Follow if you like

Mar 5, 2011

RAINBOW ENGLISH BREAD

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung minggu... cepat betul masa berlalu... dah berapa hari ni kan dok tengok baby aje kan... hari tu dok tengok anak Hana yg dok Jepun tu, pas tu nampak pulak anak Izah yg dok tengah meneropong tu... semalam dok tengok anak kak Madiha yamg comel dan tembam2 tu... eeee... geram2 tengok semua comel2 sampai ita terbawa2 dalam mimpi malam tadi... ita mimpi main2 dgn diorang... comelnyer... geram.. sungguh!

Menurut buku tafsir Mimpi Menurut Al-Quran, "barangsiapa yg bermimpi melihat kanak2 laki2 dalam keadaan baik (sihat,Ceria), maka ia bermakna khabar tentang kebaikkan, kegembiraan dan kesenangan, iaitu bertambahnya harta benda dan luasnyer rezeki. Dan terkadang anak laki2 mengandungi makna khabar akan datangnya harta dari harta pusaka. Barangsiapa bermimpi anak laki2nyer, (anaknyer sendiri) ia bermakna mendapat kemuliaan dari allah dan akan mendapat dari harta yg baik....."

Alhamdulillah lah kan jika mimpi itu membawa seribu pengertian dan kebaikan.... tapi kata orang mimpi mainan tidur... wallahualam...


hari ni bukan nak cerita pasal mimpi, tapi nak cerita pasal roti... Semalam ita nampak kak Ummi buat roti ni yg kak Ummi ambil dari rumah Mamafahmi. Suka pulak ita tengok roti yg berwarna-warni macam tu... tentu bebudak suka. Ita pun buatlah malam tadi.. dalam kepala yg tengah senoneng ni... sebab kan batuk dan demam yg melanda... makan ubat batuk banyak sangat kot mata pun dah berpinar2... dan tercurah lebih pulak colour tu... tu yg terang benderang tu... ingat nak buat ala2 pastel colour... ya adooo...


Susah jugak nak memintal roti ni sebab adunannyer sedikit melekit. Banyak jugak lah ita dok tepek2 tepung kat loyang tu supaya ia tak melekat. Ita agak2 kan mesti keras. Masa bakar dalam oven tu kan nampak macam keras aje... Nama pun English Bread tentu roti ni jenis roti2 ala2 mat salleh yg keras2 tu kan?? tapi bila dah masak dan potong... rotinyer lembut.... sedap pulak! ia mmg lah dari jenis loaf bread yg tawar tu... sedap kala makan cicah dgn air teh atau milo. Dalili pulak suka makan dgn Nutella. Ni kalau dapat cicah dgn sambal tumis ke... kuah kari ke... atau asam pedas! wah meleleh air liur....

Terelebih dahulu ita minta izin untuk share resepinyer disini pulak lah ye! senang bila nak buat lagi nanti...

MyKitchen's Recipe

ENGLISH BREAD
By: Noreen
Rujukan : Mamafahmi dan Kak Ummi


Bahan-bahan (1 loaf):
  • 300gm tepung roti
  • 1 camt instant yeast
  • 1 camb gula kastor
  • 1 camt garam
  • 30ml (2 camb) susu segar
  • 180ml air suam
  • 10gm mentega / unsalted butter
  • sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti
"DO IT YOURSELF"

  1. masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  2. tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM masing2
  3. kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  5. bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan biarkan rehat selama 10-15 min
  6. kemudian bahagikan doh kepada dua bahagian dengan setiap satu seberat 265gm
  7. bentukkan semula menjadi bulat besar
  8. ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk bulat dan gulungkan seperti swiss roll (*akak ikut Mama, roll memanjang dan dandankan roti tersebut - dandan pun x berapa cantik...kerastangan..hehe) ita bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna kesukaan pada setiap bahagian doh kemudian perap semula selama 10 minit. kemudian ita bahagikan lagi setiap doh kepada 2 bahagian yg bermaksud dapat 6 ketul doh. Pintal memanjang setiap doh. Kemudian ambil 3 warna yg berbeza dan pintal seperti tocang. Buat lagi cara yg sama pada 3 ketul yg lain. Susun 2 tocang memanjang dalam loyang roti. Tutup dgn towel basah dan perap lagi selama 1 jam di ruang yg panas udaranyer sehingga naik 2 x ganda.
  9. susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  10. lakukan lagi dengan doh yang satu lagi
  11. kemudian biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  12. jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  13. apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  14. setelah itu bakar pada suhu 190-200C (bergantung pada jenis oven masing2) selama 30-35 min atau sehingga masak dan keperangan (jika suka roti yang crusty bolehlah ditaburkan sedikit tepung ke atas doh tadi sebelum dibakar, jika suka bolehlah disapukan dengan egg wash campuran telur dan susu atau air)
  15. setelah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
  16. biarkan sejuk dan bolehlah dipotong.


9 comments:

izahdaut said...

Heheh... Mmg suke mmbaca celoteh kak ita neh. Gelak2 saya.
InsyaAllah kak.. Ada la rezki tu yg kita tak tahu kan. Balik pada roti ni, tengok tajuk je dah cepat2 dtg nk tengok hasilnya. Sebab dah tau dah kalau kak ita main ngan warne ni mmg cantik betul. Banayak gambr pun tak jemu tengok. Lawaa

Mas said...

akak...give me 5...sama la kita..mas pun buat english bread ni....
sedappkan roti ni..mas cicah ngan milo jer..he...he..
cantik la roti akak tu..

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaahhh Ita, cantiknyaaaaaaaaa... ala2 kek sifon jek kalernya...mcamana leh sekata gitu warnanya...kena uli lama eks..akak kan, uli sekejap jek dgn warna tu..hahaha, x kuasaaaa..! Memang melekit sikit adunan bila keluar dr BM kan...akak pun uli2 dgn tepung lg kat luar tu, tp still lembut la kan..

K.Nor said...

cantiknyer ita!!! mmg cun sungguh :) mcm ummi kata la, mmg sekata jer kaler tu

AZLITA AZIZ said...

hihi izah ada-ada aje....
btw terima kasih Izah...

AZLITA AZIZ said...

ye lah mas boleh tersama pulak kita hari ni... ana pun buat jugak... ni mesti semua tak leh tidor dok terbayang2 roti yg kak ummi tayang tu... hihi
mmg sedap lembut aje... masa dlm oven tu akak dok perati dari luar rasa2 macam keras aje.. tapi bila dah keluarkan lembut rupanyer...
btw terima kasih Mas...

AZLITA AZIZ said...

tu lah kak Ummi suami ita pun ingat kek chiffom dia siap kata buat lagi ke kek cipon tu... hihi dia tak tau tu roti...
Mula2 ita uli tangan jugak warna dia macam tak nak sebati gitu... pas tu melekit2 kan susah betul nak uli... ita masuk balik dlm BM n letak warna tu yg terlebih letak tu... tapi kalau letak warna dan uli balik dlm BM warna dia sekata....
rotinyer mmg lembut... sedap pulak tu bila cicah dgn air Milo... cicah dgn asam pedas lagi sedap kak...

AZLITA AZIZ said...

terima kasih kak Nor...
akak kalau buat lagi cun... buat ita tak leh tidor malam... terbayang2 aje... :)

Nieza said...

kak, sudah terguda dgn roti cun melecun ni...harus dicuba ni..hehe

Powered by Blogger.