iklan

iklan floral cake

iklan ada

Wednesday, January 19, 2011

TUMISAN BUNCIS JAGUNG MUDA


Assalamualaikum...
hari ni ita masak Tumisan Buncis Jagung Muda. Ini adalah menu pertama ita untuk hari ni... Resepi ni ita ambil dari majalah Sedap. Kalau kat rumah ita ni hari2 kena masak sayur. Apa2 sayur lah kan sebab suami ita mmg suka makan sayur. Anak2 kurang sikit makan sayur kalau sayur fav anak2 mestilah kobis. Kadang2 sampai ita tak tau dah nak mask apa dgn kobis... semua menu kubis dah ita cuba! Biasanyer anak2 suka yg goreng kering2 macam ni...

Resepi ni rasa ita sama aje macam kita masak tumis sayur2 lain mungkin bezanyer disini ialah pengunaan  sedikit lada sulah yg memberi sedikit kelainan pada lauk ni. Jom kita semak bahan2 yg diperlukan....




MyKitchen's Recepi

TUMISAN BUNCIS JAGUNG MUDA
Sumber: Majalah Sedap

100 gm kacang buncis - dihiris serong
100 gm jagung muda - dihiris serong
2 biji cili merah - dihiris serong
3 ulas bawang putih - dihiris
3 biji bawang merah - dihiris
1/2 sudu makan kicap manis
12 sudu teh garam - secukup rasa
1/4 sudu teh lada sulah
200 ml air
1 sudu makan minyak untuk menumis.

"DO IT YOURSELF"
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga terbit aroma. Masukkan cili merah. kacau sehingga lembut.
Masukkan buncis dan jagung muda. tumis sehingga layur.
Masukkan kicap, garam dan serbuk lada sulah. Kacau rata.
Masukkan air kacau sehingga matang dan menyerap.
Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih dan lauk- pauk yg lain


No comments: