Follow if you like

Jan 4, 2011

TALAM KACANG MERAH

Assalamualaikum....
hari ni ita bersarapan dgn Talam Kacang Merah. Hari tu nampak CMG buat Nieza pun ada buat jugak terliur aje tengok... ita suka makan talam tapi orang kat umah ni tak berapa suka talam tu yg ita jarang2 nak buat talam . Kalau buat nanti tak berusik last2 ita jugak yg kena ngadap habiskan.... nak bagi kat cik tong macam sayangggg... gituuu...

kuih talam ni lembut dan sedap dimakan tapi... boleh dikatakan 100% kuih talam dibuat menggunakan santan... bagi mereka yg mempunyai kandungan colestrol yg tinggi dlm darah mcm ita ni docktor tak benarkan mengambil makanan yg berlemak... kerana ia akan menambahkan lagi kesukaran untuk menghilangkan colestrol tu.... tapi biasalah adat manusia... kadang2 bila teringin tu... ita curi2 jugak makan... hihihi

Kuih talam Kacang Merah ni sesuai sekali dimakan untuk sarapan pagi atau minum petang dan juga amat sesuai sebagai buah tangan untuk majlis2 keraian seperti, kenduri, jamuan, open hause atau klu orang Johor mestilah majlis Yasinan nyer....
Resepi kali ini ita ambil resepi Chef Hanieliza... ita rasa kelembutan dan lemak manisnyer semua mmg lengkap dan rasanyer pun sedap bagi mereka yg gemarkan kacang merah... cubalah!!!


MyKitchen's Recipe
TALAM KACANG MERAH
By: Chef Hanieliza

Bahan A - Lapisan Bawah
1 cwn kacang merah yg sudah direbus lembut
1 cwn tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 cwn gula pasir
4 cwn santan cair (1/2 biji kelapa)
garam secukup rasa
sedikit pewarna  (ita guna warna Violet)

Bahan B - Lapisan Atas
1 cwn tepung beras
3 cwn santan pekat
garam secukup rasa

Cara Membuat Lapis Bawah
Kacang merah dan santan dikisar dlm pengisar
Panaskan kukus dan sapukan sedikit minyak masak pada loyang
masukkan kesemua bahan A kedlm kuali tidak melekat
Panaskan sehingga nampak wap naik
Masukkan adunan kedlm loyang dan kukus sehingga masak (30 minit)

Cara Membuat Lapisan Atas
Gaulkan semua bahan B dan tapiskan. Masakkan adunan diatas api yg sederhana dan sentiasa dikacau agar adunan tidak berketul2.
Apabila adunan lapisan bawah sudah masak cakar sedikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan keatas permukaan kacang merah tadi.
Kukus lagi selama 25 minit.
Tunggu kuih benar sejuk barulah boleh dipotong dan dihidangkan.


Untuk membuat kacang yg terbentuk kasar2 tu ita rebus sedikit kacang merah yg besar sehingga lembut. Ita letakkan sedikit garam semasa merebus supaya kacang tu terasa lemak masin. Semasa mengukus lapisan kacang ita bahagikan adunan tu (utk satu loyang ) kpd 2 ita kukus satu lapisan dulu taburkan kacang dan kukus selama 10 minit kemudian ita tuang lagi sebahagian taburkan kacang dan kukus lagi selama 10 minit kemudian barulah ita tuang lapisan putih dan kukus hingga masak selama 25 minit.
Untuk resepi kak liza ni ita dapat 2 loyang kuih talam ni (ita guna loyang 7") dan ita gunakan santan kotak sahaja.

3 comments:

Anie said...

Salam Ita,

Selamat tahun baru, oooppss dah 4 hari berlalu baru nak wish eh...hahahaz hmmzzz busy lah beberapa hari yg lepas.

MMMmmmmm sedapnya kalau dpt mkn talam....samalah dkt rumah ni, mcm rumah Ita, tak laku kalau buat talam :( Terpaksa lah kita terkulat2 mkn sendiri....hehehez

AZLITA AZIZ said...

Selamat tahun baru Anie...
Tu la anie... nak buat nak tunggu klu org buat makan kenduri baru boleh buat talam ni... makan seketul 2 aje.. yg lain hantar kat rumah kenduri...hihihi kata org sambil menyelam minum air... dpt rasa n dpt pahala...:)))

IR Dina Centre & Services said...

salam kak ita, sy suka buat kuih talam ni tapi masalah sy bila sy kukus kuih tu lapisan atas dia mesti xdpt keras cam biasa tu.. ape sebabnye ye?? bleh konsi tips x cmne nk elak lapisan atas tu drp lembik..?? adakah disebabkan air kukusan pada penutup yg jatuh atas kuih tu @ cara sy mengukus tu silap..

Powered by Blogger.