Follow if you like

Feb 10, 2011

IKAN BAKAR BEREMPAH WOKU

salam petang....
lambat cikit masuk kan N3 lagi disebabkan kesibukkkan dan masa yg telah berlari....
Ok hari ni ita masak Ikan Bakar Berempar Woku... mmg ku... ku... ku... power! sedap! dah tak tau nak cakap apa lagi... mmg berbalaoi mencuba resepi ni... 

 ikan yg telah disalut... tunggu nak bakar aje....

Resepi ni ita ambil dari dapur Kak Ummi. Sebab kak Ummi dah recommend sedap! tu yg ita nak mencuba... tak rugi wa cakap luuuu.... sedap! sedap sangat.... cuma ita tak guna ikan siakap. Kebetulan semalam suami ita bawak balik ibu kerisi. Besar pulak tu... sayang nak digoreng begitu aje... so bila bertandang kat umah kak Ummi sempat ita coppy resepi ni dan bawak balik... sebenarnyer dah lama nampak resepi ni kat umah Kak Ummi tapi selalu lupa aje... mmg tergoda betul tengok ikan siakap kak Ummi tu...

 ikan yg sedang dibakar dlm oven

Bau dia aje mmg dah tak tahan... sebab dia menggunakan kombinasi daun2 yg banyak.. yg sememangnyer berbau harum tu yg tak tahan tu..!! cik abang kita pun dah asyik keluar masuk keluar masuk dapur... asyik tanyer dah siap belum?? hihihi pas tu siap bagi tau lagi " ikan tu jangan dok berposing lama sangat kang sejuk pulak..." hahaha...

 dah siap!!! jom kita makan...

Terima kasih pada kak Ummi yg telah mewar-war kan tentang kesedapan ikan bakar ni kepada penyumbang resepi dan majalah SEDAP. Juga pada ikan siakap Kak Ummi (yg dah jadi baja... hihi) yg telah berjaya mengoda ita untuk mencuba...

"MyKitchen's Recepi"

SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU (*note: sangat sedap)
Sumber: Majalah Sedap
Copy dari : Kak Ummi

Bahan:- (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap:-
  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

14 comments:

Nieza said...

perghhh sedapnya kak...nk tumpang lunch sini boleh?...haha kena pi cari ikan siakap la nk buat ni..hehe

izahdaut said...

memang sedap..ha ah daun daun yang banyak tu yg membangkit rasa...hehe..

Mr. Mama said...

memang sedap....
mr.mama dh buat lebih kurang 3 kali dah....

LinRosly said...

Assalamualaikum...

Sedap3 Masakan Kak Ummi Mmg Sedap...Kak Lin Suka Masak Ikut Resepi Dia...

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
Mmng sedap hingga menjilat jari...Yatie pun dah pernah masak ikut resepi ni....masak 3 ekor lagi ikan siakap....mmng berbaloi tunggu depan oven....sedap sngt...

Mas said...

memang resepi ni sesangat sedapppppp...
mas dah byk kali buat...hingga menjilat jari.....

Ummi said...

Salam Ita, haaa...melatops kan! Mmg best resepi nih...masa mula2 nak buat dulu duk pikir..aiih sedap ke tak tgk campuran bahan pelik2 jek..rupa2nya...pergghh! Tu pasal akak recommend..hehe..apapun thanks sudi selongkar dapur akak tuh..hehe

AZLITA AZIZ said...

cepat Nieza cepat... cari ikan cepat.. mmg tak menyesal punyer sedap!! berbaloi...

AZLITA AZIZ said...

Yezeeee... mmg sedap kan... bau2 daun selasih dan daun limau perut tu mmg harum sangat... menyengat betul...

AZLITA AZIZ said...

betu lah tu Mr Mama... ita rasa ini pun akan ada susulan... tadi cik abang kita dah gi cari ikan... nak suruh buat lagi lah tu... hihi

AZLITA AZIZ said...

ye lah Lin... rambang mata kalau masuk dapur kak Ummi ... semua nak dicuba dan dirasa... pulak tu dgn pic2 yg mmg betul2 mengoda kediet tan ku... hihi

AZLITA AZIZ said...

Wasalam yatie...
ita pun rasa tak puas tadi makan... kalau tau tadi buat 2 ekor... ingat budak2 tak de seekor cukuplah... tp mmg sedap!

AZLITA AZIZ said...

Mas jilat jari tak pe Mas... jangan jilat pinggan sudah... hihihi..

AZLITA AZIZ said...

wasalam kak Ummi...
TQ kak Ummi...
ita letak daun selasih sekali...
mula2 ingat nak letak ke tak? sebab kak Ummi tak letak kan? ita pun seram jugak nak letak takut tak serasi dgn anak tekak tapi bila dah rasa... perghhh... mmg sedap! kombinasi dia mmg mengancam...

Powered by Blogger.