Follow if you like

Feb 2, 2011

NASI GORENG NENAS

kat sekitar umah ita ni kan dah berdentum berdentam bunyi mercun.... aiii... malam ni tak leh tidur lah... jawabnyer... begitulah kalau kita berjiran dgn kaum lain... satu M'sia lah katakan... kena lah banyak bersabor.... tapi bagus jugak... banyak dapat limau mandrin... alhamdulillah jiran2 disini baik2 berlaka dan boleh bertolak ansur....


dah makan dah?? hari ni ita masak nasi goreng aje... menu yg ringkas dan sedap. Resepi seperti biasa tentulah dari Chef Hanieliza. Nasi goreng nenas ni tak pedas, dan sesuailah untuk anak2 yg tak suka makan pedas. Kalau yg suka pedas tu ita rasa cili merah tu boleh digantikan dgn cili padi. Ataupun enak juga kalau kita makan berulamkan sambal belacan... uuuuu... sedap tu!...

Bahan2 yg diperlukan jugak tak rumit... mesti dah ada tersimpan kat peti ice. Gilah selongkar2 dlm peti ice tu... Kalau musim perayaan macam ni kedai dan pasar dah tentu tutup kan?? lebih2 lagi time raya Cina lagilah.... awal dah kena pergi berbelanja... klu tak parah jugak... sebab biasalah yg meniaga kalau kat Johor ni kebanyakkan orang Cina. tu... lah kalau dah tak de barang nak masak cuba buat Nasi Goreng Nenas ni... simple aje...


MyKitchen's Recipe

NASI GORENG NENAS
By: Chef Hanieliza

4 cwn nasi sejuk - diperoi
1/2 nenas dalam tin - toskan airnyer
1 biji telur - dipukul
5 ekor udang besar
100 gn sotong - dipotong kecil
2 ulas bawang putih - dicincang
3 biji bawang merah - dicincang
100 gm kacang panjang - dipotong kecil
100 gm lobak merah - potong kecil
1 pokok daun bawang - dihiris
1 biji cili merah dicincang
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan lada hitam
2 sudu makan majerin

"DO IT YOURSELF"

Panaskan majerin dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yg dihiris. masukkan sotong, udang, kacang panjang, lobak merah dan cili merah. Kemudian kacau rata.
Masukkan telur dan biarkan masak sedikit baru dihancurkan.
Masukkan nasi, sos ikan, lada hitam dan nenas. Kemudian kacau rata.
Apabila sudah nampak garing, boleh angkat dan masukkan ke dalam nenas yg sudah dibelah 2 dan dikorek keluar isinyer.
Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan.

2 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita,
isshhh, nasi gorengnya walau nampak simple tapi mewah ngan udangnya...Emmmm sedapnya nengok

Naz said...

Salam Kak Ita..
Salam kenal dari Naz. Naz 4llow dan link akak ke blog Naz yer..Tambah2 kenalan lagi..Harap sudi..

Mesti sedap nasi tu..Naz suka nenas(mcm nama naz sikit kan..). Banyak lak tu udangnye..

Powered by Blogger.