Follow if you like

Feb 4, 2011

BUN KARI

Lawak Petang
Sumber: Mastika

Penjual Roti
Seorang penjual roti dilanggar sebuah bas. Akibatnyer dia tercampak dari motornyer dan masuk ke dalam longkang. Manakala roti jajaannyer bertaburan diatas jalan raya. Sambil menyapu darah yg mengalir dari kepalanyer, dia terus merintih kesakitan. Tak lama kemudian datanglah pegawai polis menghampirinyer dan bertanyer.....
"ada apa encik? ada apa?"
Dengan suara yg perlahan dan dengan merintih kesakitan, penjual roti itu berkata.... " adaaaaa rotiii kejuuuu.... adaaaaa rotiii coklaaaatttt.... vanilaaaa adaaaa... kariii adaaa... kayaaaa... pun adaaaaa... macam-macammmm adaaaaa.....!!"


Petang ni ita meroti lagi... naik seronok pulak meroti ni sebab mudah aje membuatnyer.... cfrm lepas ni semua bai roti naik angin sebab roti dorang tak laku... hihihi...

Seperti biasa resepi ita akan skodeng dari rumah Yatie. Sedap! bun ni lembut dan gebu... anak2 pun suka. Ita buat untuk minum petang. Anak2 pun dah pandai sekarang order2 ikut blog... hihihi main tunjuk2 dan klick.... pas tu print dan pas pada maknyer dan suruh buat.... hahaha...

Menurut Yatie, beliau ambil resepi ni dari rumah CMG. CMG pulak ambil dari rumah Mamafahmi, ita pulak ambil dari umah Yatie.... hihihi sedang elok lah tu pasing2 macam lari berganti2 pulak... hihihi Yatie ita minta izin cnp kat sini pulak lah ye!.... terima kasih daun keladi....


MyKitchen's Recepi

BUN KARI
By: Mamafahmi
Sumber: Yatie Sinar Kehidupanku

Basic Sweet Dough
Bahan-Bahannya :-)
  • 400 g tepung roti (high-protein flour)
  • 6 gm garam
  • 4 gm bread improver
  • 5 gm gluten (saya ganti dgn bread softerner)
  • 80 gm gula halus
  • 11 gm instant yeast
  • 1 biji telur gred A
  • 190 m air ( = 190 ml)
  • 30 gm mentega
  • 30 mg lemak sayur
Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
  2. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel.
KAEDAH LAIN :-
  1. Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativiti masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
UNTUK BUN KARI :-
  1. Bagi2 kan doh kepada 16 bahagian (atau mengikut kuantiti yang diinginkan), leperkan doh, isi satu camca besar inti, dan cantumkan.
  2. Bulat2kan, susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega.
  3. Buat hingga siap. Sapu sedikit air pada permukaan doh roti.
  4. Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas....
Bahan Inti :-)
  • 2 cawan kentang yang telah didadu,
  • 1 tin tuna dalam tin, toskan- saya guna 200 gm daging hancur (ita pun guna daging cincang)
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 cm halia, cincang halus
  • 1 1/2 camca besar serbuk kari ikan (ita guna serbuk kari daging)
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam (optional)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • kiub daging (ita tambah)
Cara membuatnya :-)

UNTUK INTI :-
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari, serbuk lada hitam (jika guna) bersama air. Masak hingga terbit minyak. Masukkan daging hancur dan kentang, gaul rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

7 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Salam..cantik nya roti tu terletak kat dalam acuan tu..
bukan jer roti cantik acuan tu nampak menarik..
huhuh..tergoda u...

K.Nor said...

salam ita, wahhh cun nyer roti duk dlm cup muffin tu ya.. dulu2 k.nor mmg selalu guna resipi mamafami ni kalau nak buat roti tp sejak ada resipi basic doh tu, terus guna yg tu jer sbb ada water roux tu, tak perlu lg guna b.improver dan softener..

Mas said...

perhhh..cantiknya bun kari kak ita...
nampak gebu dan lembut la..geramm mas tengok...akak, nk tanya, acuan tu...plastik ke, memang boleh bakar dlm oven ke..beli kt mana....

AZLITA AZIZ said...

wasalam...
Terima kasih Nazrah

AZLITA AZIZ said...

wasalam kak Nor...
terima kasih kak Nor..
tu lah ita ada nampak jugak resepi basic doh dan pengunaan water roux tu.... mmg nak cuba sesangat!! tapi ni projek nak menghabiskan b.improver dan softener... takut exp pulak... nanti ita cuba yg kak Nor punyer pulak... btw TQ share resepi basic doh tu... :)

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih mas...
acuan yg akak guna tu acuan silicon... tahan bakar dan kukus... acuan ni senang sikit nak guna
1. senang tanggal kan kuih dari loyang
2. tak payah sapu butter atau minyak kat acuan
3. senang cuci
yg no 3 paling akak suka... hihihi
akak beli kat Med valey, both dia dekat dgn inter sec San Francisco Coffee kat ground floor.

Yatie said...

Salam Ita,
Baru balik dari kmpng ni....wow terpesona tngk keayuan dan kegebuaan bun kari Ita...comel betullah bila guna acuan tu...suka tngk...rasa nak kirim jek dngn Ita soh belikan..ekekekeke...ingat nak cari jugaklah cetak mcm ni..memudahkan keje..

Powered by Blogger.