Follow if you like

Feb 9, 2011

BLACKPEPPER BEEF WITH CAPSICUM

menu ari ni... ita angkut jauh dari Jepun... hihihi umah sapa lagi... habis selongkar dapur Hana jumpa resepi ni... fav suami ita ni... sedap seh! makan masa panas2 aii... masa dlm kuali lagi ita dah dok ngap2 sampai tinggal sikit kawan tuuu... mmg tak boleh tahan bau lada itam tu... menusuk betullah... ni tak tau lah nasib lauk ni sampai tak hingga suami ita balik... ke kena masak lain pulak... hihihi

Resepi ni rupanyer Hanna ambil kat dapur CMG... eh! mcm mana plk boleh tak perasan resepi ni kat dapur cik Mat... ni... pada hal hari2 dok bertandang umah kawan tu.... ni nak kena pakai cermin ni kot!! tak pe lah... ita minta izin cnp kat sini pulak ye... kira hallal la tuu....

MyKitchen's Recepi

BLACKPEPPER BEEF WITH CAPSICUM
By: CMG Dapur Tampa Sempadan
Sumber: Hanna
  • 500 daging batang pinang, hiris , cuci dan toskan
  • 2 inci halia*
  • 1 camca besar penuh lada hitam biji*
  • 3 ulas bawang putih*(*ditumbuk lumat)
  • 3 camca besar kicap cair
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/2 biji red capsicum, hiris kasar
  • 1/2 biji yellow capsicum, hiris kasar
  • 1/2 biji green capsicum, hiris kasar
  • 2 biji bawang besar hiris berbaji
  • 2 batang leek, potong kasar
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 camca besar gula
  • Hirisan daun sup, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
"DO IT YOURSELF"
  1. Daging tadi diperap bersama bahan tumbuk, kicap cair dan sos tiram selama 30 minit. Simpan dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan leek, kacau dan tuang daging perap bersama jus2nya sekali. Kacau rata dan kecilkan api, tuang air dan masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan capsicum dan bawang besar, gaul rata dan tambah gula. Masak hingga capsicum sedikit layu. Rasa dan jika kurang masin boleh tambak sedikit lagi kicap cair. Biar pekat sedikit. Angkat dan tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan

4 comments:

cikmanggis said...

oo jauhnya datang resepi ni hehe.Tentu sedap ni:)

AZLITA AZIZ said...

sedap cik manggis....!! uikkk... meleleh lah ayak liyourr.....

Nieza said...

assalam kak ita, rasanya nieza pernah juga cuba resepi CMG ni...memang sedap suka kalau bubuh lada tu..silap tak singgah lunch kat umah akak ni ..hehehe

AZLITA AZIZ said...

Wasalam Nieza
aha... awat lambat.... habis dah..!! kita minum petang lah pulak... eh eh dah mlm dah...

Powered by Blogger.