus disatukan bersama cuka makan, kacau rata dan sesuaikan rasa. Mesti ada rasa masam, manis pedas dan sedikit masin. Jika pekat tambah sedikit air. Hidangkan bersama tauhu tadi. 



2 comments:

Mas said...

perhhh..ni yang meleleh air liur nengoknya...
sedappkan kak..mas pun suka..

AZLITA AZIZ said...

mas akak mmg suka kalau makan tauhu macam ni... tak makan nasi pun tak apa... hihi

Powered by Blogger.