Follow if you like

Feb 15, 2011

NASI AMBENG

assalamualaikum......
salam Maulidur Rasul bagi semua umat Islam di seluruh dunia... selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhamad SAW berserta keluarga dan sahabat2 baginda....


Bersempena sambutan Maulidur Rasul hari ni ita masak Nasi Ambeng yg cukup sinonim dgn sambutan Maulidur Rasul bagi masyarakat2 desa dan penduduk luar bandar terutamanyer masyarakat Jawa di Johor. Selain Nasi Beriani gam nasi ambeng juga adalah menu yg cukup popular dihidangkan setiap kali sambutan Maulidur Rasul berlansung.


Inilah nasi ambeng, tradisi masyarakat Jawa. Menu nasi ambeng mengandungi nasi dengan ayam yang dimasak kicap, mee goreng , sayur goreng Jawa, serunding kelapa dan ikan kering. Kebiasaannyer ikan kering yg digunakan ialah ikan bulu ayam.
Nasi ambeng yang original di alas daun pisang, dan untuk mee , sambal goreng juga serunding kelapa di letakkan dalam Takir yang bentuknya macam perahu .


Keunikan nasi ini ialah ia dihidangkan untuk 3-5 orang didalam satu talam bulat dan dimakan secara beramai-ramai. Namun, nasi tersebut tidak dimakan di tempat tersebut sebaliknya tuan rumah akan membekalkan pembungkus supaya makanan tersebut boleh dibawa pulang dan dimakan bersama keluarga di rumah.

Konsep nasi ambeng amatlah unik dimana ianya menerapkan persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat . Tiada beza membeza jenis makanan bagi simiskin atau sikaya.


Setakat ini, Nasi Ambang majoritinya mudah didapati di Johor dan di negeri-negeri lain masih susah untuk jumpai, jadi keunikan nasi ini masih misteri lagi. Jika berkunjung ke Johor jangan lupa mencuba Nasi Ambang ini.
MyKitchen's Recepi
AYAM MASAK KICAP KAMPUNG

1 ekor ayam kampung - dipotong 16 (pilih ayam bujang atau ayam dara)
6 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
2 inc halia - dimayang halus
100 ml kicap manis
3 camca besar sos tiram
1 inc kunyit hidup
10 tangkai cili kering - dikisar
300 ml air asam jawa
1 camca besar lada hitam - ditumbuk kasar
2 tangkai cili merah - dibelah 2
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji kentang - dihiris dan digoreng
rempah tumis  - 3 sekawan
4 camca besar minyak untuk menumis
daun bawang untuk 

"DO IT YOURSELF"

Ayam dibersihkan, digaulkan dgn garam dan kunyit kemudian digoreng separuh masak. ketepikan.
Tumiskan rempah tumis 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan bu nga cengkih) sehingga naik bau.
Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, kunyit dan cili kisar. Tumis sehingga sebati dan garing.
Masukkan air asam jawa, kacau sebati. Kemudian masukkan kicap manis,sos tiram dan lada hitam. kacau sebati.
Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak sepenuhnyer.  
Akhirsekali masukkan garam secukup rasa, bawang hiris, lada hijau dan merah dan daun bawang sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih, sayur goreng, mee dan serunding kelapa.




SERUNDING KELAPA

1 biji kelapa parut - ambil putih sahaja dan pilih kelapa yg agak muda
10 tangkai cili kering
1 inc halia
3 batang serai
1/2 inc lengkuas
1/2 cawan udang kering
1 cawan ikan bilis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inc belacan
1/2 inc kunyit
1/2 cawan air asam
garam dan gula secukup rasa

Kisar kesemua bahan diatas kecuali kelapa. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan kering. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula rasakan semuanyer biarkah secukup rasa. masaklah hingga kuah pekat dan kering. Setelah garing masukkan kelapa dan masak hingga betul2 kering dan berderai.


SAYUR GORENG JAWA

4 keping tempe - dipotong dadu dan digoreng
3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng
10 gm suhun - direndam
Kacang panjang - dihiris serong
10 ekor udang - dibuang kulit
1keping tauhu kering - direndam dan dipotong
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar udang kering - dikisar
1 sudu besar ikan bilis - dikisar
1 sudu kicap manis
1 batang cili - dihiris
1 inc halia - dihiris halus
garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga garing dan harum. Setelah itu masukkan udang, kacang panjang, suhun, tauhu kering, tauhu, tempe, cili dan gaul rata. kemudian masukkan kicap manis bersama garam. Kacau sampai masak dan hidangkan bersama nasi panas.... 



MEE GORENG 

mee kuning satu bungkus
4 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
cili kering - dikisar
udang kering
garam dan gula secukup rasa
cili sos
tauge 
fishball
udang
daging - dihiris nipis
sayur sawi - dipotong
tomato buah
karot (jika suka)
tauhu digoreng
telur digoreng hancur

 "DO IT YOUR SELF"

Seperti biasa ..panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar hingga garing dan harum
Masukkan daging,fishball,udang dan sos cili dan masak hingga daging empuk.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan tomato buah, karot, telur, tauhu dan mee kacau rata dan mesra.
Akhir sekali masukkan sawi dan tauge..kacau rata dan balik - balikkan mee..


18 comments:

Mas said...

salam maulidur rasul buat kak ita sekeluarga...
sedappnya nasi ambeng...
mas suka tau...
nak sedulang kak ita..he..he..

Wanieyra said...

Salam Maulidur Rasul...
rindunya nak makan nasi ambang!

Nuridah said...

Salam Maulidur Rasul buat Ita sekeluarga...

wah nasi ambeng pembuka selera...mau bertambah 3 kali nasi....pengsan lepas makann...hehe.

dZana said...

slm maulidur rasul buat ita skrga..
kene tunggu kenduri kt kg baru dpt makan nasi ambeng yg ori.. tpi kkdg tak ori jugak..

Anie said...

Salam Maulidur Rasul Ita...adeeehhh ada kenduri nasi ambeng. Sedap ni dah lama tak makan, meleleh dah air liur tgk gambar tu semua ;)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

As salam...nasi ambeng memang selalu buat kat kg jika ada kenduri..memang sedap tu

AZLITA AZIZ said...

Salam Maulidur Rasul Mas...
Mas pernah makan eh?... sedap kan? aka pun suka.. sebab lauk dia simple2 aje...
sedulang makan kongsi2 eh!...

AZLITA AZIZ said...

salam Maulidur Rasul Wanie....
jom singah umah kita makan sama2... hihi

AZLITA AZIZ said...

Terima Kasih Nuridah... salam MR untuk Nuridah juga n family....
dah terduduk dah tak leh nak bangun... hihi

AZLITA AZIZ said...

Salam MR juga untuk Zana n family....
yg ni pun tak ori lg... nak ikutkan banyak lagi nak kena letak... tapi dah tak larat nak masak sorang2 hihi...

AZLITA AZIZ said...

Salam MR Anie...
kenduri makan sendiri.... hihihi..
jemput makan Anie...

AZLITA AZIZ said...

Wasalam nazrah....
sekarang mmg susah sikit nak dapat makan Nasi Ambeng... banyak yg suka buat nasi minyak... klu kat kg atau felda mesti ada lagi kan ... sedap!3x

hana said...

salam maulidur rasul kak..... wong jowo mmg tk leh pisah ngan nasi ambengg... kat selangor pong ader jugak kak.... eh! akak jawa eh?

AZLITA AZIZ said...

salam maulidur rasul hana....
oh ye ke kat Selangor ada...?? akak ingat kat Johor aje....
akak ni dah jadi rojak banyak campur2 kalau sebelah mak ada jugak campur Jawa...
tapi kalau masakan Jawa banyak yg akak suka!! sebab jiran2 banyak Jawa...

Roses_Leo09 said...

punya la mencari resepi lauk nasi ambeng ni alhamdulillah jumpa gak kat umah kak ita.
hanim tak sempat nak berguru dgn family sblh arwah ayah. ayah hanim jawa selangor. nanti boleh la buat ............
tq kak ita

Intan Zairina said...

Saya mmg suka makan nasi Ambeng ni kak.... Aah... Selain Johor kat Selangor pun terkenal nasi Ambeng ni... Klu masak sendiri mmg tak larat sbb bnyk benda kene masak.... Alternatifnye beli aje kat pasar malam kak.. Ada je jual... Sebungkus besar dlm RM5 ke RM6 je.... Blh kongsi makan satu famili....

Cik pnatt said...

hikhik comel je lauk dia semua dlm bekas daun pisang kecik tuh..tp klu bleh tempe tu biar lebih ckit bru syiokkk !! heheh --->peminat setia tempe :p

Cikgu Hamzah Suleiman said...

di pasar malam Nilai (desa cempaka), pasar pagi Salak, pasar Ramadhan sekitar, ada dijual nasi ambeng... dapat la kurangkan kerinduan nasi ambeng Johor... ^_^

Powered by Blogger.