Follow if you like

Mar 4, 2011

KERIA KELADI

assalamualaikum....

Dah sarapan dah? Hari ni ita buat kuih keria... setelah tergoda dgn adik kita Izah yg buat dgn labu. Wah! anak dia yg tomel2 tu ... kan tgh teropong unty ita eh! oooo.... unty ita pun buat keria jugak... hihihi tomel tomel tomel ... hari ni unty ita teropong dia pulak... tengah buat apa tuuu.... eee... geram.. tau dgn budak kecik tomel2 ni.... kalau ada kat depan ni dah teruk kena picit2 dgn unty... hihi


Ok, kita balik ke dapur.... hari ni ita buat keria keladi. Mula2 ingat nak buat pakai labu macam izah buat tapi labu dah abis pulak!... tengok ada sebiji keladi ingat nak buat bubur caca... tapi dah tak tahan tengok keria Izah ita tibai lah keladi ni.... jadikan keria... ita mmg suka kuih keria... kalau makan kan ita pilih yg banyak gula melekat... kalau tak pun ita akan ambil lebihan gula yg dalam kuali tu ita buat cicah... hihi sedap!

Jom kita teropong pulak kuih keria keladi ita ni...


 MyKitchen's Recipe

KERIA KELADI
By: Azlita Masam Manis

400 gm keladi yg telah dikupas dan direbus
150 gm tepung gandum
sedikit pewarna unggu
secubit garam

Untuk sira
1 cwn gula pasir
1/2 cwn air
1 sudu besar air kapur

"DO IT YOURSELF"

Keladi yg telah direbus dilenyek hingga lumat. Gaulkan dgn sedikit garam dan sedikit pewarna purple. Kemudian gaulkan keladi dgn 100 gm tepung gandum dahulu. Uli hingga sebati. Kalau masih lembik barulah tambahkan 50 gram lagi tepung sedikit2 hingga boleh dibentuk. Tinggalkan sesudu tepung untuk digunakan bila membentuk doh. Bentuk lah doh menjadi seperti roda. Jika melekit bolehlah gunakan lebihan tepung tadi untuk diletakkan di tapak tangan supaya tidak melekat2.  Kemudian goreng doh tadi dalam api yg sederhana. Balik2kan supaya rata dikedua2 belah. Masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Dalam kuali lain, didihkan gula bersama air dan air kapur. Masak sehingga airnyer hampir kering dan melekit2. Tutup api, alihkan dari dapur. masukkan kuih keria. Gaulkan kuih keria sehingga gulanyer serata.




7 comments:

izahdaut said...

ni kami datang nak topong unty ni..wahhh unty nyer keria lagi tantik tantik...nak tukar aa..keria umi ni bengkakng bengkok tak de bentuk munge munge..ngaahhaa..
camner ek rasa keria labu..hahha akak neh mmg kreatif la..dah dikeriakan keladinyer tu..lawa lak tu buat bentuk bentuk gitu..tak melekat sangat kat tanga ye..nak kena try jugak neh..tapi tak pernah membeli keladi.ntah reti makan ke idak makhluk kat rumah ni..hehe

izahdaut said...

eh silap...cam ner rasa keria keladi..hehhee

Mas said...

cantik la warna keria tu..ungu2 gitu...
rasanya macam mana yer kak...wakakaka..
mesti rasa keladi kan..sedapp tu..he..he..

ain (sweet thots) said...

wah... munge2 keria auntie la... kak.. kalau sira dgn gula melaka lg best tau... wangi jer bau nya... mmg memanggil masuk mulut punya ;)

AZLITA AZIZ said...

izah mm... macam mana nak cakap eh! rasa dia... mmmm.. macam keladi la... hihi

AZLITA AZIZ said...

wakakaka.... akak baru nak jawab aaa... mas dah jawab dah!
warna tu akak letak... kalau tak pucat sebab keladi tu tak berwarna sangat... hihi

AZLITA AZIZ said...

betul ain akak pun suka yg sira dgn gula melaka.. mmg tak leh berenti makan...

Powered by Blogger.