Follow if you like

Mar 31, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO YOU......

Assalamualaikum....


alhamdulillah hari ni genaplah usia anak sulung ita  17 tahun. Teringat lagi peristiwa ketika melahirkannyer 17 tahun yg lalu. Pada waktu itu ita masih bekerja di JB dan suami ita pula di Desaru. Walaupun sukar kerana terpaksa membawa perut bersendirian namun masih bersyukur atas apa yg Allah kurniakan kerana ita masih ada ibu dan ayah yg sentiasa berada disisi membantu.


Sehari sebelum ita bersalin ibu dan ayah ita terlibat dlm kemalangan yg sangat dasyat. Kata orang klu tengok pada kereta mmg penghuninyer dah tiada. Namun ita bersyukur sangat kerana ibu dan ayah serta 2 anak saudara ita yg turut berada dlm kenderaan itu terselamat dan mengalami kecederaan yg tidak berapa parah. Namu kejadian itu buatkan ita sedikit kesal kerana pada waktu itu ibu dan ayah ita dlm perjalanan untuk mengambil ita pulang dari kerja. Kenangan dan peristiwa itu sentiasa bermain dan berlegar2 dlm ingatan ita setiap kali ita menyambut ulang tahun Amirul. Namun ita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mereka selamat. Mungkin terkejut dari peritiwa itu ita terberanak lebih awal 2 minggu dari jangkaan Doktor. Alhamdulillah sekali lagi pada nikmat allah ita bukan sahaja dapat kembali ibu dan ayah malah ita turut dikurniakan seorang anak lelaki yg comel.


Ini lah Muhammad Amirul Ashraf. Amirul lahir pada hari Jumaat 5 minit lagi sebelum pukul 12 tengahari.. dgn berat 3.6 kg. Anak yg paling mudah dijaga mungkin ia memahami keperitan dan kesusahan ibunyer sejak dari dlm kandungan lagi. Ialah terpaksa mengusung perut yg besar tampa suami disisi. Selepas kelahiran Amirul ita mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak ita memandangkan banyak sangat kes penderaan kanak2 pada waktu itu.

 24 jam dgn buku Doremonnyer... dan dari kecil sampai besar dia mmg suka duduk atau baring dgn kaki berselang mcm tu... jangan tak tau tidur pun cam tu jugak tau! hihi

Amirul ni pelik sikit kerana pada usia 5 bulan dia sudah boleh bercakap tapi agak lewat berjalan iaitu pada usianyer setahun 6 bulan. Sangat meminati kartun DOREMON (sampai sekarang) dan LION KING. Ita rasa CD tu sampai nipis lah... dan dia dah boleh hafal semua dialog dlm cerita tu... hingga kan dia juga digelar DOREMON kerana kepalanyer yg agak besar... haha



Doa dari mak dan ayah agar Amirul menjadi anak yg soleh... berjaya di dunia dan berjaya jua di akhirat....


ya Allah jadikan kami dan zuriat keturunan kami dalam kalangan hamba2mu yg sentiasa menunaikan solat. Wahai tuhan yg mengkabulkan doa dan pengharapan hamba2nyer... kurniakan jua kepada kami zuriat keturunan yg menjadi penyejuk mata ketika kami memandangnyer. Dan jadikan mereka dlm kalangan hamba-Mu yg patuh pada segala perintahMu dan dikalangan mereka yg bertakwa dan beramal soleh...

ya Allah kau peliharalah keselamatan anak ku Muhammad Amirul Ashraf... kau limpahkan rahmat dan kerberkatan ke atasnyer ya Allah....

Lindungilah anak ku dari sebarang kecelakaan dan bencana... jauhilah anak ku dari sebarang ganguan dan godaan syaitan dan iblis.... jadikanlah ia anak yg soleh.. beriman dan bertakwa kepada mu ya Allah... berilah anakku  kebahagian dan kejayaan di dunia dan di akhirat... AMIN


Happy Birthday to me....
Happy Birthday to me....
Happy Birthday to Amirul...
Happy Birthday to me.... YeeeeHaaaa.....

8 comments:

Sofea said...

Happy bdy to Amirul..semoga beroleh kejayaan dunia dan akhirat..cantiknya kek..Ita buat sndiri ke? :)

Mas said...

happy birthday untuk ensem boy amirul..
dah anak teruna dah ni...dah ada girlpren ke belum tu..he..he..
aunty mas juga mengaminkan doa2 mak dan abah amirul..
moga menjadi anak yg soleh,
insan yg berjaya dunia dan akhirat.....moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati Amirul sentiasa...

kak ita buat yer kek tu..cantik la....

birthday amirul sama ngan birthday hubby mas tau...31 march...

tun_telani said...

amiinn.. moga menjadi anak yg soleh, penyejuk mata ibu dan ayah =)..
Happy Birthday big boy amirul.
cantiknyer kek akak =)

Diana @ Melley Mey said...

Amiin.... Happy Birthday Amirul... Moga menjadi anak kebanggan keluarga dan sentiasa berjaya dunia akhirat... moga d berkati dan sentiasa d bawah lindungan Allah S.W.T....

Ummi said...

Happy 17th Birthday to Amirul Ashraf...waaaahhh ni kembar Doraemon la kiranya eh...samalah mcm anak auntie yg 13 thn tu..duk baca ulang-alik buku Doraemon jek...dah naik menengah ni baru kurang sikit..hehe....Auntie doakan, moga menjadi anak yg cemerlang di dunia dan akhirat dan kehidupan diberkati Allah swt. selalu....amiiinnn

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Happy birthday to Amirul... semoga berjaya dalam pelajaran & kehidupan dunia & akhirat.. amin...

p/s: nama Amirul sama sebijik dengan nama kazen acik yang kat PJ ni.. umur pun sama.. 17 tahun this year..

chikadakbiru said...

Happy besday Amirul!!!
Semoga mendapat keberkataan dari doa Bonda mu itu!
suke tgk kek tuh..kak ita..tembak la lagi gambar kek tuh..tak puas nengok..cun betul!amirul pun encemmm

ziey said...

Happy btday Amirul !!! mudahan doa seorang ibu diberkati..jadilah anak yang soleh bahagia dunia akhirat...

Powered by Blogger.