Follow if you like

Mar 15, 2011

SEMERBAK MASAM MANIS

ha! ini lah semerbak yg ita nak sharekan tadi... pernah dengar tak nama semerbak ni???. Ita pun sebenarnyer tak pernah dengar dan tak pernah lihat. suami ita kata dia selalu makan masa kecik2 dulu jadi bila gi pasar hari tu nampak orang jual dia terus beli... katanyer dah lama tak makan... Ita mmg tak tau nak masak apa??? suami ita suruh masak masam manis... tu lah ita namakan lauk ni Semerbak Masam Manis.




Semerbak ni bentuk dia seakan2 lokan. Tapi kulit dia kasar dan agak sedikit nipis. Rasanyer sedap! macam lala. Tapi lala isinyer nipis aje kan yg ni agak tebal juga so puaslah jugak makan... kalau tengok anak2 makan sampai dah menjilat jari tu maknanyer sedap lah tu kan.... jadi tunggu apa lagi jom kita makan semerbak pulak!! esok cuba ronda2 kat pasar tu ada tak jual....


MyKitchen's Recipe

SEMERBAK MASAM MANIS

2 kg semerbak - berus dan cuci bersih
1 labu bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
1/2 cwn air
1 kiub - ikan bilis
garam dan gula secukup rasa.
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 pokok daun ketumbar - mayang halus
2 batang serai - dititik

Bahan kisar
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga harum. Masukkan air, serai,sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak masukkan tomato, bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun ketumbar.
Biar seketika. siap untu dihidangkan
Kemudian masukkan semerbak dan biar hingga ia masak.

7 comments:

Nieza said...

tak pernah mkn la kak ita semerbak tu..rasanya mcm lokan ke? jakun la pula nieza ni....tapi mcm pernah tgk...maybe ada nama lain kot selain semerbak tu..tak sure la pula...

Dang Tari said...

Salam Ita
Nak tanya kat pasar mana?
Teringin la pulak..

tun_telani said...

assalamualaikum kak ita.. tun pun nk join kak nieza jd jakun.. hihi. xpernah dgr pon nama semerbak nih.. bau dia harum semerbak bila masak ek? hihi.. tp tun nmpk cm sama je kepah ke, lala ke.. xreti nk beza. hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ingatkan apa yg semerbak... rupanya sejenis hidupan cengkerang! hehe.. pertama kali jugak kita dengar nama semerbak ni... kalau rasa mcm lala.. mestilah sedap tu...

LinRosly said...

Assalamualaikum...

Sedap nampaknya tapi Kak Lin x pernah makan...

K.Nor said...

salam ita, tak pernah nampak lg la benda ni kat pasar.. lala biasa la.. meh sini 2 kg nak gi masak gak :)

Hayati abu seman said...

Kak ita, saya rasa kat area kelantan trg, kitorang panggil nih tijah. Kitorang beli arituh. Sedap

Powered by Blogger.