Follow if you like

Mar 26, 2011

MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE

Assalamualaikum....

selamat pagi semua... dan selamat juga berhujung minggu...
Semalam ita buat kek yg ambil resepinyer nun jauh dari Findland... jauhnyer kek tu datang.... hihi akibat tergoda dgn kek yg Nieza buat hari tu... Kebetulan pulak mak datang dan bawa pisang... ibarat kata orang "Pucuk dicipta ulam mendatang" peluang mendapat pisang yg masak ranum tu tak ita lepaskan begitu saja... dan akhirnyer dapat lah ita buat kek yg dah lama dok skodeng kat dapur Nieza ni...


Kek ni sedap tau rasanyer... harum dgn bau pisang seronok makan bila lihat coraknyer yg menarik. Keknyer pun lembut dan tak muak makan. Walaupun dibakar teksturnyer macam kek kukus.Tapi ada sedikit kekeliruan pada resepi pada awalnyer kerana tak pasti samaada kek ni dikukus atau dibakar... akhirnyer ita ambil keputusan untuk bakar.... tapi ita rasa kalau kukus pun boleh kot...


Untuk satu adunan kek ni boleh dapat sebuku kek besar. Loyang yg ita gunakan loyang 9" Itu pun tak habis semua dibubuh dlm loyang. Jadi kalau yg rasanyer nak buat untuk makan keluarga... bolehlah buat 1/2 adunan dan gunakan loyang yg kecil sedikit.


Resepi asal menurut Nieza adalah dari Chef Zubaidah, dan Nieza copy dari dapur Watie. Terima kasih kepada penyumbang resepi kek pisang yg sedap ni... Juga kepada Nieza...
Resepi ni ita salin semula mengikut cara ita membuatnyer supaya senang ita nak buat rujukan semula.. kepada yg nak tengok resepi asal bolehlah singah di dapur Nieza di SINI



My Kitchen's Recipe

MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE
By: Chef Zubaidah 
Sumber: Nieza





250 gm pisang dilecek
250g tepung kek
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g fresh milk atau susu cair
90 g minyak
1 sb choc emulco

1 sk esen pisang

"DO IT YOURSELF"


Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.


Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali
  • minyak
  • choc emulco
  • pisang
  • esen pisang
dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar  dan akhir sekali 1 sudu.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.


28 comments:

izahdaut said...

akak..kek ni moist ke? texture dia cam ner ek..ke arah kek span ke atau kek yang oily gitu..hehe banyak tanya lak.ingat teringin nak buat jugak.kek pisang yang stim tu pun nak try jugak.mana satu akak rekemenkan ek..

AZLITA AZIZ said...

akak rasa kek ni sedap! walaupun akak bakar tapi dia tak oily... tapi akak guna minyak jagung Mazola.. texture dia lembut.. mcm kek kukus sikit... makan pun tak muak... sedap!

klu izah nak cuba yg ni pun ok! tapi mmg dapat sebuku besar klu 1 adunan... klu nak merasa aje... boleh cuba 1/2 adunan aje.... :D

Bee said...

Assalamulaikum Ita, cantiknya belang kek tu...rasa cam nak makan kek pisang lak..tp pisang baru dihabiskan semalam..:)

AZLITA AZIZ said...

waalaikumussalam...
terima kasih bee...
ni nak kena gi beli pisang lagi ni bee... cubalah bee sedap ni... ita mmg suka kek pisang... :D

tun_telani said...

nampak gebu je.. rajinnyer kak ita wat byk2 belang2 dia.. kalu tun mesti 4-5 belang je.. hihi...

Mas said...

wahh..cantik la kek akak ni...
terserlah kebelangan tu..he..he..

Drunbella Khoo said...

cantiknya corak dia.
semalam i try buat ikut resepi mommy, takda laa cantik sampai macam neh.
adunan tu main campak-campak jer.
hihihi.
tapi sedap sebab dia lembut and moist.
=)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

memang cantik dan tercantik belangnya..kalau kita entah kemana belangnya...fantastik..

HomeKreation said...

Aslmkm. Kek nya cantik, gambar & posing pun cantik. Bila2 senang Along nak cuba. TQ....AlongRoz

Nieza said...

woww!! sungguh ayu dan jelita kek akak ni mcm tuan yg buat juga ni...haha corak zebra tu cantikla kak....terguda dah ni ...kek ni memang banyak adunannya nieza buat hari tu semua adunan tu tapi siap kenduri kasi kwn2 ..sat jer abis.....memang sedap.tq sudi mencuba kak..tapau 2 ketoi bawa bekal blk ni...hehe

Ummi said...

salam Ita, weeeeeyyyy cantiknya belang2 dia...hehehee, alaaa2 rimau belang...i liiikeeee...abg rimau mst suka makan...hehehee

LinRosly said...

Assalamualaikum Ita..

Cantiknya...Belang dia pun dah buat org tergoda belum rasanya lagi..

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Tun...
nak menghabiskan adunan yg banyak tu.. kenalah merajinkan diri membelangkannyer Tun.. :D

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Mas... :D

AZLITA AZIZ said...

Drunbella...
terima kasih..

akak pun suka kalau kek lembut dan moist :))

AZLITA AZIZ said...

terima kasih Nazrah :D

AZLITA AZIZ said...

terima kasih Along...

along kalau buat mesti cun jugak...
ita selalu jugak intai2 dapur along... hihi

AZLITA AZIZ said...

hahaha pandai eh Nieza...
tu nak bodek2 akak tu sebab nak tapau 2 ketoi lah tu.... :D

walaupun banyak adunan tu tapi abis akak makan Nieza... hihi tak sadar sebab sedap!... aii makin montel lah akak...

TQ Nieza, share resepi yg dah jadi fav akak ni...

AZLITA AZIZ said...

wasalam kak Ummi..

AAAAUUUMMMM.... hihi bukan abg rimau aje yg suka... ni ha.. mak rimau aje yg dok asyik makan... tak lama lagi mak rimau ni jadi mak rimau montel... hihi

AZLITA AZIZ said...

waalaikumussalam Lin...

terima kasih lin...

rasanyer pun sedap Lin... lembut aje.. :)

Kjee said...

salam. kjee heran tengok texture cake yang halus. langsung tak nampak pisang lenyek. Ita guna pisang pa?

AZLITA AZIZ said...

waalaikumussalam Kjee

ita guna pisang raja kjee
tapi pisang tu ita blend halus.. tu yg tak nampak pisang tu...

ZIEANA ARIFF said...

mmg sedap kek ni..zieana pun dh cuba

AZLITA AZIZ said...

sedap kan Ziena... akak pun suka rasa mcm nak buat lagi aje..

mamaMIM said...

kak ita, mim nk tnye.
brg2 die mcm susah je nk cari.
mim ni baru je kawin, so nk wat something bg hubby mkn la.
tp bile dgr brg2 tu kan, cm susah je.
hehehe.
cuba kak ita bg idea.

AZLITA AZIZ said...

Barang tu tak susah cari mim..
mim gi kedai jual barang kek atau kuih semua ada jual kat situ..
tepung kek kalau tak de boleh gantikan dgn tepung gandum
baking powder, gula castor, susu pekat manis, susu cair , choc emulco dan esen pisang boleh dapat kat giant, jusco atau lain2 SM. pisang tu sebaiknya guna pisang emas.
utk adunan kek ni dapat banyak.. jadi akak cadangkan mim buat 1/2 adunan kalau min berdua aje.. guna loyang yg agak kecil kalau buat 1/2 adunan.. dalam 6inc

Rozaimah Abd Razak said...

Mmm..nampak sedap...mesti Cuba ni..

Azizah Mohd Yusop said...

Boleh tahu pisang ni brapa gm tuk kek ni


Powered by Blogger.