Follow if you like

Mar 29, 2011

KARI IKAN BELIMBING BULUH

Hari ni kita masak kari pulak. Resepi kari belimbing buluh ni ita ambil dari buku Santapan Gulai Tradisi oleh Pak Engku. Sebenarnyer dah lama teringin nak masak kari belimbing buluh ni.. Tengok gambar dlm buku tu mmg mengancam dan membuka selera. Tapi setiap kali gi pasar tak nampak pulak kelibat belimbing buluh.


Entah mcm mana nak dikatakan rezeki hari tu nampak lah orang jual belimbing buluh ni... mmg tak lepaskan peluang... ini lah masanyer nak mencuba. Sedap wei! kari ni bila letak belimbing buluh ni lain sikit rasanyer... ada rasa masam2 sikit... suami ita suka Dalili pun suka makan bertambah2... siap minta bawakkan nyer bekal ke sekolah... tapi resepi Pak Engku ni mmg sedap lah kan... yg lepas2 ita cuba semua ita rasa sedap! Air tangan Pak Engku ni mmg berbalaoi mencuba!

Dalam resepi ni Pak Engku menggunakan ikan Mayung. Tapi ita gunakan ikan Tenggiri. Ikan tenggiri ni senang sikit kalau budak2 nak makan ia tak banyak tulang. Isinyer pun padat. Selalu ita mmg akan gorengkan ikan tenggiri untuk Dalili, mudah dia nak makan.

My Kitchen's Recipe

KARI IKAN BELIMBING BULUH
By: Pak Engku

4 keping ikan tenggiri - dibersihkan
30 biji belimbing buluh
5 ulas bawang merah - dikisaar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 inc halia - dikisar
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar kerisik
rempah tumis - 4 sekawan
3 tangkai daun kari
500 ml santan
80 ml minyak masak
garam secukup rasa

"DO IT YOURSELF"

Tumis rempah tumis 4 sekawan bersama daun kari hingga harum. masukkan bahan kisar dan rempah kari dan masak hingga harum dan terbit minyak.
Masukkan santan dan ikan. Biarkan seketika hingga mendidih.
Kemudian masukkan belimbing buluh dan garam secukup rasa.

4 comments:

Mas said...

mas tak pernah makan lagi kari letak belimbing buluh....
sedapp yer kak..
boleh try nanti..he..he..

ziey said...

ziey pun sama mas xpernah juga kena cuba nih apa rasanya

Iza Akma said...

betul kata Mas tu kak Ita..belum pernah nampak pulak masak kari ikan dgn belimbing buluh..kalau sedap boleh cuba lah nnt..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

selalunya belimbing buluh letak dlm masak lemak cili padi.. mmg best.. kalau belah Trengganu letak belimbing buluh dlm gulai nasi dagang.. pun syokk mkn.. hmmm.. akak rasa kalau letak dlm kari mcm Ita buat ni pun mesti sama jugak sedapnya... lgpun.. benda masam2 bila letak dlm gulai memang menyelerakan... ada gak ikan tenggiri kat rumah.. cadang nak buat kari jugak.. tp belimbing buluh memang takde ler... msk kari biasa jelah jwbnyer.. hehe..

Powered by Blogger.