Follow if you like

Feb 7, 2011

IKAN BAWAL GOLEK

assalamualaikum....

Bertemu kembali pada minggu baru. Minggu persekolahan telah bermula. Rutin kembali berjalan seperti biasa. Kebiasaannyer pada hari  pertama ni ita lebih banyak mengemas rumah. Semua sarung bantal dan tilam harus ditukar dan dicuci. Kalau yg tebal2 tu biasa ita hantar dobi aje... bantal2 pun kena dijemur. Sebenarnyer bagus kalau kita jemur bantal ni kerana hama dan kuman hanya akan mati bila terkena sinaran matahari yg terik. Kebetulan hari ni matahari mmg sedang elok memancar2 harap2 biarlah sampai kepetang... Masa jemur bantal2 tu jangan lupa digolek2 kan kedua2 belah supaya serata....


Oh, ya! bercakap pasal golek-mengolek ni... hari ni ita masak Ikan bawal Golek. Bila anak2 bujang dah balik barulah dapat makan ikan... kalau tidak hari2 nak ayam.. tak jemu2. Dalili dan ayahnyer mmg suka ikan. Resepi ni masaknyer sangat simple dan mudah. Cepat dan ringkas. Dapur pun tak berserak dgn percikkan minyak... itu yg ita suka sebenarnyer... kalau tak lepas masak nak mengelap pulak...


Ita suka guna ikan bawal sebab isinyer lembut. Sedap makan panas2. Kuahnyer pula seaakan2 rasa kuah ayam percik. Seperti biasa Ita bakar dalam oven aje... senang kerja... ikan tu selepas dicuci ita lumurkan sedikit dgn garam. Kemudian ita ambil pan balut dgn kertas aluminium... supaya ikan tak melekat kat pan dan pan pun senang nak cuci... Pas tu ita sapukan sedikit minyak pada kertas aluminium supaya semasa kita mengolek2 nanti ikan tu tak melekat... Menigikut resepi asal semua bahan rencah digiling... tapi mana lah ada batu giling kat umah ni... lagi pun tak kuasa nak mengiling-giling ni... tapi dulu2 mak ita guna batu giling tau! sampai nipis batu giling tu.... sekarang ni batang hidung batu giling pun ita dah tak nampak... hihi jom kita tengok resepinyer



MyKitchen's Recepi

IKAN BAWAL GOLEK

1 ekor ikan bawal
Dibersihkan, tapi jangan dipotong. Lumurkan sedikit garam kemudian pangganglah sehingga masak. Jangan lupa untuk mengolek2kan dikedua2 belah supaya rata masaknyer.

Bahan Untuk Kuah

4 biji cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inc halia
1/2 inc kunyit
1/2 biji santan kelapa
1 keping asam gelugur
garam dan serbuk perasa secukupnyer

"DO IT YOURSELF"

Cili merah, bawang merah, halia, dan kunyit digiling hingga lumat. Setelah itu masukkan kedalam periuk bahan yg digiling tadi bersama santan. Jerang atas api sederhana. Sambil dikacau perlahan-lahan. Tambahkan asam gelugur, garam dan serbuk perasa secukupnyer. Biarkan sehingga mendidih.
Tuangkan sedikit kuah ke atas ikan yg sedang dibakar. Balikkan dan tuangkan pada sebelah bahagian lagi dan bakar dikedua2 belah hingga masak. Baki kuah tadi masak lagi hingga pekat. Bila ikan telah masak hidangkan dan alaskan dgn daun kunyit. Tuangkan lebihan kuah diatas ikan. Makan lah dengan nasi panas2 "Selamat Menjamu Selera...."

1 comment:

Mas said...

sedappnya menu lunch....
nak tompang sekaki boleh kak...

Powered by Blogger.