Follow if you like

Feb 27, 2011

NASIB KO LA LABUUU...

Membuak! Buak!.... itu lah dapat ita katakan tentang projek yg ita buat semalam... ish.. ish... tak tau lah kat mana silapnyer.... rasa-rasa semua sukatan dan bahan2 telah ita sukat betul2 tapi kenapa boleh jadi cam ni.... pelik bin ajaib betullll....

Ini semua adalah gara2 tergoda dek melihat ketembamnan donut yg Yatie buat. Ita pun dok godek2 lah labu yg ada dok beli sebijik kat dapur tu... setelah semua bahan disukat ita dok umban semua dlm BM. tekan set DOH pas tu ita pun buat lah kerja lain... pas 1 1/2 jam doh pun siap! dan BM pun dah berbunyi  bunyi... bila bukak aje.... ALAMAKKKK!!!! apa dah jadi dgn ita punyer doh!... ia dah membuak2 keluar dari mangkuk dan.... WARGGGGHHHHH!!!!!  satu ari ita dok membersihkan BM ita tu....  dalam ati dok membebel sesorang... apa lah punyer nasib! geram pun ada jugak! ia lah melambatkan kerja kerana ita mesti kena cuci dan bersihkan BM tu dulu.... dah macam nasib Si Labu Labi pulak!... Nasib ko la labuuuu.....


Bila dah selesai proses pembersihan yg berjln dgn lancar ita pun mula lah membelek2 doh yg masih berbaki... lembikkkk... nyer... macam mana nak dicanai dan dibentuk... cfrm tak akan jadi... rasa mcm mau umban aje dlm mulut cik tong... sebab geram punyer pasal... akhirnyer dgn kesabaran yg bersarang didada dan dimulai dgn kalimah BISMILLAH HIRRAHMAN NIRAHIM ita pun mula lah mengubahsuai doh tu... tah berapa banyak tah tepung yg telah ita curah dalam doh tu pun ita dah terlupa nak sukat... kira nasib lah kan??? kalau jadi nasib kau baik! kalau tak jadi alamat ke mulut cik tong lah jawabnyer....



ALHAMDULILLAH!!! missi berjaya... akhirnyer jadi jugak! lembut dan gebusss... yg teramat sangat!! mula2 ita ingat ia akan keras kerana ita dok tambah tepung lagi... tapi ia jadi cantik! lembut dan gebu! sampai kemalam....


Peringatan untuk ita! next time ita mmg kena kurangkan air. Ita rasa air tu ita hanyer perlu letak 1 cawan aje... kerana 1 1/2 cawan tu akan membuatkan doh tu lembik. Sebab banyak sangat bahan cecair dalam adunan... seperti susu pekat, minyak dan telur. Labu yg direbus juga mengandungi air.... ingat tu!!

Lagi satu kesilapan yg telah ita lakukan.... ita tak baca comen dari kak Madiha kat blog Yatie, kak Madiha tak letak telur... kalau letak telur adunan akan jadi melekit2... tu lah kalau tak sabar nak buat... hihi

Tapi mmg nak bagitau lah kan... donut ni mmg SEDAP! cfrm!.... terima kasih pada tuan empunyer resepi kak Madiha, juga kepada Yatie... tabik spring... toing...toing... toing.. kat Yatie sebab dapat menghasilkan donut yg cantik dgn resepi ni.... sebab walaupun ita dah tambah sukatan tepung doh still susah nak dibentuk... kerana ia terlalu lembut.... dan melekit2.... jom kita lihat dan salin resepinyer.... buat tau! mmg sedap!

MyKitchen's Recepi

DONUT LABU
By: Kak Madiha
Sumber: Yatie

 Bahan2
  • 1 cawan isi labu kuning yang telah direbus
  • 1 ½ cawan air suam (kalau letak telur tolong kurangkan sukatan air kpd 1 cawan)
  • ¼ cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan minyak masak (saya guna 2 sudu besar butter) ita rasa klu letak telur kena letak butter supaya tak terlalu banyak cecair dlm adunan
  • 1 biji telur (saya tambah)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis mauripan
  • 620 gm tepong gandum
  • secubit garam
Bahan2 lain
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Gula kastor secukupnya untuk menyalut
Sebelum buat baca setiap arahan dgn betul ye! 
Adunan dapat banyak! kalau keluarga yg tak ramai ita rasa buat 1/2 adunan aje sudah mencukupi.
    Cara2 Menyediakan [Menggunakan bread maker (BM)]
    1. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam BM.
    2. Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM.
    3. Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan.
    4. Tekan setting untuk doh (no. 8) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).
    [Menguli dengan tangan / Cara manual]
    1. Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati. Biarkan sehingga bancuhan berbuih.
    2. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai. Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi. Kacau rata dengan tangan. Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. anggaran dlm 10 gm je gitu)
    3. Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.

     Membentuk doh
    1. Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Jika doh terlalu melekat ditangan.. boleh salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
    2. Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka. Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak. Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu. Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan. Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut. Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
    3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila). Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi. Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
    4. Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali. Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan. Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.
    Cara Yatie
    ** Masa nak membentuk donut, tngn sedikit lekit, hendaklah sentiasa sapu tepung pada tangan kita supaya mudah membentuk....bulatkan dan leperkan sedikit.
    Bila dah naik dlm 20 minit, barulah lubangkan kat tengah2 donut dan tarik2 sedikit lubangnya.
    Setelah siap, bolehlah goreng dlm minyak yg panas dngn api sederhana sehingga kekuningan.
    Angkat dan toskan....bolehlah di salut dngn gula halus atau coklat cair.

    Tengok donut ita dalam 2 versi... satu yg montok! dan satu yg sopan... hihi yg montok tu untuk ita la... yg sopan tu tuk bagi kawan2... mmg cabaran nak membentuknyer... tapi kata orang setiap cabaran pasti menjanjikan yg terbaikkk!!!...


      Dalili dalam cubaan menyeludup DONUT!!...

    19 comments:

    K.Nor said...

    alhamdulillah.. terkejut gak tengok doh yg melimpah ruah gitu.. mungkin la cam ita kata tu sbb ita letak telur.. lg pun masa kita rebus labu tu, labu pun dah serap air kan.. apa kata next time kukus jer labu tak la serap banyak air.. tp mmg gebu donut tu ita.. tak siap2 pot pet dan tak sia2 nguli balik hehhee

    yg pastinya kesian cik tong, dah nganga mulut besor2.. tak dpt gak merasa doh donut labu :)

    Naz said...

    Salam kak Ita..
    Wah!!! itu ker rupa donat yg mula2 cam tak menjadi tu...Ish..ish..ish...Cantik bangetttt...Tak ada cacat cela nya punnn..Kalau dari awal pembuatannya menjadi, mesti lebih mengancam..Anyway tahniah utk akak sbb bersabar dan rajin mengubah suai doh tu..Memang penyabar..

    Mas said...

    mas setuju ngan kak nor...
    alhamdudillah...akhirnya menjadi gak donut labu akak tu..
    cantik dan gebu jer....

    Ummi said...

    salam Ita...hahaahaaa...akak pun penah gak wat doh roti apa ntah...tengok2 lembik teramat, xleh nk pegang pun, melekit kat jari, alter jek dgn tepung, elok jek gebusss pulak...biasalah tu kan..Ini lah antara tragedi menarik bila kita di dapur kan...

    Chik Mimi said...

    sama ler ita sy pernah kena kes donat kentang lama dah akhirnya ke cik tong jugak sbbnya rasenya tepung yg tambah tu bnyk jugak

    AZLITA AZIZ said...

    Hihi... ialah kak Nor ita pun silap kan.. patutnyer ita kukus aje labu tu... ni lah akibat malas nak keluarkan kukus... sebab nak kukus labu tu pun secoet aje...
    kata org tu beringat... belajar dari pengalaman...
    mulut cik tong tu ita dah tutup dah.. hihi

    AZLITA AZIZ said...

    waalaikumusalam naz...
    akak rasa kalau ok kan mesti dapat banyak... tapi sebab dah tumpah dan melekat2 dapat separuh tu pun banyak jugak tau! dapat akak bagi jiran2 dan kawan...
    BTW terima kasih naz... sabar pun bersebab jugak naz... sebab 1. sayang doh tu.. 2. mmg teringin sangat nak makan donut labu ni...hihi hari ni anak akak pun minta suruh buat lagi... sebab mmg sedap!

    AZLITA AZIZ said...

    betul lah mas...
    kata orang tu kan kita belajar dari kesilapan kalau tak gitu kita tak tau kan??
    lepas ni akak mmg kena beringat...
    Walau macam mana pun donut ni mmg sedap! lembut dan gebu... aje... tapi mmg agak susah sikit nak bentuk kan dia sebab dia melekat2...

    AZLITA AZIZ said...

    waalaikumussalam kak Ummi...
    betul lah tu kak... kadang2 buatkan kita tersenyum sesorang bila teringat pelbagai peristiwa dan trajedi lucu didapur...
    yg bagusnyer, buatkan kita semakin besemangat nak mencuba resepi2 yg lain2 pulak...hihi

    AZLITA AZIZ said...

    hihi Chik Mimi...
    ita pun dah nyaris2... sumbat dlm mulut cik tong tu... tapi bila fikirkan sayang... ita oter2 lah cikit, tu pun masih lembik lagi ... tapi mcm yg mimi cakap lah... takut jugak terkeras... klu terkeras mmg kenyang cik tong tu... hihi

    shashacatering.com said...

    Takper, jadikan pengajaran. Lain kali baca resepi betul2 baru start buat kan. Betul tak?

    Tahniah donut jadi cantik dan gebu plak tu;)

    AZLITA AZIZ said...

    betul tu shasha...
    mmg ini merupakan pengajaran yg berguna... actualy dia nak suruh beringat... jgn nak cepat2 aje buat... hihi..
    terima kasih... walau macam mana pun donut ni mmg sedap!

    MaDiHaA a.k.a Ratna said...

    salam ita...
    mula2 baca komen ita tu.. akak dah kecut perut dah.. yelahh.. hairan jugak kenapa jadi sampai macam tu... sedangkan akak buat alhamdulillah sedang elok je adunan tu sebab akak pun uli dengan BM jugak.. tapi bila teruskan membaca baru akak faham sebab ita ikut resepi yg dah diubai suai oleh yatie iaitu tambahan telur. seperti komen akak dlm blog yatie tempohari kemungkinan adunan melekit2 disebabkan tambahan cecair iaitu telur itu yang membuatkan adunan lembik... satu lagi sebab mungkin labu yang ita gunakan tu labu yg sedikit muda & bila ita rebus labu menyerap air berlebihan berbanding dengan labu yg tua yg lebih pejal walaupun telah direbus. sebab tu akak ada tulis dlm arahan menguli secara manual/tangan sekiranya adunan agak lembik boleh tambah sikit lagi tepong sebab kalau uli tangan biasanya kalau lembik sangat agak susah nak menguli. harap2 ita tak serik ye mencuba resepi2 yg akak ketengahkan.. & kalau boleh.. kenalah ikut resepi original yg dicopy dari blog akak (yg belum diubah suai).. hehehe...

    MaDiHaA a.k.a Ratna said...

    oh ya.. akak rasa pada resepi yg ita paste kan tu.. ita kena edit sikit & tuliskan pada sukatan air contohnya (sekiranya anda tambah penggunaan telur.. sukatan air perlu dikurangkan kepada 1 cawan)
    akak bimbang nanti jika ada orang yg copy resepi dari blog ita ni menerima nasib yang sama sperti ita jugak sekiranya dia tak baca cerita yg ita tuliskan tu.. (kalau2 dia hanya copy resepi sahaja) harap2 takdelah lagi orang yg menerima nasib yang serupa ini.. sedikit sebanyak nama akak jugak yg naik atas kesilapan yg sedikit itu.. huhu...

    AZLITA AZIZ said...

    waalaikumussalam kak...
    hihi tak serik kak sebab donut labu ni sedap!... tu lah silap besar yg telah ita lakukan kerana tak baca betul2 pulak tu ita buat 1 adunan dan mungkin BM ita tu tak muat bila dia dah naik... tu yg membuak keluar....
    Ini juga peringatan pada adik2 yg baru cuba memasak bahawa setiap resepi tu tak ada silapnyer... sebenarnyer kita yg silap kerana selalu tidak mengikut arahan.... dan tidak baca setiap saranan dan arahan sehingga habis...

    akak jangan kecil ati pulak kak... ita tulis hanyer mengigatkan untuk diri ita supaya lain kali kena lebih beringat... supaya ita tak buat silap lagi... ia juga pengalaman yg lucu dan berharga untuk ita...

    terima kasih sekali lagi atas resepi yg sedap tu!... anak ita pun dah suruh buat lagi! sebab dia kata sedap!

    ok nanti ita ubah balik resepi kat atas tu... betul jugak kalau ada yg tak baca pulak apa yg ita tuli kang main buat aje... arghhhh.... habislah... TQ kak

    MaDiHaA a.k.a Ratna said...

    salam ita..
    ehh.. akak tak kecik ati apa yg ita tulis tu.. memasak ni kadang2 memang ada silap di mana2 oleh sebab2 perkara yang kecil. akak pun mungkin silap juga.. mungkin silapnya pada labu rebus tu.. sebenarnya labu yg akak guna tu lebihan buat muffin labu yang akak simpan beberapa hari dalam peti ais. Mungkin labu tu dah sedikit kering jadi sebab tu bila akak buat ok adunannya.. tapi bila orang lain buat guna labu yg baru direbus yg masih basah/lembik adunan jadi lembik sikit... macam yang izah buat tu pun dia kata lembik sikit kena tambah 6 sudu besar tepong. ini yang susah bila kita buat dari bahan2 asas yg dlm keadaan yg berbeza. sikit sebanyak akan memberi hasil yg berbeza jugak kan? dalam kes yg ita buat ni.. gamaknya ita guna minyak masak & tak guna butter macm yg yatie buat.. so.. bertambah2 la jadi lembik betul tak? apa2pun.. dlm keadaan yg mcm ni.. kita kenalah pandai2 ejas dimana2. mujurlah adunan tu tak terbuang mcm tu aje.. hehe... akak pun nak ejas semua resepi tu.. harap2.. janganlah ada orang lain yg terkantoi lagi macam ita & izah tu... hehe..

    AZLITA AZIZ said...

    ye kak... sama2 ingat mengigatkan...
    kata orang sharing is caring kan kak???

    Yatie said...

    Hai rasa bersalah di buatnya....Yatie mmng letak telur dan butter, tapi Yatie uli guna tangan, so Yatie letak air tu sikit2..bila dah jadi doh lembut...yatie stoplah letak air tu...yg peliknya, Izah ikut resepi dari K.MadihaA yg asal pun still lembik kan...jadi mmng kena kurangkan airlah sebenarnya....cian pada K.MadihaA sbb terkena tempiasnya...

    AZLITA AZIZ said...

    ish.... jangan lah macam tu yatie... ita tak salahkan yatie atau kak Madiha. Resepi tu pun tak salah... yg salah ita sebab tak baca betu2 sebelum buat... banyak steps yg ita terlepas pandang...

    cthnyer ita tak perasan yatie tulis yatie rebus labu dgn 1 cwn air... ita pulak dah rebus dgn air pas tu tambah lagi 1 1/2 cawan air mmg lah lembik adunan tu dibuatnyer...

    lagi satu ita terlupa yg BM ita tu hanya untuk 1/2 kg tpg aje.... ita pun baru perasan bila baca semula buku panduan BM tu...

    ita minta maaf lah kat Yatie dan kak madiha andai terkecil ati dgn apa yg ita tulis... ita bukan nak singung perasaan sesiapa sekadar mengigatkan diri ita dan kawan2 yg lain supaya baca setiap arahan resepi dgn betul... jangan buat silap macam ita.... resepi tu tak salah tapi kita yg kadang2 tersilap atau terlepas pandang setiap cara2 pembuatan sesuatu resepi tu...

    maaf sekali lagi ye Yatie....

    Powered by Blogger.