Follow if you like

Mar 19, 2011

DONUT PISANG

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu... hari ni busy banyak... hihi so kena cepat2 Masukkan N3 sebab kejap lagi nak keluar... nak gi cari barang2 anak2... esok dorang dah nak balik... kembali lah sunyi rumah ni...
Hilanglah gelak tawa dan gurau senda mereka...



Semalam petang ita sempat lah godek2 donut. Buat untuk minum petang. Kebetulan anak2 ni asyik cakap lapar aje... Bila makan donut ni kenyang lah sikit kan??

Resepi donut ni ita ambil dari dapur yatie. Tak tahan tengok donut yatie yg montok2 tu... Pandai sungguh yatie buat donut... boleh jadi montel2 cam tu... Ita mmg pengemar setia donut kini dan selamanyer.... anak2 pun suka jugak... kebetulan ada pulak Cikgu Tusyen tu bagi pisang... tu lah ita dok teringat kat donut yg ita nampak kat umah yatie tu... apa lagi jadi donut lah pisang tu.... Terima kasih pada Cikgu Rashid yg mengirimkan pisang...

Donut pisang ni sedap! tau!... lembut aje... gebu dan mulus... hihi betul ke ayat ni... apa2 aje le... yg penting mmg sedap! ita rasa kalau kita letak cokolat dan choc rice lagi sedap! tapi semalam tak dannn... anak2 dah tak sabar nak makan... mak nyer pun.... hihi masa goreng lagi mak nyer dah dok nguuu ngap! nguuu ngap! satu masuk kuali satu masuk mulut.... hihi

Tapi ita ada ubah sikit resepi... ye lah takut pulak pisang bertandukkkk hihi Ita tak letak air sebab yatie kata adunan sedikit lebik...  Ita lebihkan sedikit pisang... ala tambah sebijik aje... tapi ita guna pisang emas so pisang tu kecil aje... adunan mmg perfect! senang nak buat doh! mmg kali ni tak bermasalah.... Donut ni pun lembut sampai kepagi.... bayangkan ita buat untuk minum petang... ita ambil sebiji larikan, saje je nak tengok keras tak?? tapi mmg tak keras... pagi ni pun still lembut...

Untuk resepi ni ita buat setengah adunan aje... itu pun dapat banyak jugak dalam 20 biji...
Terima kasih pada penyumbang resepi.... kepada Yatie juga... Ita minta izin untuk copy resepinyer disini pulak ye!


MyKitchen's Recipe

DONUT PISANG
By: Kak Fida
sumber : Yatie

Bahan-bahan ( Lebih kurang 30 keping )
  • 400 gm tepung roti
  • 100 gm tepung gandum
  • 11 gm yis segera (1 peket)
  • 100 gm gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk bread improver (opt)
  • 1/2 cawan air - ita tak letak air
  • 3 biji kuning telur
  • 300 gm pisang - lecek - ita tambah lagi sebiji tapi ita buat 1/2 adunan aje.. dan guna pisang emas
  • 100 gm mentega - lembut
  • minyak masak untuk goreng terendam
Cara-cara
  1. Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.Masukkan pula pisang lecek dan mentega dan kacau sebati.
  2. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.(Tambah tepung jika adunan lembik atau tambah air jika adunan kering)
  3. Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
  4. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
  6. Salutkan donat pisang dengan gula atau choc cair ikut selera.
  7. Boleh juga dibakar...
Note = Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan jadi lembik. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg di perlukan. Selamat Mencuba

Cara ita
Ita masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. bentuk doh menjadi donut. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Doh siap untuk digoreng.

10 comments:

CT Delima said...

Assalamulaikum Ita...samalah kat rumah ni, memasing suka dgn donat. Yang paling suka makan donat ank ct yg paling kecik Haqim. sikit2 'mama...buat donat.." banyak makan tp badan xmacam donat pulak..hihihi. lom pernah buat donat pisang lg, kena cuba gak baru tau kan.

InsyaAllah ct amik dulu resipi in, sok lusa beli pisang ct buat. Tapi biasalah Dapur CT tu lama x update. line tenet mmg sentiasa lembab so jrg nak bukak blog tu..hehehe

tun_telani said...

assalamualaikum kak ita.. pisang pon dh jadi donat ek.. nmpk gebu je.. mesti sedap nih.

fara dean said...

assalammualaikum kak..
igtkan keria..comell je..confirm sedap ni!!

Mas said...

haaa..senang la kak nak komen sebab ada tetingkap ni, he..he..
kak ita, mas dah buat donut ni..memang sedappp...
terasa macam nak buat lagi lak..he..he..
cantik gebu jer donut akak tu...

Rai said...

musim pisang agaknya kan kak ita.. saya pun buat kek pisang semalam. nak buat donat selalu2 tak larat nak menguli..hihi..

AZLITA AZIZ said...

waalaikumussalam CT...

samalah CT sini pun semua suka donut... yg paling suka maknyer lah... hihi

ni kalau makan cikit pun badan cepat bebenar jadi donut... tu yg malas betul nak buat donut...

ambil lah CT...
mmg betul lah sekarang ni tenet slow sangat... tu yg selalu aje tertangguh nak jawab komen... :D

AZLITA AZIZ said...

waalaikumussalam Tun..

sekarang semua dah jadi donut dah Tun... sejak berblog ni... macam2 resepi yg tak terfikir aka jumpa... sedap2 pulak tu bila di cuba... :D

AZLITA AZIZ said...

waalaikumussalam fara..
sedap fara... cubalah... :D

AZLITA AZIZ said...

haha... mas ni pun ha sue yg cakap suruh buat... akak mmg tak tau nak godeh2... nasib baik anak2 ada.. mitak tolong dorang tengok2kan... hihi

sedap mas boleh cuba ni... :D

AZLITA AZIZ said...

ye lah rai...
akak ni pun pisang orang bagi...

akak pun malas jugak nak menguli nasib baik ada BM tu... tu yg merajinkan diri... hihi

Powered by Blogger.