Follow if you like

Feb 3, 2011

NASI LOBAK MERAH

assalamualaikum....
alhamdulillah... anak2 semua dah selamat pulang ke rumah. Selagi anak2 tak sampai depan mata selagi tu lah risaunyer rasa hati ni.... begitulah juga agaknyer perasaan ibu bapa yg anak2 mereka berada di Mesir.  Kesemua rakyat Malaysia dan para pelajar Malaysia sedang berdepan dgn situasi sukar di Mesir. Mereka terputus hubungan dan bekalan makanan.... Diharap semua rakyat Malaysia dapat bersama2 panjatkan doa agar kesemua mereka selamat dan berada dibawah lindungan Allah. Besarlah harapan dari rakyat Malaysia dan ibu bapa pelajar agar pihak kerajaan dapat membawa pulang kesemuanyer dgn selamat... AMIN...


Berbalik pada menu masakan ita hari ni... ita masak special sikit sebab semua dah berkumpul. Bukan mudah untuk menikmati saat2 yg begini. Oleh sebab itu ita mengunakan peluang yg ada sebaik mungkin untuk bersama dgn anak...

Resepi pertama yg akan ita tunjukkan ialah Nasi Lobak Merah. Resepi dari Pak Engku. Hari ni ita masak semua resepi dari Pak Engku. Seorang tukang masak yg tidak asing lagi... yg banyak memasak untuk keramaian dan majlis2 perkahwinan. Antaranyer Datok Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Dina Rafar dan ramai lagilah. Sememangnyer air tangan Pak Engku sangat sedap dan lazat. Ini diakui ramai.


Resepi kali ni ita ambil dari buku masakan Pak Engku Resepi Kenduri Kahwin. Memang sedap! rasa nasi lobak merah ni... anak2 dan suami ita juga menyatakan tentang kesedapan lauk-pauk yg ita sajikan hari ni... insyalah ita akan tunjukkan satu persatu... jom kita lihat menu pertama ni dulu... menu kedua akan menyusul sebentar lagi... tunggguuuu....


MyKitchen's Recipe

NASI LOBAK MERAH
By: Pak Engku

1 kg beras basmathi
100 gm minyak sapi
100 gm margerin
1 liter air
1/2 tin susu cair
10 gm kismis - dogoreng
10 gm badam - digoreng
10 gm gajus - digoreng
10 ml jus oren
1 batang lobak merah - dopotong halus

Bahan Tumisan
4 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 inc halia - dikisar
5 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan - disimpul
1 tangkai daun pudina

Ita buat setengah dari sukatan resepi mengikut sukatan dan jumlah ahli  keluarga. Kepada yg keluarga besar bolehlah mengikut sukatan diatas.

"DO IT YOUR SELF"

Panaskan minyak sapi dan majerin. Bila minyak panas, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. kacau hingga kekuningan.
Kemudian barulah masukkan bahan tumis yg lainnyer dan goreng hingga naik bau.
Masukkan air, susu cair, beras, daun pandan dan garam secukupnyer. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan lobak merah, berserta gajus, badam, kismis, daun pudina dan jus oren.
kacau hingga rata dan biarkan hingga masak.



2 comments:

NoorMasri said...

salam azlita.....menarik nasi ni, boleh la cuba nanti...

AZLITA AZIZ said...

wasalam Noor,
sedap nasi ni Noor... cubalah!

Powered by Blogger.