Follow if you like

Feb 9, 2011

KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS

assalamualaikum...





kek yg ita tunjukkan ni projek yg ita buat petang semalam. Tak dan nak potong semalam sebab panas, kek ni kena tunggu betul2 sejuk baru cantik bila dipotong. Kek ni hari tu ita nampak kat umah kak Dayang, pas terbang gi kat Jepun, pas tu balik semula ke umah Mas... Sebab mas kata sedap! ita pun membuat lah projek mengekek petang semalam dan hasilnyer.... mmg marvelous!!!... sedap! tak caya??? buat sendiri dan rasa... baru tau...


Tapi kek ni kan ita rasa manis laaa... pada yg tak suka manis tu ita harap kurang2kan lah gula... kang bersemut umah tu... ita yg suka manis ni pun dah terasa manisnyer... bak kata mak ita "manis medu..." mmg manis lah tu... sebab bahan yg digunakan semuanyer manis2, biskut marie dah manis, ditambah pula dgn gula dan susu pekat manis, dicurahkan pula Holick... lagilah bertambah2 kemanisannyer... tapi mmg sedap!

Terima kasih kepada penyumbang resepi.... dan sahabat2ku yg telah mengodaku dgn posing2 kek kukus mu itu... tergoda dan tak rela digoda... hihi

MyKitchen's Recepi

KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS
By : Dayang

2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
4 biji telur A (sejuk)
180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
4 sb susu pekat manis
1 sb ovalette
2 sb horlicks - optional
125 ml susu segar (sejuk)
1 sk esen vanilla
80 ml minyak jagung
kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)


"DO IT YOURSELF"


Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.

Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong

10 comments:

izahdaut said...

wah dah sampai sini pulak kek ni..hmm bila la datang seru nak bbuat kes lapis lapis ni ek..cantik kak ita lapis nyer tu...suke tengok

Mas said...

sedappkan kak ita kek lapis ni....
klu dah makan..susah nk stop...wakakaka...
tapi kan kak..kek lapis akak ni memang sangat cantik.....suka mas tengok...
tepuk tangan kat akak..teror...

Ayu said...

Assalam ita,
banyaknya menu2 yang best kat sini..
suka akak tengok..mata berpinar2 tengok makanan yang sedap2..tak tahu mana nak pilih dulu..hehe

AZLITA AZIZ said...

buat izah... buattt... nanti akak tiupkan... fuhh!!! biar cepat cikit dia mariii..... hihihi
terima kasih izah...

AZLITA AZIZ said...

wah! Mas siap tepuk tangan lagi... malu akan...hihi
sedap! Mas...
tahniah! kerana telah berjaya mengoda akak... hihihi..

AZLITA AZIZ said...

Wasalam kak ayu...
terima kasih.... bebanyak kak...
pakai teropong kak... pas tu baru pilih... hihi

Nieza said...

kek ni memang sedap kak...saya buat hari tu sampai 1/2 loyang saya mkn sorang jer...hehe apa nk buat sedap sgt...abis bertambah lagi lemak ni..hehe

kak uteh said...

assalamualaikum ita..
best le kat sini, ada byk menu yg menggoda tekak...hihihihi
kak uteh nk cuba buat kek ni lah dulu. kek ni memang tak guna tepung ye ita???

Miz Liliey said...

assalamualaikum kak ita :)
wow.. my feveret cake... yummy~

juz nk kongsikan tips sikit..
sbb sy pun slalu buat kek ni..
syedappp sangat.. hehe
untuk dapatkan layer yang teratur n cantek..
kukuskan lapisan pertama (hijau) dahulu hingga adunan dah tak cair..
then baru susunkan hawflakes <-- nt hawflake tu tak tenggelam dalam adunan sbb adunan dah keras.. hehe..
n masukkan lapisan kedua (kuning) then kukuskan... n buat sampai abes.. hehe..
selamat mencuba ~(^__^)~

Puteri Iris said...

kakita kalau biskut marie tu sukatan 2 cawan lepas blend la kak ek

Powered by Blogger.