Follow if you like

Feb 19, 2011

KIRIMAN DARI RAKAN SEMBANG

ini nak cerita satu kisah benar... sekarang ni kan kita bukan aje boleh berkongsi resepi... malah boleh berkongsi rasa dan juadah... nape??? tak caya???... jom kita lihat apa yg ita nak kongsikan disini...

Apa yg anda saksikan adalah Ketupat Sotong. Tapi ni bukan ita yg masak... ini adalah kiriman dari seorang rakan sembang di laman sosial Face Book... hihihi caya tak??? hebatkan dunia sekarang ingatkan kita berada di alam maya aje... rupanyer alam maya pun boleh menjadi alam kenyataan tau.... hahaha


Terlebih dahulu kak ita nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Shidi yg bersusah payah membuatkan dan mengirimkan ketupat sotong ni pada kak ita... mmg akak tak pernah makan dan tak pernah tengok pun apalagi lah nak merasanyer.... terima kasih daun keladi ye!..

Menurut Shidi semasa kita bersembang di kolum chat di FB tempoh hari... ini adalah makanan Thailand yg cukup popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Rasanyer sangat manis... dan dikatakan adalah sebagai pencuci mulut selepas menikmati hidangan. Pada mulanyer ita sangkakan ketupat sotong ni dimakan bersama nasi ... ialah kita ni pantang dgr ketupat mesti ingat makan dgn rendang atau serunding daging...kan... rupanyer... ita silap!... ish.. ish.. ish... malu jugak... kawin dgn org Kelantan dah masuk 18 tahun tapi tak pernah makan ketupat sotong ni... hihi...


Cara memasaknyer adalah juga diexplainkan serba sedikit... dimana  sotong tu dicuci bersih dibuang segala isi perut nyer tapi kepalanyer jangan dibuang... kemudian kita masukkan pulut yg telah digaul dgn santan, sematkan semula kepala sotong tu dgn lidi dan direbus. Untuk kuahnyer pula caranyer adalah sebagaimana kita buat pengat...iaitu dimasak gula melaka dgn air dan daun pandan. setelah kuah agak pekat barulah masukkan ketupat sotong tadi  dan masak semula hingga ketupat sotong tadi sebati dgn air gula tu tadi. Makanan ini katanyer boleh juga dimakan bersama roti... suami ita mmg suka sangat... ialah bila dapat makan masakan yg dia suka tapi org rumah tak pernah masakan... hihi lepas ni boleh lah akak cuba menbuatnyer....

beginilah rupa ketupat yg tersembunyi dlm sotong selepas dipotong


Terimalah jambangan bunga ini sebagai rasa terima kasih yg tak terhingga dari akak sekeluarga...

7 comments:

Mas said...

bestnya dapat ketupat sotong...
laa..rupanya manis yer kak..kira pencuci mulut la ni..
mas pun baru tahu...he..he..

AZLITA AZIZ said...

memang manis sangat mas... akak pun baru first time tengok dan rasa.... hihihi jakun jugak jadinyer sekejap....

nOura~~~ said...

salam kak...sy pn x pnah mkn ketupat sotong...mcm ni leh lh sy cuba resepi dr akk ni...

AZLITA AZIZ said...

Wasalam Noura...
akak tak pernah cuba masak lagi tau! resepi ni org bagi dan ketupat sotong tu pun orang bagi jugak... kalau nak cuba apa salahnyer...kan...

shashacatering.com said...

Wah! Ketupat sotong. Saya pun suka nih. susah jugak nak buat ni, kadang2 tak jadi.

Selamat mencuba, semoga menjadi dan sedap;-)

Nieza said...

sedapnya nengok ketupat sotong tu kak...nieza pernah mkn tapi dh lupa rasanya ..hehe

sarah said...

tahniah kak..blog kak best..

Powered by Blogger.