Follow if you like

Feb 3, 2011

BUNGA API DAN AYAM DENDENG


pemandangan dari bilik Amirul

oh ye! lupa pulak ita nak tunjukkan perang bunga api yg sempat ita rakamkan tengah malam tadi...  wow! cantik tu.... bunyinyer tak payah lah bagitau.... sampai tak boleh nak tidur.... kita dibuatnyer... yg seronoknyer dah jadi macam pesta pulak... semua jiran2 berkumpul dijln raya untuk menyaksikan temasya yg hanya setahun sekali aje kita lihat ni.... ialah hanya pada Tahun Baru China aje kita dapat lihat pesta bunga api ni... klu Depavali dan Hari Raya Puasa tak de le.....


Ok kita lupakan sekejap hal bunga api tu... biarlah mereka bergembira meraikan Tahun Baru Cina... dan kepada yg merayakannyer terutama pada rakan2 sekolah, ita nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina


Ini pula lauk yg ita makan bersama Nasi Lobak Merah dan Pajeri Bombay tadi... Lauk Ayam Dendeng. Sedapnyer.... lauk ayam dendeng ni... tak puas makan tadi bersama anak2... Anak2 ita biasalah kalau lauk ayam mmg semua suka... masak la apa pun janji ayam... mmg tak tinggal sisa... minta maaf ye,... sebab tak dapat nak lawa... kerana semuanyer dah habis.... kalau ada pun tulang aje le... tu pun cik tong dah cop awal2....


MyKitchen's Recipe

AYAM DENDENG
By: Pak Engku

1 ekor ayam - dipotong 12
100 gm bawang goreng
2 ketul gula Melaka
2 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar dan Tumis
5 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar (ita tambah 5 tangkai lagi supaya pedas sedikit)
10 ulas bawang merah - dikisar
2 inc halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

"DO IT YOURSELF"

Ayam digoreng seketika dan angkat
Tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. bila sudah kekuningan, masukkan bahan kisar.
Bila sudah naik baunyer, masukkan air asam jawa dan juga gula Melaka. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
masukkan ayam dan gaul rata.
Bila ayam telah masak sepenuhnyer barulah masukkan bawang goreng. Barkan hingga kuah kering dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan.


3 comments:

Nieza said...

assalam kak...wah meriah la kat sana...kat sini sunyi sepi jer...org sini mana sambut raya cina ni...cina merantau ada lah..hehe btw lauk pauk meriah gak tu nampak menyelerakan...terasa lapar lak saya mlm2 singgah sini..hehe

HomeKreation said...

Aslmkm Ita. Maceh kongsi idea ni, memang sedap sangat sehingga menjilat jari kami sekeluarga harini...hehe.

Sury Abil said...

salam kak ita.kite pun dh cuba,..sedap!

Powered by Blogger.