Follow if you like

Feb 8, 2011

KARI NYONYA IKAN KEMBUNG

hari ni ita masak Kari Nyonya Ikan Kembung. Resepi asal dari Pak Engku acyually menggunakan kepala ikan merah. Tapi dek kerana tak de.. ita belasah aje guna ikan kembung... dah itu aje yg ada dlm peti...
Sedap jugak sekali2 kita tukar selera ke masakan ala2 baba dan nyonya. Rasa kari ni sedikit masam2 manis... manja2 gituuu... sedap bila dimakan bersama dgn nasi panas2 pulak tu dilawankan dengan sambal belacan kow2... pasti tersandar kekenyangan....


MyKitchen's Recepi

KARI NYONYA IKAN KEMBUNG
By: Pak Engku

4 ekor ikan kembung - disiang dan dicuci bersih
8 ulas bawang merah - dikisar
2 inc halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
1 biji tomato - dihiris kasar
5 tangkai daun kari
2 kuntum bunga kantan - dibelah 4
6 biji bendi - ita tak letak sebab tak ada dlm simpanan...
3 biji tomato - dibelah 4
2 camca besar halba campur
4 camca besar serbuk kari ikan
1 camca kecil serbuk kunyit
1 camca besar serbuk cili
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
3 kpg asam gelugur
500 ml santan pekat
300 ml air asam jawa
50 ml minyak masak
garam
secukup rasa

"DO IT YOURSELF"

Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dam daun kari sehingga naik bau.
Masukkan halba, serbuk kari ikan, serbuk kunyit dan serbuk cili. tumis seketika sehingga wangi.
masukkan sedikit air, asam gelugur, bunga kantan, bendi dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan, santan, air asam jawa dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan bendi dan cili hijau. Jika terlalu pekat, tambahkan air.

4 comments:

Mas said...

cicah ngan roti pun sedapp kari ni...
kan kak ita...
mangkuk mas dah bawa ni...meh senduk akak..nak cedok kuah sikitt....he..he..

AZLITA AZIZ said...

aha... jom mas kita makan sama2 sambil dok berkelah bawah pokok jambu ni.... bentang tikar dulu nanti akak bancuh air eh...

fara dean said...

Amboiiii...
sedapnya!!! sesuai betul lauk ni..
nnt nak try gak le

AZLITA AZIZ said...

sedap fara...
boleh cuba...

Powered by Blogger.