Follow if you like

Feb 21, 2011

MILKY RAINBOW LOAF BREAD

assalamualaikum....

Dan selamat pagi semua.... alhamdulillah selangkah lagi kita mara ke minggu baru... bersama sebuah harapan dan doa.... semogga hidup sentiasa diberkati.... dah sarapan ke??? sarapan ni penting ye! jangan di skip pulak... kita kan perlukan tenaga pepagi ni untuk melakukan pelbagai aktiviti seharian....


Ok bercakap pasal tenaga.. hari ni ita bersarapan dgn roti aje... Roti ni mmg bagus untuk memulakan hari baru... penuh dgn sumber kabohidrat, kanji dan protin yg baik untuk kesihatan... resepi kali ni juga ita ambil dari rujukan dan pembacaan ita pada majalah SEDAP. Melihatkan keunikan dan kelainan dalam pembuatan roti ni membuatkan hati berbunga2 ingin mencuba....

Roti yg tidak menggunakan softener dan bread improver sangat lembut dan halus teksturnyer... walaupun disimpan semalaman masih lagi lembut dan gebu.... Loaft Bread yg sesuai dimakan bersama jem atau kaya... juga enak jika disapukan dgn Nutella. Kalau dapat dicicah dgn secawan kopi panas atau Hot Milo emmmmm......juga membuatkan pagi kita berseri2 dan ceria secerianyer... keunikan roti ini....

Ita rasa roti ni juga sesuai dijadikan roti manis... kita hanyer perlu menambahkan kandungan gula pada bahan2nyer... atau boleh juga kita taburkan gula pada permukaannyer supaya terasa manis... kanak2 pasti mengemari roti ini.. kerana warnanyer pasti mengamit sicilik untuk mengapainyer....

Roti 3 warna ini , tampak berseni dan unik. kaedah pembuatan agak berlainan sedikit tetapi anda tentu boleh menghasilkannyer! Cubalah dahulu ya!


MyKitchen's Recepi

MILKY RAINBOW LOAF BREAD
Sumber : Majalah SEDAP

Bahan Roti
400 gm tpg gandum protein tinggi (ita guna tpg roti protien tinggi)
100 gram tepung gandum protien sederhana (ita guna tpg gandum biasa)
50 gm susu tepung
75 gm gula pasir
15 gm yis segera
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
50 ml susu sejat (ita guna susu segar UHT)
200 ml air
100 gm mentega tawar sejuk (ita guna unsalted butter jenama Ancor)
1 sudu teh garam
1/8 sudu teh moka (ita guna coffe Emulco + coklat Emulco)
1/8 sudu teh pes coklat (ita guna coklat Emulco)


Bahan Sapuan
1 sudu makan susu sejat ( ita guna susu segar UHT)

Bahan Taburan
3 sudu makan mentegat tawar (ita guna unsalted butter jenama Ancor)
2 sudu gula icing
11/2 sudu makan susu tepung
3 sudu makan tepung gandum

Sedikit badam untuk tabur diatas roti - ita tambah

"DO IT YOURSELF"

Bahan Taburan
Kacau rata bahan taburan dgn garfu sehingga berbiji kasar. Sejukkan dalam peti sejuk.

Bahan Roti
Campurkan tepung gandum protien tinggi, tepung gandum protien sederhana, susu tepung, gula pasir dan yis segera. Kacau rata.
Masukkan telur, susu sejat dan air sedikit demi sedikit sambil diulangi sehingga menjadi doh yg licin dan tidak melekat ditangan. Masukkan mentegar tawar dan garam. Uli hingga elastik.
Bahagikan kepada 3 adunan. 1 bahagian dicampurkan dgn pes coklat. Uli rata. 1 bahagian campurkan dgn pes moca. Uli rata. 1 bahagian lagi dikekalkan warna asal. Bentukkan bulat setiap adunan biarkan adunan rehat selama 30 minit.
Timbang setiap bahagian seberat 25 gm. Bentukkan bulat2. Biarkan doh rehat selama 10 minit.


Gentel setiap doh memanjang. Anyam tiga doh dgn warna yg berbeza. Lipatkan doh roti.
Sediakan dua loyang bersaiz 24 x 10 x 7 cm yg dialas kertas kalis minyak. Letakkan 6 doh yg sudah dianyam dlm setiap loyang dgn dijarakkan sedikit. Tutup doh dgn towel lembab dan biarkan doh selama 80 minit sehingga doh naik 2 kali ganda.
Sapukan susu sejat diatas doh. Taburkan bahan taburan dan ita taburkan sedikit badam.
Bakar selama 35 minit dgn suhu ketuhar 180C sehingga masak anggaran 20-30 minit.

10 comments:

Tina Othman said...

wahhhh menariknya..nak sikit hehehe

Mas said...

kak ita, cantiknya roti...
suka mas tengok....
akak, bekas bakar roti tu akak beli kat mana yer..cantik la..

izahdaut said...

Kak ita.. Banyk gak yis nya tu.. Tak kuat je rasa yis nye kak.. Ddah teepikat sangt dah ni.. Hehe ..sangt cantik!!!

K.Nor said...

waduhhhh .. cun banget!

Ummi said...

Salam Ita...waaah pagai2 menggoda tekak dan mata akak Ita oiiii...cun dan cantik jek dandanan roti tuh...ni mesti tgn berseni mendandan rambut nih..hehee...Aah betul kata Mas, loyang roti kaler merah gitu..cantikk...mana bilii cik adik? hehee..

AZLITA AZIZ said...

terima kasih tina.... ambil lah cikit aje tau! hihi

AZLITA AZIZ said...

mas nasib baik kata roti yg cantik! kalau tak akak ingat mas kata akak yg cantik!... hihihi alamat kembang dan gebusss jugak lah akak mcm roti tu...
Terima kasih mas...
Bekas tu akak beli kat Pakson Grand kalau tak silap! akak ni suka merayap... klu jumpa apa2 yg pelik2 akak suka beli... ia dibuat dari silicon... boleh bakar dan boleh dikukus... mudah pakai bekas ni sebab senang nak keluarkan roti tu dan tak payah nak sapu minyak atau alas kertas minyak...

AZLITA AZIZ said...

tu lah izah masa mula2 nak buat tu cuak jugak sebab banyak yis... tapi bila roti dah jadi tak de pulak bau yis... akak pun tak letak apa2 perisa cuma pes coco dan moca aje...

AZLITA AZIZ said...

TQ kak Noor :)))

AZLITA AZIZ said...

wasalam kak Ummi...
hihihi saje aje nak goda2 akak.... kena cuba dandan kat rambut dalili dulu kak...
loyang tu ita beli kat Parkson Grand kat Pavilion la kak rasanyer.. ita pun ingat2 lupa... sebab suka jalan2 bila jumpa barang buat kuih ke kek ke ita suka beli dan kumpul...ada jugak yg ita beli kat Med Velly...tu yg tak berapa pasti.. lokasi sebenar... hihi... (mcm pemberita melaporkan aje dah! hihi)

Powered by Blogger.