Follow if you like

Feb 3, 2011

PAJERI BOMBAY


Sekarang kita lihat pula menu kedua yg telah ita sajikan untuk family hari ni iaitu Pajeri Bombay. Pajeri ni pun sedap! terasa rempah ratusnyer. Masam-masam manisnyer... mmg secukup rasa. Sedap dan menyelerakan...


Biasa ita masak pajeri yg biasa tu aje... tapi bila makan yg ni terasa sedikit kelainan. kepada yg nak merasa dan sukakan kelainan di dlm penyediaan masakan boleh lah mencubanyer....

Jom kita intai2 resepi ni pulak...


 MyKitchen's Recepi

PAJERI BOMBAY
By: Pak Engku

2 biji nenas - buang kulitnyer, di potong kiub dan direbus ( ita guna sebiji nenas aje)
1/2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh cuka makanan
2 biji cili hijau dan merah - dibelah 2
2 labu bawang besar - dipotong baji
garam dan gula secukup rasa
Biji sawi

Bahan Tumis
3 sudu makan minyak masak
3 ulas bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
2 inc halia - dihiris halus
5 gm halba
2 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
Daun kari

"DO IT YOURSELF"
Rebus nenas dan toskan airnyer.
Tumis semua bahan tumisan hingga naik baunyer.
barulah masukkan rempah yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masukkan serbuk kunyit, cuka, bawang besar, cili, garam dan sedikit air.
Apabila kuah sudah pekat, masukkan nenas. Taburkan biji sawi. bila sudah masak angkat dan hidangkan.

2 comments:

Mas said...

sedappnya pajeri ngan nasi tu....
terliur mas...nak satu set boleh kak...he..he...

~Norul Mas Hana ~ said...

Assalamualaikum kak ita,
sedapnyer..lm x mkn pajeri style mcm ni.. mmg best..

Powered by Blogger.