Follow if you like

Feb 17, 2011

LEPAT PISANG KE BELEBAT PISANG ??

assalamualaikum....
salam di pagi Rabu... dah sarapan??? sarapan apa hari ni?? ada yg makan nasi lemak, ada yg makan mi, ada yg makan lontong... sedap2 semuanyer... ok lah selamat menjamu selera ye semua... sebelum makan tu.. jangan lupa dimulai dgn Bismillah dan di sudahi dgn Alhamdulillah... biarlah setiap rezeki yg masuk itu mendapat keberkatan daripada NYA


Pagi ni ita bersarapan dgn Belebat Pisang. Yang sebenarnyer ni yg mana yg betul ek! Belebat atau Lepat?? kalau family ita kita biasa panggil belebat pisang... ita rasa orang Johor banyak yg mengelarkan kuih ni belebat pisang... mungkin di negeri2 lain mengelarkannyer lepat pisang... waima apa pun sekali panggilannyer ia adalah kuih yg sama....

Biasa ita buat lepat pisang menggunakan resepi yg biasa dibuat oleh mak di SINI . Tapi kali ni ita gunakan resepi Yatie pulak. Resepinyer lebih kurang sama cuma Yatie menambahkan gula Melaka atau gula merah dalam adunan yg membuatkan belebat pisang ni rasa lebih lazat. Ita buat 1/2 sahaja dari adunan Yatie memandangkan tak ramai dirumah ni.. lagi pun lebihan pisang yg dibuat kek chiffon tu betul2 dapat 1 1/2 cawan sahaja... itu yg membuatkan ita buat separuh adunan sahaja... Ita juga menambahkan kelapa parut kerana dah biasa dgn cara mak ita yg meletakkan kelapa parut dalam adunan belebat pisang ni...


Jom lah buat! rasa belebat pisang ni sangat sedap! tak terlalu manis sedap aje dimakan... bertambah2 lagi dgn keharuman bau daun pisang yg digunakan untuk membungkus... lemak dari santan dan kelapa juga membangkitkan rasanyer ditambah pula dgn manis pisang dan gula merah yg ita gunakan... tip top!... ita percaya kepada pengemar2 kuih belebat macam ita, pasti akan menyukainyer....

Terima ksih kepada yatie yg sudi berkongsi resepi kuih kesukaan ita ni... Ita minta izin untuk dikongsikan disini pula... untuk rujukan2 dan panduan teman2 yg sama2 meminati kuih tradisional yg tak lapuk di panas dan tak lekang di hujan ni...



MyKitchen's Recepi

BELEBAT / LEPAT PISANG
By: Yatie

  • Daun pisang secukupnya- di layurkan dan di lapkan bersih
  • 30 biji pisang kapas- dilenyek halus (lebih kurang 3 cawan pisang yg telah di lenyek)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 5 sudu besar gula melaka- di racik halus (gula merah pun boleh)
  • 1 1/2 cawan tpng gandum
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan santan pekat
  • secubit garam
"DO IT YOURSELF"
  1. Layurkan daun pisang secukupnya- utk resepi ni saya dpt dlm 25 keping kuih.
  2. Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula melaka/ gula merah dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
  5. Daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak.
  6. Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
  7. Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.

    8 comments:

    Mas said...

    mas suka lepat pisang...
    nak sikit kak....

    AZLITA AZIZ said...

    nanti aka bungkus kan eh!...
    yg ni sedap lah mas boleh cuba kalau suka... rasa lemak manisnyer... semua secukup rasa...

    izahdaut said...

    akak ita..saya 1st time kat blog baru tahu org panggil belebat sebab memang sebelum ni panggil lepat pisang je..
    kalau hubby saya suke lepat yang lembik2 gitu..yang gemor pisang musti suke kan..leh try gak resepi kak yatie ni..lembik2 moist ke kak ita?

    Anie said...

    Salam Ita,

    Kenapa masih Rabu lagi eh?? Dahhh hari Khamis kan?? Tetiba terasa pelik lah pulak :D

    Tak kisah lah apa org panggil mmg sedap lepat/belebat pisang ni :pppp

    AZLITA AZIZ said...

    akak mmg biasa panggil belebat... bila dgr orang panmgil lepat rasa pelik lah pulak... tapi sekarang dah tau dah... rupanyer ia adalah kuih yg sama...
    rasa dia sedap izah.. boleh cuba.. gerenti hubby suka!!

    AZLITA AZIZ said...

    wasalam Anie
    tu lah ita ingat tadi hari Rabu sebab date tu tulis WED... hihi rupanyer dah Khamis... tu tadi anak ita kata "mak hari ni kan kita ada sukan napa tak pakai baju sukan... baru perasan .. lah... khamis rupanyer... hihihi

    Yatie said...

    Assalam Ita,
    Tq mencuba resepi sempoi ni...sedapkan...kalau dekat mcm dulu, mesti dpt rasa belebat ni....Yatie pun sebut belebat je, ada orng sebut lepat...pada Yatie sama jek..

    AZLITA AZIZ said...

    wasalam yatie...
    walaupun sempoi rasanyer mmg sangat sedap!! terima kasih share resepi ni... ita pun panggil belebat... kot org johor mmg panggil belebat tak?? hihi

    Powered by Blogger.