Follow if you like

Feb 17, 2011

SUP TAUHU JEPUN CENDAWAN BUTANG

Menu apalah yg nak kita sajikan untuk hidangan keluarga kan??? Ita hari ni masak yg simple aje... dah berapa hari kan kita asyik makan yg berlemak2 so hari ni menu kita kembali berdiet...


 Menu yg cukup baik untuk kesihatan.. Sebenarnyer ita ni jarang ambil nasi... ita suka ratah lauk aje.. kalau dulu ita mmg tak sentuh nasi langsung... itu pun atas nasihat doktor ye!... tapi sekarang ita dibenarkan mengambil nasi tapi seminggu sekali aje... ini semua adalah disebabkan masalah kesihatan...
Kita ni bila umur dah semakin meningkat.. kenalah kawal sedikit permakanan... supaya tak memudaratkan kesihatan...

Hari ni ita masak Sup Tauhu Jepun yang dimasak bersama Cendawan Butang. Lauk macam ni sedap hirup kuah dia... pulak tu bila kita makan pastikan sup ni panas2 lagi mmg lah sedap sangat!!.. makan dgn nasi panas dan lawankan pulak dgn ikan siakap 3 rasa... waduh.. mmg terduduk lah tak boleh bangun dah ... silap haribulan mmg kena dipapah.. hahaha.... jom kita kedapur... kita jenguk bahan2nyer..

MyKitchen's Recepi

SUP TAUHU JEPUN CENDAWAN BUTANG

3 batang tauhu Jepun - dipotong dan digoreng
100 gm cendawan butang
1/2 batang lobak merah - dihiris
1 sudu  sos tiram
3 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dgn sedikit air - untuk memekatkan kuah
1/2 cawan air
garam secukup rasa
1 kiub ikan bilis
1 sudu kecil lada hitam di tumbuk kasar
1 biji telur - jika suka
1 biji cili merah - dihiris
sedikit daun bawang - dihiris

"DO IT YOURSELF"

Tumis bawang putih dan goreng hingga garing. Masukkan air, kiub ikan bilis, lada hitam dan kemudian sos tiram. Biar didih. Masukkan lobak merah dan cendawan butang. Pecahkan telur biarkan seketika kemudia barulah di kacau rata. Rasakan garamnyer.. biarlah secukup rasa selera anda. Untuk memekatkan kuahnyer masukkan air tepung jagung. Akhir sekali masukkan tauhu yg telah digoreng. Angkat, taburkan hirisan lada dan daun bawang. hidangkan panas2.... SELAMAT MENCUBA...

2 comments:

Mas said...

wahhh..sedappnya tauhu jepun ngan cendahwan butang...
ratah pun best..he..he..

AZLITA AZIZ said...

sedap makan panas2... bila hirup kuah dia...emmm... melayang sekejap...

Powered by Blogger.