Follow if you like

Mar 12, 2011

KEPULANGAN YG DI NANTI....

Assalamualaikum....

Sekejap je masa berlalu... kita dah sampai ke hujung minggu... anak2 pun dah pulang.... alhamdulillah semuanyer selamat sampai ke rumah malam tadi...
Amirul balik naik keretapi dari Kuala Lipis, sampai rumah pukul 9 malam. Azrul pula naik bas bertolak dari Putra Jaya, sampai pukul 2 pagi. Mula2 plan nak ambil tapi, memandangkan suami ita sibuk sangat dgn projek baru dia ni terpaksalah minta anak2 pulang naik bas dan keretapi... dalam hati ni hanya Allah aje yg tahu... risau dan bimbangkan keselamatan anak2.. selagi tak nampak depan mata... selagi itulah tak keruan dibuatnyer...


Bila anak2 dah balik ni maknyer sibuklah di dapur... menyediakan juadah kegemaran anak2... Anak2 pun sejak maknyer sibuk dgn blog masakan masing2 pun sibuk jugak nak tunjuk bakat memasak masing2... mula lah buat itu dan ini nak tunjukkan dgn maknyer... Riuh rumah dgn jerit pekik dan hilai tawa anak2... seharian dok berbual tanya ttg sekolah dan apa aktiviti yg dilakukan di sekolah... macam2 cerita... mesti tak habis seminggu bersembang...


 Hari ni ita masak  Mee Sup Utara. Memang tak pernah makan lagi... baru pertama kali mencuba... hari tu nampak Nieza masak mee ni... sedapnyer rasa... dalam hati dah terdetik nak buat bila anak2 pulang bercuti... anak2 ita mmg sukalah kalau makan mee berkuah macam ni... biasa ita buat mee soto, tapi dah selalu sangat makan mee soto apa kata kita tukar selera pulak hari ni... kita cuba rasa masakan utara pulak..!! manalah tau kalau menepati selera dan menjadi kegemaran kami sekeluarga pula...

Resepi ni ita ambil dari dapur Nieza,  resepi asal dari Chef Hanieliza. Rasa mee ni sedap! cuma kurang pedas... ita kalau tak pedas rasa mcm tak kick! selagi tak berasap telinga... selagi tu lah dok menambah cili... hihi Anak2 pun suka... Dalili pun suka... bila makan dgn abang2 bertambah2 pulak dia makan.. seronok makan bila berkumpul semua macam ni...

Terima kasih pada penyumbang resepi... juga pada Nieza, akak minta izin untuk sharekan resepinyer disini pula ye!


MyKitchen's Recipe

MEE SUP UTARA
By: Chef Hanieliza
Sumber : Nieza
 
Bahan A

1 paket bihun ] rendamkan beberapa jam
2 s/b kunyit ]

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda potong besar -  ita guna daging batang pinang
300 gm perut - ita gantikan tulang
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga

2 s/b rempah sup adabi ( ni nieza tambah) ita letak sup bunjut
2 kiub daging - ita tambah
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Sos Cili
Bahan

10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka - ita gantikan dgn perahan air limau kasturi
garam
gula dan air


Cara Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendideh dan pekat


Cara
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut.
2. Daging dan perut dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.





 

4 comments:

Mas said...

amboi..sukanya dia..he..he..
yer la ..anak2 dah balik kan..terubat rindu dihati...
mesti banyak menu yg nak dimasak tu...
bihun sup tu memang nampak sangat sedappp.
mas nak sepinggan bolehh..he..he..

izahdaut said...

wahh seronok la akak kita ni bile semua berkumpul ek..dah cadang nak jenjalan memana ke kak ita?
anak kak ita sekolah kat lipis ke?kampung saya tu..hehe..bulat je mata bila tengok org sebut kuala lipis..kiki

K.Nor said...

alhamdulillah.. seronok tengok anak2 ita berkumpul menjadi satu famili yg lengkap..gitu la yg akak rasa bila semua anak2 ada bersama terutamanya bila along balik.. :)

Cendana Kasih said...

sukanya bihun sup, tiap kali pegi pasar malam mesti beli

Powered by Blogger.