Follow if you like

Feb 24, 2011

APAM SNOW WHITE

Assalamualaikum....
Selamat pagi semua... sarapan apa hari ni?... tentu yg memikat selera kan? hari ni ita bersarapan dgn Apam Snow White.. Actualy ramai yg dah buat apam ni... seperti biasa ita mmg selalu tertinggal ketapi... sebenarnyer mood mengapam tak mari lagi... ni dah mari ni mesti lepas ni banyak lah resepi apam yg akan muncul... hihi


Selalu mmg teringing nak membuat apam ni yg dikatakan lembut dan gebuss... tapi nasi selalu tak berbaki masak mmg ngam2 untuk 3 orang. So semalam ada lah belen2 nasi sikit dapat lah satu cawan nak dibuang sayang pulak... mak pun selalu pesan tak baik buang nasi, nanti rezeki lari.... tu lah yg ita godek2 kat dapur... alhamdulillah dapat jugak buat sarapan pagi ni...

Untuk resepi ni ita ambil kat My Resepi. Resepi dari qnq0910. Mula2 ingat nak cari kat rumah member2 tapi sebab dah tertinggal jauh... malas pulak nak gi selongkar dapur kawan2 cari resepi ni... untuk lebih mudah ita gi lah ambil kat My Resepi.


Ita rasa apam ni rasanyer sama macam Apam Beras yg ita pernah buat dulu di SINI. Cuma kali ni apam ni tidak menggunakan brown sugar seperti apam beras tu. Untuk resepi ni ita buat setengah adunan sahaja memandangkan nasi tu hanya ada 1 cawan. Tapi, itu pun ita dah dapat banyak dan puaslah makan 3 beranak ni... lepas ni semua bulat2 dan tembam2 macam apam... hihi

Sebelum kita kedapur mengapam ita nak mengucapkan terima kasih kepada penyumbang resepi kerana sudi berkongsi resepi  dan ita minta keizinan untuk copy resepinyer di sini pula.

MyKitchen's Recepi

APAM SNOW WHITE
By: qnq0910

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

"DO IT YOURSELF"

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan. 

15 comments:

Mas said...

apam yang terbaik..
mas suka apam ni..
sedappkan kak ita...
lembut dan gebu jer.....

izahdaut said...

akak ita..ni kira snow pink la kan..hehhee
gebu apam ni kan

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantiklah warna apam ita tu.... pastel kaler i likee......

bukan ita yg ketinggalan keretapi.. akak ni lagilah... entah bila nak cuba pun tak taulah ni... tp kalau cuba pun rasanya buat 1/2 adunan juga kot sbb kat rumah tu kuih2 manis kurang sikit sambutannya utk sarapn.. kalau utk minum ptg oklah kot..

Yatie said...

Assalam Ita,
Mmng lembut dan sedap apam snow white ni...Yatie dah pernah wat tapi tak n3...Ita punya cantiklah pink kaler...

Mimiey.. (^-^) said...

memang sedapkan kak ita apam nih...tapi kak ita punya kaler apam, mie suka la tengok...lembut je..

Nieza said...

apam snow pink ni kak...hehe sedap dan gebus jer...nk 5 ketoi..hehe

AZLITA AZIZ said...

memang sedap mas... akak pun suka.. lembut aje..

AZLITA AZIZ said...

izah, akak buat apam di 2 colour putih dan pink akak belang2kan dia tapi bila ambil gambar nampak pink aje... hihi

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih madiha...
1/2 adunan pun dah banyak dah tu kalau pakai acu yg kecil2... ita rasa ok lah tu 1/2 adunan kalau family tak ramai...

AZLITA AZIZ said...

Waalaikumus salam Yatie...
dah sihat ke Yatie? dah lama dgr berita....
mmg sedap rasanyer lebih kurang macam apam beras atau apam salju tu...kan?
Terima kasih yatie...

AZLITA AZIZ said...

sedap! Mimiey...
air batu jagung ada lagi tak?? boleh tukar dgn apam ni... hihi

AZLITA AZIZ said...

Ye lah Nieza dah jadi apam snow pink... hihi
nanti akak tapawkan 5 ketui... cukup ke??

K.Nor said...

sweet jer kaler pink tu.. lembut .. selembut apam tu ya ita :) k.nor nak buat gak.. tunggu RRRR banyak sket :)

Shannon @ JustAsDelish said...

i love your apam photos, want to try. I don't think I have tasted apam before, what is apam called in english?
Also what is the difference between apam with rice flour and apam with wheat flour?
Sorry for asking in english, melayu saya banyak broken, nanti kak ita ketawa :P

amelia said...

Assalamualaikum Kak Ita, I come from Indonesia. I really likes your blog and the recipes. I have tried some of the recipe and it all taste good. I also likes your photograph.. Kak Ita, i want to ask about cawan. what is mean of cawan? can i use scale or scaling glass? how to change cawan to grams or to mili liter. Thanks for sharing :)

Powered by Blogger.