Follow if you like

Jan 5, 2011

SARDIN MASAK ASAM PEDAS BUNGA KANTAN

Ini adalah menu kedua yg ita makan bersama sayur taugeh tadi... ni fav hubby ita... klu dia makan mmg berselera sungguh ita tengok... hilang rasa penat memasak sehari kat dapur...

Masak dia sama aje macam masak asam pedas yg lain cuma ikan tu ita pakai ikan sardin dalam tin. Cuci dan toskan airnyer... jom jenguk dapur ita, nanti ita tunjukkan macam mana nak masak menu yg simple ni...


MyKitchen's Recipe

SARDIN MASAK ASAM PEDAS BUNGA KANTAN

2 tin sardin dlm tin - dicuci dan toskan airnyer
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
1 biji tomato - dibelah 4
sebatang serai - dititik
1 cawan air asam
garam dan gula secukup rasa

Bahan - dikisar
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc kunyit
1 inc halia

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bahan yg dikisar hingga harum dan pecah minyak. Masukkan serai dan air asam jawa dan renehkan hingga mendidih. Masukkan  bunga kantan dan tomato. Rasakan masin manisnyer biarlah secukup rasa. Akhir sekali masukkan sardin dan biar kuah didih. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

3 comments:

Nieza said...

Salam Kak, wah sedapnya...aroma bunga kantan tu yg sedap tu...kat sini bunga kantan x ada jual kena bawa dr Msia pastu kena frozenkan bg tahan lama ..guna pun jimat2 jer...hehe

cikmanggis said...

salam,selamat pagi Cm masuk daput ita melalui tingkap rumah rima hehe..hmmm Cm suka sangat sardin .Boleh cuba masak cara ini.Selamat berkenalan.

Syida Rohim said...

Salam... Waa.. nampak sangat sedap.. Tak penah masak sardin dalam tin tu style macam ni... Boleh cuba ni.. Tq for sharing...

http://healthy-life-hanaziq.blogspot.com

Powered by Blogger.