Follow if you like

Feb 18, 2011

PAU PANDAN

assalamualaikum...
selamat pagi semua...  sarapan pagi ita hari ni... Pau Pandan. Resepi ni ita ambil dari Chef Zamzani atau lebih dikenali dgn pangilan Chef Zam. Resepi asal dari beliau adalah Pau Kacang Merah, tapi ita olah menjadi Pau Pandan untuk disesuaikan dgn inti kelapa yang ita letakkan didalamnyer.



 Ini adalah sedikit tips dan panduan dari Chef Zam, untuk menghasilkan pau yg putih dan gebu.

" Biasanyer pau yg kita dapati di warung2 berwarna sedikit kekuningan jika dibandingkan dgn pau yg dijual oleh masyarakat Cina. Mungkin ini disebabkan jenis tepung yg digunakan kebanyakkan org Melayu adalah tepung gandum biasa, berbandingadgn tepung khas pau yg juga dikenali sebagai "Hong Kong flour" oleh masyarakat Cina.


Kedua2 jenis tepung ini sebenarnyer adalah dr gandum ttp, tepung pau telah melalui proses "bleaching" yg tinggi, menyebabkan lebih putih dan halus. Jika dihalusi, tepung Hong Kong ini mempunyai kadar zat yg amat sedikit disebabkan proses pengenyah warna tadi".

MyKitchen's Recepi

PAU PANDAN
By: Chef Zam

500 gm tepung khas pau atau tepung Hong Kong
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula
6 gm yis
2 sudu besar lemak sayuran
250 ml air suam
1 sudu kecil pandan Emulco - ita tambah
1/2 sudu kecil pewarna hijau - ita tambah
daun pandan - untuk lapik bawah pau

"DO IT YOURSELF"

Campurkan kesemua bahan kering didlm sebuah mangkuk dan masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh menjadi kenyel serta tidak melekit dijari.
Bahagikan doh menjadi 2 bahagian dan uli lagi sehingga benar2 licin. Rehatkan doh di dlm 2 biji mangkuk dan tutupkan dgn tuala basah sehingga doh naik 2 kali ganda dari saiz asal (30 - 1 jam)
Tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan gas yg teperangkap dan uli lagi selama 5 minit.
Bahagikan doh menjadi bebola kecil (40 gm) dan isikan dgn inti ditengahnyer. Tutup kembali doh dan pastikan intinyer tidak bocor.
letakkan sekeping kertas minyak kecil dibawah setiap doh sebagai alasnyer (ita letak daun pandan) dan rehatkan doh selama 30 minit lagi sebelum dikukus selama 10 minit.

Untuk inti kelapa kali ini ita gunakan resepi dari Pak Engku. Jom kita lihat bahan2 dan cara penyediaannyer.


INTI KELAPA
By: Pak Engku

200 gm kelapa parut
2 ketul gula Melaka
50 gm gula pasir
1 gelas air
sedikit garam
1 helai daun pandan - disimpul

Caranyer

Masak gula Melaka dan daun pandan dgn air dan biarkan ia cair. Campurkan dgn gula pasir dan sedikit garam. Kemudian ita tapis dan masukkan pula kedalam kuali. Akhir sekali masukkan kelapa parut dan gaul rata sehingga agak kering. Angkat dan ketepikan.

4 comments:

Mas said...

perrhh....ku lihat hijau....
cantik la pau akak ni...
buat mas terasa nak mengepau jer..he..he...
nampak pun gebu jer....

Anie said...

Ita,

Cantik, licin, tersusun rapi jer pau tu semua. Bestnya ;)

ain (sweet thots) said...

K.Ita... huhu... pantang ku lihat hijau ni, nyamannn jer rasa. kita peminat pau gak. nak mengepau je agak x rajin ;)

AZLITA AZIZ said...

Mas: aik mas kata ..ku lihat ijau... akak terus nyanyi lagi zainal tu... hihi..

Anie : terima kasih Anie...

Ain : waaa.... semua suka ijau... akak pun suka ijau jugak... hihi

Powered by Blogger.