Follow if you like

Jan 5, 2011

TAUGEH IKAN MASIN

Assalamualaikum...
Ini lah menu makan tengahari ita hari ni dgn Dalili... aiii.... dah mula terasa sunyi... rumah dah terasa kosong sejak anak2 naik sek ni... makan pun rasa dah tak tertelan bila teringat kat anak2 apa lah yg dorang makan hari ni... lebih2 lagi bila kita masak makanan yg mereka suka...

Taugeh ikan masin mmg fav anak2 dan ayahnyer sekali... klu masak mmg sekali adap aje...  tak leh simpan2 mmg licin... hari ni ita makan la dgn Dalili berdua aje... Dalili pun sejak abangnyer balik mcm tak de..selera aje nak makan...


MyKitchen's Recipe

TAUGEH IKAN MASIN

1 mangkuk taugeh - dibersihkan dan dicuci bersih
2 keping ikan kurau masin- dihiris2
3 kpg tauhu - digoreng dan dipotong dadu
1 pokok daun kucai atau daun bawang
1 batang cili merah - dihiris

Bahan - dikisar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar pes ikan bilis

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar hingga harum. Masukkan ikan masin dan masak lagi. Tambahkan garam secukup rasa. Masukkan tauhu dan cili merah. Tutup api barulah masukkan taugeh dan daun kucai, kacau rata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Powered by Blogger.